Saturday, July 5, 2008

Khutbah Juma'at: Introduksi

Semalam
Solat Juma'at
dah lama tak tunaikannya
di masjid kawasan perumahan aku
manjang takdok kek umah
nak buek camno

Dah lama sebenarnya aku pendam
tapi semalam
lepas keluar dengan
gadis ehem ehem
(entri menyusul lagi dua tiga hari)
[insya-ALLAH]
kami borak-borak
suka ria
masuk satu bab
otak geniusku
terlintas idea bernas ini

Memandangkan
perempuan DI MALAYSIA
tidak diberi kemudahan untuk
Solat Juma'at seperti di sesetengah negara lain
jadi ada eloknya
aku kongsikan
apa yang disampaikan dalam khutbah Juma'at

Lagi pun aku rasa
60% dari pengunjung CDR
adalah berjantina perempuan
jadi
amat sesuailah (kot)

Walaubagaimanapun (ini adalah penanda wacana)
untuk entri ini
aku nak nyatakan
beberapa pemerhatian aku
yang mungkin boleh diumumkan (baca:generalize)

Penjual Di Tepi Masjid
Mereka ini adalah golongan tidak reti bahasa. Mengalihkan perhatian orang yang datang untuk Solat Juma'at dengan bau-bauan enak seperti ayam goreng, pisang goreng, cendol...eh, cendol takde bau. dan sebagainya lah. Penjualnya baik lelaki mahupun perempuan, tidak reti bahasa, untuk memberhentikan urusniaga mereka sebaik azan berkumandang. Aku tahu ini kerana aku akan hanya keluar dari rumah menuju ke masjid selepas azan kedengaran (baca:pemalas). Bila aku tiba di masjid mereka ini masih berurusniaga dan ada segilintir manusia yang borak-borak di tepi jalan dan di tepi longkang sambil memegang mangkuk cendol. Sedangkan khutbah telah pun kedengaran!

Budak/Tabung Bergerak Mengutip Derma
Untuk perkara ini, ikut tempat. Dulu kat masa sekolah menengah, masjid kat sekolah aku tu, edarkan tabung selepas solat. Bagus. Tapi dekat rumah aku ni, mereka guna budak-budak untuk kutip derma di setiap saff. Mereka berjalan pegang beg kain, dari saff depan sekali, sampai mana aku tak tahu. Tapi yang masalahnya, mereka ini bergiat semasa khutbah diperdengarkan. Kata seorang ustaz (tak pasti ada hadis ke tak), "2 khutbah itu menggantikan 2 rakaat". Jadi, kita kena berperilaku seperti tengah solat. Sebab itu tak dibenarkan berbual semasa khutbah sedang diperdengarkan. Berbual=salah, berjalan-jalan mengutip derma apatah lagi. Bahkan mengganggu kosentrasi pendengar khutbah.

Pelajar Berbaju Sekolah
Golongan ini, biasa kelihatan di bahagian belakang masjid ataupun di luar. Peranan mereka adalah berbuat bising sehingga ditegur oleh orang yang lebih dewasa. Dahulu, aku pun golongan ini juga. Tapi aku baik, aku tidur. Oh, kes ini hanya untuk negeri-negeri selain Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja ye.

Pisang
Ini bukan gelaran untuk mana-mana pihak atau golongan. Pisang. Memang pisang. Biasanya akan disediakan di tangga atau atas meja di pintu masuk masjid. Mula kelihatan sebelum solat. Tetapi hanya wujud untuk beberapa ketika selepas solat. Haih...

Pendatang Asing
Mereka ini biasanya banyak kelihatan di kawasan yang sedang membangun. Aku benci golongan ini (Jaed pun) sebab kebanyakannya berbau hamis dan tengik. Hish! Dan yang paling aku bengang dengan golongan ini, merekalah penyebab utama golongan di atas (baca:pisang) cepat habis! Sekali ambil tu, setandan! Na'aram tol.

Itu jela buat masa ni
insya-Allah akan aku kongsikan intipati-intipati
khutbah Juma'at
dari masjid-masjid yang aku hadiri
setiap minggu



p/s: Akan bertambahlah koleksi CDR Bersiri. Nama untuk siri ini macam menarik; Siri Khutbah Jumaat [Siri KJ]

12 comments:

Anonymous said...

wah sedapnya pisang......
kalaulah kat msia macam mekah, sure diorang dah tutup semua kedai...

haaa...
datang arr kelantan, semua kedai tutup hari jumaat....siyot...kedai gunting rambut pun tutup sini...

As said...

Betul..

terkejut jugak tengok..

sume2 pun kena tutup..

huuu

zarseries said...

haha..
pisang!
aku teringat masjid kat matric!!

yang salu aku nampak..
kulit pisang..
biasa laa..(lambat)

entri yang menarik!
teruskan siri ni..

Dini said...

waah bagus. tak pernah tau pulak cmne situasi di masjid mase solat jumaat. :D

yeayy for siri KJ! :)

Matematis Muda said...

apasal sumer pun berminat dgn pisang? hish


caracol,
err cite laen yg x berkait dgn rambut takde ke?

NMZ,
sbb cutee :D

zar,
insyALLAH

dini,
yeay (too)

Anonymous said...

khutbah masjid kuat
siap boleh dengar kat rumah aku lagi
lalala

Matematis Muda said...

baguslah :D
masjid mana?
ada tak golongan2 dlm entri ni?
hehe

lutfi lukman said...

ahh~ khutbah jumaat yang mendayu-dayu dan selalunya tak memberi impak maksima dalam hidup aku~ sape la yg tulis khutbah tu. dah la takde pisang pun kat masjid kampung aku...

Anonymous said...

er.. aku rilek je, kat sini khutbah arab dan inggeris dah tau! dah tadek melayu.. siott

Anonymous said...

emm kat tempat aku lagi bahaya tau...
semasa imam bagi salam pertama dah dengar bunyi motor start tau...

Matematis Muda said...

luppi,
kampung kau sangat sedih luppi
menyedihkan

jaed,
uh
siyot

generasi,
selamat datang
wah hebat
kampung kat ne tuh?

alifzaimimra said...

aku suke environment kt kelantan..

ttg kenyataan pisang n sbgainye..aku stuju..kt umah lame aku dulu mcm tu la..ade stall cendol n ns bungkus..skolah lame aku dulu belakang masjid je. so otw nk balik umah kul 12 tu, dh ade r org beli2 mknan..senario budak2 skolah lepak belakang msjid pn ade gak. dok lepak2 hisap rokok..hoho~ tatau r mcne skang..tp yg aku pasti, org skang, xg solat jumaat pn xde rse malu dah..siap leh lepak lagi kt kedai makan buat dono je. huhu