Satu
Bermain tennis
pukul
balas
pukul
balas
pukul lagi
tapi kali ini bola semacam
tidak menunjukkan gaya untuk menjunam ke lantai
sebaliknya
lurus
menuju ke muka
pantas
padu
jitu
"Dubbb!"
Tepat
padat
bola mengenai mata kirinya
Aduh!
Dua
Di apartment
ramai orang
ahli keluarga dan rakan taulan kejiranan
Dengar panggilan dari tingkat atas
dongak tengok
"Haii~"
melambai seronok kepada anak sedara di atas
Tiba-tiba
pandangan seakan terlindung
rupa-rupanya
sebiji bola golf
dalam perjalanan
menuju ke arahnya
buah tangan dari anak buahnya
"Dubbb!"
Tepat
padat
mengenai mata kirinya [juga]
Tiga
Lokasi di gelanggang futsal
bermain-main
bukan berlawan
Bola di rembat oleh rakan
ditepis penjaga gawang lawan
bola muntah
lingkungan tiga meter dari tempat berdiri
Menggerakkan kaki untuk melangkah
mengambil kesempatan
peluang keemasan
Penjaga gawang lebih pantas
maklumlah
penjaga gawang Malaysia
bukan calang-calang orang
Penjaga gawang merembat
mengeluarkan bola dari situasi bahaya
maklumlah penjaga gawang Malaysia
rembatan mesti padu
dan jitu
"Dubbb!"
Tepat
padat
mengenai mata kirinya [lagi]
Empat
Selepas kes tiga
dia mengadu
nampak darah
Kawan-kawan yang melihat
memeriksa matanya
"tiada" kata mereka
"ok je" yang lain menambah
Keesokannya
pening-pening dirasa
bagai nak muntah
klinik dituju
"Takde apa, nanti saya bagi pain-killer sikit,"
Tak puas hati
pergi ke doktor pakar
pembedahan dilakukan
Nak jadi cerita
doktor tersebut
tersilap langkah
telah melakukan beberapa kesilapan
Pembedahan dibuat lagi
totalnya 4 pembedahan semua sekali
[tiada aksi dubbb!]
Lima
Selesai pembedahan
andai diizinkan Tuhan
akn beroperasi seperti biasa semula
mata kirinya
buat masa ini
dia perlu memakai eye-protector
Semasa tidur
seperti biasa
mata kirinya bertutupkan eye-protector
hari sudah pagi
dia masih belum bangun
Anak buahnya datang lagi
kali ini
merasa tertarik dengan 'benda' hitam
menutupi bahagian mata kiri
lantas
"Cakkk!"
Tiada belas kasihan
tiada ungkapan menggambarkan
keadaan
perasaan
Jari mulus anak buahnya
menikam bola mata kirinya
tanpa budi bicara
tanpa usul periksa
Berikut adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang yang tak kukenali. Diceritakan oleh seorang lagenda bola sepak Fakulti Sains (senior aku) selepas kami bermain bola sepak di pagi hujung minggu. Siriyes. Ini kisah benar. Semoga dia beroleh rahmat yang melimpah-ruah atas ujian yang diberi-Nya.
p/s: Pernah tengok cerita ini? Kool!
6 comments:
a series of unfortunate events....
bila nak wat entry rambut??
ouch..sdey giler citer nie..mata kiri mmg malang..
laaa haih..sedihnye!!!
kesian betul mata kiri.
mata kiri sy pun malang juge~
alah.. dia still main futsal gak walaupun buta seblah
alah.. dia still main futsal gak walaupun buta seblah
tn caracol,
yupp series..
huhu
erm, tunggu dulu
kena ikut turn huhu
master j,
ouch..
shaqyl,
o ye? what's d story?
jaed,
yeah..so?
Post a Comment