Monday, June 23, 2008

Sungguh, Aku Kecewa

Walaupun aku minat kau
tapi kau telah mengecewakan aku
sungguh
aku kecewa

Betapa pengorbananku
bagai tiada makna buatmu
seakan aku sahaja yang terhegeh
kau tetap dengan kerja-kerja kau
bagai aku tiada dalam hidup kau
sungguh
aku kecewa

Aku minat kau
dia pun aku minat
tapi bila disuruh pilih antara dua
aku jadi keliru
[lagu "di sana menanti, disini menunggu" berkumandang]
puas kufikirkan
dan memang tak dapat dinafikan
dia lebih kuminati
pun begitu
sungguh
aku kecewa

pernah juga
kau pinta perpisahan
tapi kuanggap
itu hanyalah
gurauan~
rupanya kau sirius
dalam senyuman...

Mereka kata
kau terbaik
kau cemerlang
kau hebat
kau bergaya
aku juga yang jadi mangsa
mereka kutuk
mereka perli
mereka boo
[siyot!]
aku tak mampu mebalas
sungguh
aku kecewa









Iker Casillas,
kau telah mengecewakan aku!

kenapa kau tepis penalti pasukan Italy!
dayem!

Buat penat je aku bangun pagi-pagi
berjalan gi bilik tivi
kesudahannya
pasukan yang aku minat [Italy]
KALAH!
sheet!

Tak mengapa
Italia tetap juara di hati ku!

5 comments:

Anonymous said...

italy mmg lemah pon

Anonymous said...

MM, aku dengar ko tak puas hati dengan aku. Kalau tak puas hati, jom la jumpa di padang. Oh lupa, team kamu dah kalah.

Master J said...

VIVA SPAIN!!!!

Anne said...

"terasa diri, amat terhina, kau lakukan.."

*aku tertipu.
ingatkan perempuan mana laa*

Matematis Muda said...

afiq,
oy! cakap jgn sbarang ckp aa

IC,
kalah tak kalah
futsal a jom berani

MJ,
viva kereta malaysia kan?
yg bwk 100 da terhoyong hayang tu eyh?
heh
ngam a dgn spain
mmg sepadan
hahaha

aina,
hee ;P