Saturday, July 19, 2008

Siri KJ: Selipar

Semalam Solat Juma'at
aku gagal beri perhatian kepada khutbah
yang disampaikan
aku tak tidur
siriyes!
tapi aku tak dapat bagi perhatian
sebabnya
cara penyampaiannya yang sangat mendayu-dayu

Jika aku cuba untuk dengar
mungkin aku akan terlelap
mungkin
mungkin juga ia cuma sekadar alasan
mungkin
hmm

Bagaimanapun
Siri KJ tetap akan dikemaskini
setiap minggu
cuma dek kerana
kecuaian aku tidak memberi perhatian semasa khutbah
aku akan tulis satu lagi jenis golongan
yang boleh ditemui pada waktu Solat Juma'at

Pencuri Selipar
Rasanya, setiap hari Juma'at akan berlaku kes kehilangan selipar. Sama ada hilang sebab hilang, atau sebab dicuri. Atau mungkin tersalah ambil. Nak buat macam mana. Selipar setiap jenis bukan ada satu je.

Dulu aku ada seorang kawan. Hari Juma'at dia pergi Solat Juma'at pakai selipar Jopun. Kawen. Sebelah lain, sebelah lain. Tapi yang magis nya, pabila pulang, kadang-kadang sampai tiga pasang selipar dia bawa balik. Dasar manusia bangsat! Pernah satu hari, kena terajang dengan senior kami.

Sebabnya, satu hari tu, lepas Solat Juma'at, senior tu datang kat bilik kami. Dia tanya, "Ni selipar sape ni?" sambil angkat tunjuk selipar adidas biru. Mamat pencuri selipar tu jawap dengan yakinnya. "Aku punya," seraya menghampiri senior tersebut. "Mana kau dapat?" soal jawap berterusan. "Aku beli lah," dia jawap dengan di sertakan sedikit ketawa kecil di hujung ayat. Seterusnya tiada soalan dari senior tersebut. Sebaliknya yang kami sempat dengar, bunyi "Dubb!" dan mamat tadi hilang dari pandangan.

Dah terperosok kat loker tersandar. Kena penerajang serta-merta. "Ada hati nak tipu aku! Aku nampak la kau pergi semayang tadi pakai selipar jepun je! Ni selipar aku la bangsat!" marah senior tersebut. Padan dengan muka dia.

Kembali kepada tajuk kita. Kes kehilangan selipar ini biasanya akan berpanjangan dan berlarutan. Di mana, mangsa pertama yang gagal menjumpai seliparnya akan mencari selipar lain yang lebih kurang sebagai ganti. Begitu juga mangsa kedua. Maka ia akan berlarutan sehingga mangsa terakhir dah tiada selipar untuk diganti atau mangsa yang terakhir itu bertindak cerdik untuk menghentikan rantaian tersebut.

Nasihat dari MM; kalau selipar hilang, balik jela kaki ayam. Tak payahlah nak memanjangkan rantaian kehilangan selipar tu. Insya-Allah dapat pahala dan kurangkan dosa. Tapi jangan pulak dok maki pencuri tu. Lagi bertambah dosa ada.

No comments: