Wednesday, July 16, 2008

Debat Dan Pendapat

Debat
hari ini bentuk kerajaan
esok turun harga minyak
(betul ke tajuk dia? malas nak cek)
tajuk hangat
mana boleh lepaskan peluang untuk tulis

Aku tonton di sebuah warong
berdekatan kolej kediaman
dengan makhluk popia

Aku nak komen
tentang debat tu
tapi pikir-pikir balik
malas lah
makhluk popia tu pun dah interbiu ramai orang

Cuma
aku ada beberapa kemusykilan dalam kepala
erm
satu jela aku kongsikan di sini
sekali gus
minta pendapat pembaca budiman sekalian

Semasa perdebatan tersebut
banyak kali perkataan ini disebut
SUBSIDI
heh

Aku sedikit tergelak bila
DSAI memberi beberapa terma
yang lebih kurang maksudnya
dengan subsidi
kih kih kih

Ok
lurus kepada titik
aku berkira-kira dalam kepala
tindakan kerajaan bagi subsidi
dengan cara terkini
pada pendapat aku lebih efektif

Ikhlas
bukan sebab aku penyokong BN
tapi ini ikhlas punya pendapat
sebab tu aku nak minta pendapat pembaca pula

Tindakan kerajaan bagi subsidi
dengan cara memberi duit tunai
lebih praktikal dan adil
pada pendapat aku

Kerana?

Kerana
kalau guna cara lama
harga minyak di stesen minyak murah
semua orang dapat menikmatinya
rakyat Malaysia
atau bukan

Jadi
cara ini
duit tersebut
dapat terus kepada rakyat

Kedua
cara ini lebih adil
kerana
jika cara lama digunakan
konsep yang kaya lebih untung
yang miskin tak berapa terbela
berlaku

Mengapa?

Kerana
harga minyak di stesen murah
orang kaya
kereta besar
banyak berbelanja
maka mereka menikmati subsidi yang lebih
berbanding orang miskin
kereta jarang-jarang bergerak
maka mereka kurang menikmati subsidi tersebut

Dengan cara baru ini
semua orang dapat nilai yang sama
dan ada pegecualian terhadap kereta dan motor
ber'cc' besar
macam lagi adil je
ke tak?
siriyes keliru ni



p/s: Malam ini aku blur sikit. Banyak kerja. Sebelum ini aku kurang bagi perhatian kepada perkara berkaitan minyak. Jadi mungkin dah ada artikel yang membincangkan tentang perkara ini. Jadi minta kalian berkongsi pendapat dan buah fikiran. Jangan bimbang. Gua open. Hehe

3 comments:

As said...

Betul betul betul..kot :D

lutfi lukman said...

aku takde keta sniri. Aku pakai keta akak aku. Tapi aku kena isi minyak sniri~ lu pk la sniri...

another thing, mmg la road tax rm30 je. Tp nak renew roadtax, kena ada insurans. Insurans tu brapa? lu check la sniri...

kira2 blk rm600+ yang k'jaan bagi tu tolak dgn roadtax+insuran? lu kira la sniri...

lepas kira tu, ko rasa berbaloi tak? lu pk la sniri...

kalo kena kat rakyat biasa yang duk jauh dari tempat keje? Walhal dapat sama je RM600+ macam kawannya yang lain yang duk dekat dgn tmpt keje.

Adil tak? lu pk la sniri...

Matematis Muda said...

luppi,
dude, siriyesli aku tak dapat identify ko punya tone. ko melawak ke, ko bengang ke apa ke aku tak tau.
tapi kalau betul analisa aku, kau dah salah paham ni. aku mintak pendapat dari segi metodnya, bukan jumlahnya.

maksudnya,
mana lebih elok, subsidi begini dengan jumlah yang lebih tinggi.

atau subsidi metod lama, harga minyak murah sampai 50sen seliter tapi orang kaya yang dapat isi lagi banyak dari orang miskin.

m i right or m i dayem right?