Tuesday, June 24, 2008

Ramalan MatematisMuda

Sebenarnya aku nak ulas setiap pasukan
yang layak ke separuh akhir
EURO 08
tapi dek dihimpit
kesibukan yang dicari
maka tiadalah berkesempatan untuk aku
menghadap internet sepanjang hidupku

Jadi aku nak teka atau ramal atau
apa sahaja yang kalian namakan ia
pasukan yang akan layak ke FINALE EURO 08
adalah JERMAN dan RUSSIA
dan aku rasa JERMAN akan jadi juara

Sebabnya

i) Switzerland dan Jerman
Dari sudut sejarahnya
pasukan bola sepak Jerman sangat berkait dengan Switzerland
yang dimaksudkan dengan berkait di sini ialah
seperti berikut;
perlawanan bola sepak pertama untuk pasukan Jerman,
pelawanan pertama selepas Perang Dunia Pertama
dan selepas Perang Dunia Kedua
perlawanan pertama pada tahun 1990
kesemuanya adalah antara Switzerland dan Jerman
malahan
kejuaraan pertama untuk pasukan Jerman
telah dimenangi di Switzerland pada tahun 1954

ii) Jerman dan penalti
Kali terakhir Jerman kalah menerusi penentuan sepakan penalti
adalah pada tahun 1976
Jens Lehman sangat tersohor dengan tabiatnya pada Piala Dunia yang lepas
iaitu menyimpan nota
mengenai tempat feveret sepakan penalti lawannya
nota tersebut disimpan di celahan stokinnya!
malahan kali terakhir pemain Jerman gagal menyempurnakan sepakan penalti
ialah pada 1982 semasa separuh akhir bertemu England

iii) Jerman dan Italia
Memandangkan pasukan paling aku minat [Italia]
telah gagal ke separuh akhir
aku dapat melihat bayangan Itali
pada pasukan Jerman ini
sebagaimana yang aku nampak
semasa Piala Dunia yang lepas
di mana pasukan Itali
tidak menjadi tumpuan untuk menjadi juara
dan tiada siapa sangka
mereka akan bertemu Perancis di perlawanan akhir
sebagaimana Jerman dalam kejohanan ini
semua beranggapan pasukan seperti
Portugal, Belanda dan Sepanyol
yang akan layak
[tetiba aku tersenyum mengenangkan kekalahan Portugal]

Dah
berikut adalah sejarah dan penilaian aku
seorang bukan pakar bola sepak
mahupun pakar strategis
tapi sebagaimana nyanyian
band lelaki tersohor zaman dahulu
NEWBOYZ
"sejarah mungkin berulang"

Tapi
tahun ini juga menyaksikan
kejayaan beberapa pasukan
menembusi badi kekalahan
sebagaimana Sepanyol yang telah
beberapa kejohanan berturut-turut
gagal ke separuh akhir
hmmm
mungkin Sepanyol boleh jadi juara juga
terpulang
tapi Italia tetap juara di hatiku

10 comments:

Anonymous said...

Sokong jemen.
Ko secara tak sengaja menyokong Ballack (~~~~owh pemain bola sepak idola ku).
Secara jangkitannya telah menyokong Chelsea...hahahhahah

Ps/ deduction yang mengecewakan oleh Tuan Caracol yang tak sempat berfikir. Owh, Tuhan, aku mahu rehattttttttttttttt!!!!

Unknown said...

yang penting tetibe firasat aku mengatakan turki akan menang tahun ni. takpe. kalo turki kalah malam ni, aku belanje popia.

belanja sape?

suka hari aku la!

turki boleh!

Unknown said...

i mean suka hati ye adik2...

Master J said...

German dh msk final..tp russia xkan..spain hebat sgt..hebat lg dr german in fact..so spain akan mng EURO wpun pmain2 smua kcik2..kcik2 yg power..=p

Unknown said...

ok. turki kalah. so aku kena belanja orang popia. sape nak popia jelir lidaaaah!!!

Anonymous said...

ko wat entry pasal rambut ko....
aku obses dengan rambut ko...serius,,,,

Anonymous said...

sbb ada benih-benih puyol pada rambut kamu ;p

Mr Jagatraya said...

ramalanmu tk tepat mr MM.Yang tepat hanyalah nama band yg pernah trsohor yg kamu katakan..Ko ada tak lagu bru newboyz?dgr cite bru download..hehe

Kuey san said...

accidently found ur blog. interesting. hahah. FYI, im SPAIN-kipas-susah-mati !! yeshhh :P

Matematis Muda said...

oh tak berapa tepat
mungkin sbb aku tak huraikan kenapa
russia kena masuk
tp kan aku ada cakap kat bwh skali tu
tahun ni banyak menyaksikan pasukan2 memecah badi kekalahan dan ada kemungkinan
spain akan jadi juara
but still
i'll go for jermen..

kuey-san,
thanx..
i don care much
jadi kipas mana2 pasukan pun
sila lah
hahaha