Saturday, July 19, 2008

Cerita Dalam Lif 2

Semalam
sekali lagi
aku punyai mesyuarat
di tingkat 4
Fakulti Perubatan

Sekali lagi juga
aku naik lif yang sama
tapi kali ini
aku menunggu lif bersama seorang jururawat
lengkap berpakaian seragam

Apabila lif tiba
seorang lagi perempuan menyertai kami
menaiki lif tersebut

Tiada apa yang pelik berlaku
juga tiada bau pelik
melalui rongga pernafasanku
aku dan jururawat tadi
ke tingkat 4
perempuan lagi seorang itu
ke tingkat 3

Di tingkat 2
lif berhenti
pintu terbuka
masuk seorang gadis

Dek kerana
aku berdiri di tempat menekan butang
gadis tersebut meminta bantuanku
"Level five please,"
terdengar suara dia

Aku angkat muka
toleh dan
"aaaaaaa!!!!!"
aku terjerit kecil dalam hati
gadis itu lagi!!!



p/s: Alhamdulillah, aku selamat sampai ke tingkat 4 tanpa ada dugaan dan rintangan menimpa.

7 comments:

Anonymous said...

next time, aku nak ikut ko gi naik lif boleh?

Anonymous said...

aku nak g gak...

dammit, sabor...aku tengah wat koleksi gambar kampung nama demit kat area kubang kerian nih,
terbaru, aku jumpa signboard nama, kawasan kubur demit....hahahah

TUNGGUUUUUUUUUUUU!!!!

Anonymous said...

aku nak gi tangkap gambar budak tu...BOLEY???

Anonymous said...

bel..agaknye da jodoh kau ngan die..cube kau kaji balik..

Matematis Muda said...

dammit,
ha elok gak tuh..kalau ada lagi 'gas' tu. kau sedut habis2 taw. aku tanak da haha

tn caracol,
err tak boleh. dia cun! huhu

opie,
err no thanx huhu

Unknown said...

she learnt her lesson kah?

Matematis Muda said...

maybe
hehe