Tuesday, June 3, 2008

Binatang Yang Menyebabkan Empat Pemblog Kecewa. dan Seronok.

"Hah sini sini!" Din jerit.

Aku, dammit dan afiq
segera menoleh dan bergegas ke arahnya.

"Mana mana?" afiq tanya.

Dammit dengan sebatang stick (stick apa ya dalam BM)
berjalan secara berhati-hati
semua menghampiri din yang sedang berdiri di satu sudut

"Besar tak?" aku tanya din.

Dia jawap "boleh la,"

Semua diam merenung ke bawah
mencari-cari

"Mana?! Takde pun!" aku membentak.

"Entah tadi ada kat sini. Area-area sini a," din jawap.

Dammit cuba mencucuk-cucuk secara rawak.
Hampa

Tiba-tiba
afiq menjerit
"Woi!! Sini dowh. Besar! Besar!"

Tiga yang lain bergegas ke tempat di berdiri pula
kali ini
berlari

Sebaik sampai semua menjerit teruja

"Wei kepung. Kepung!" dammit mengarah sambil bergerak
secara linear
ke kiri
ke kanan
tangan mencungkil-cungkil dengan stick tadi

"Sini, sini!" aku pula cuba menyepak

"Ha situ," afiq tunjuk
dammit jolok
cungkil ke depan

Sampai di kawasan berbatu-batan
semua terdiam

"Mana dia?" aku tanya
ambil stick dari tangan dammit

Pandangan menjadi kabur
"Semua diam. Diam kejap," aku pula mengarah

Din dan afiq di atas batu
aku dan dammit di bawah
berdiri kaku
mata masing-masing meliar mencari

"Mana dia dowh?" aku tanya nada pelik

"Hilang dah. Siyot!" dammit menyumpah

Dan mereka pun beredar












"Siyot punya ketam berpeluh aku," dammit mengeluh

"Jaga kau ketam. Sabtu depan aku datang balik. Kita bawa baldi siap. Haha,"
aku sambung sambil berjalan dengan selipar di tangan
menyepak-nyepak pasir pantai Teluk Cempedak

8 comments:

Anonymous said...

khianat tiada membawa berkat, sape suh abaikan aku!

Mr Jagatraya said...

kesian jaed..haha.sape suruh sayur.Ape lagi sabtu pagi ni,lepas subuh,kita bawak satu baldi besar..hehe.

Matematis Muda said...

sebab kau mengabaikan kami!
ko berseronok dgn perempuan2 kau dkat KL
kami pun berseronok la dgn ketam2
hahaha

Dini said...

KETAM rupenye? haha :)

it's jenn. said...

gaya cam kejar ular.
huhu.

lutfi lukman said...

ketam??? (setakat tu je, aku dah speechless~)

Anonymous said...

ko nak buat makan ke ketam tu ?

Matematis Muda said...

dini,
ya ketam

jenn,
ya bukan ular

luppi,
ya

anwar,
hutak kau..tangkap lepas blk la haha