Jumaat lepas
khutbah bertajuk FITNAH
baguskan masjid-masjid di Malaysia ni
mengikuti isu semasa
orang lain kata
atas-ke-tarikh
Mungkin sebab situasi politik sekarang
dengan fitnah sana
fitnah sini
waddefish
erk?
Aku malas nak ulas sangat apa yang khatib perdengarkan
kepada para jema'ah
dah la khutbah kedua kot British
terus aku terlelap
Aku rasa semua pembaca CDR
bijak laksana
tak perlu aku terangkan apa itu fitnah
harap-harapnya la
Cuma
dalam entri ini
aku pun nak bagi pendapat
tentang si Alak
vokalis Carburetor Dung
yang tunjuk boxer (baca:bontot)
semasa protes
Apa kena mengena kes itu dengan Siri KJ
bukan apa
aku punya pendapat ni
boleh dijatuhkan sebagai tuduhan juga
dan kalau salah
jadi fitnah
Jadi aku nak tanya pendapat kalian
yang bijak pandai sekalian lah
Pendapat aku
tujuan dipanggil kumpulan punk rock
untuk buat persembahan
semasa protes itu
ada kaitan dengan politik juga
Mereka cuba untuk tarik
golongan-golongan mat gig
ke Protes yang mereka anjurkan
sekali gus memberi mesej bahawa
mereka boleh menerima golongan seperti itu
Malangnya
mungkin kerana niat murni
ingin protes kenaikan harga minyak
dicemari dengan niat sampingan
bertujuan mengaut keuntungan politik partisan
maka
perhimpunan jadi huru-hara
heh
Mamat ni dah tulis panjang-panjang pasal ni
aku cuma nak tau
kalau aku berpendapat macam ni
kira fitnah gak ke?
Updated:
Erm, ada beberapa orang yang tanya aku semula
tak paham katanya
apa yang fitnah
apa yang pendapat
Apa yang aku cuba sampaikan adalah
aku 'mungkin' menuduh mereka
bila aku berpendapat sedemikian
dan ada kemungkinan tuduhan aku itu tidak benar
andai ia tidak benar
adakah ia dikira fitnah
Err berbelit ke?
huhu
2 comments:
FITNAH BELAKA..!!!
aah i was there~
Post a Comment