Friday, June 6, 2008

Aku Orang BN. Harga Minyak Naik. Aku tetap Orang BN.

Siapa suruh bergantung kepada kenderaan
yang menggunakan minyak
cuba budayakan berjalan kaki atau berbasikal
macam kat Jepun

Sedarlah
bekalan minyak dunia pun dah nak habis
maknanya makin susah nak dapat minyak
makin susah nak dapat makin murah ke makin mahal?

Perempuan
maafkan saya
kalau yang boleh dapat tepi jalan je tu
orang panggil mahal ke murah?

Mutiara
makin dalam letaknya mutiara itu
makin mahal atau makin murah?

Bukannya macam kedai-kedai
barang dah nak habis
boleh buat jualan penghabisan stok
harga makin murah

Lagipun
aku tahu tentang teori
erm
lupa dah terma dia
peak apa ya
kejap nak google
Hubert Peak Theory
Teori Puncak Hubert

Kawan aku pun dah membebel pasal ini
kliklah
baca

Aku tanak membebel panjang
macam biasa
aku nak cerita
------------------------------
Bangun tidur
tengok jam di telefon bimbit
wah lamanya aku tidur
ada satu mesej
tekan punat "read"
"minyak dah naek harga.."
mesej dari ayahanda

Pukul 10
khabarkan kepada Dammit
sebelum keluar makan malam
dia mengeluh dan cakap pada Jaed
"Keluar pakai kereta aku lah. Nak isi minyak,"

Jaed, dia pun macam aku
tak kisah minyak naik harga
tapi berlainan sebab
ada la

Kami menuju ke stesyen minyak terdekat
sebaik hampir ada tiga reaksi
"O sheet"
"Pergh (baca: per-ge-her) panjang gila!"
"Mak aih.."
aku, jaed, dammit
"Kita pergi makan dulu lah," dammit lantas menukar arah

Usai makan
teringatkan Miyut
dia kerja di Shett!
eh silap
Shell!!!

Buat panggilan
dia cakap
"Boleh, boleh. Korang masuk kot belakang. Nanti aku datang,"

Haa, sebab tulah aku sayang kat Miyut. Haha.

Tetapi
disebabkan orang yang ramai
dan pekerja yang kurang
maka hampir 10 minit juga kami menunggu dibelakang
Dammit kata, "Lebih kurang kita beratur je aku rasa,"
Jaed kata, "Malam ni, aku belajar erti sebuah kesabaran,"
Aku, "Dek dek dish dek dish," (main stick drum ikut lagu di radio)

Kami selesai urusan di situ pukul 0012
tapi berjaya mendapatkan harga lama
caranya?

Harga akan bertukar ke kadar baru selepas jam 0000
sebaik sahaja pam di letakkan di ganggangnya
jadi, ada satu sahaja pam yang pengguna sebelumnya
mengisi dengan penuh dan belum letak lagi ke ganggang
jadi meter masih menunjukkan kadar lama RM1.9
pam lain semua sudah bertukar kadar ke RM2.7

Miyut tanya
"Korang nak lagi tak? Kereta tengah takde ni"
Dammit menung sebentar
tengok meter minyak
jawap
"Boleh la lagi 20RM,"

Lagu tema malam itu,
Fuel by Metallica

10 comments:

Unknown said...

isy isy.. tak aci tol. aku nak isi minyak, surrender. tak jadi. barisan sangat panjang! entah2 bila sampai giliran aku, it's already 00:00:01... takpun minyak da abes.

As said...

dat nite as tour kuantan and amik videos and pictures on this. Tak sangka kamu pun ada, tah2 kamu masuk dalam video saye ;P

Anonymous said...

aku miyut beli tong.dia bagi tong.terbaik....org usha jer aku bawak tong.

Unknown said...

Usai makan
teringatkan Miyut
dia kerja di Shett!
eh silap
Shell!!!


rasenye jauh huruf T dengan huruf I

larrikkk

Matematis Muda said...

szakif,
smgt kena kuat!
sheet! shett dgn shell kan bentuk lebih kurang
hehe

nmz,
mana video dia?

afiq,
aku miyut dtg bawak tong utk aku
lagi terbaek haha

Anonymous said...

Tajuk:naik minyak..(dialög klate)..Cha jalan lenggang2 dpn kedai2 pisang goreng sambil tangan atas kepala "nk beli hok mokjoh ko hok meknab eh..?Tanyö hargö dulu lah".Cha "mèknab,brapo seriya nih?"meknab "4 seriya cha"cha "mahalnyo!!Dùlu spuluh sen so!"meknab naik minyak "tu jame mu kecik2 wei.Gak loni mu ank brapo dh..Lgpn minyok naik dh ke marin"cha "bia ah meknab.." "ank tekok aku ado.."cha brlalu pergi dkt mokjoh smbil senyum2 "mokjoh sega?"mokjoh "sega eh"cha "brapo sèriya ni?"mokjoh "4 seriya awe"cha "mahal la hoh!!"cha naik minyak.Mokjoh jwb rilek "minyok naik ke marin"cha "bkpo..Mokjoh goreng guno petrol ko?!"mökjoh dah naik minyak "mu ingat jong ata pise ni isi taki minyok nge pise?!Gi main jauh nuh!!

Matematis Muda said...

coward anonymous,
kesian cha..orang bodoh je kot tak tau kalau harga minyak naik, harga barang lain akan efek gak..naseb baik MM tau..anonymous tau tak?ke bodoh macam cha dalam cerita kamu yg kelam-kabut tu?

afifi lubis said...

Haha bahasa btl..
Aku guno gmail,mu kato aku guno accnt blögér..Pah mu nyupoh ko aku..
Pah aku jd anonimiti mu katö aku coward..Erk..
Tp mème sori lah,aku xleh jwb pekso marin.,
blog mu jd tepat aku ngora..Hehe

Matematis Muda said...

aerman,
itu tidak lucu okay!
er, takziah..

utk dua2..coward n exam
huhu

Anonymous said...

ape kaitan tajuk anda dengan isi entri anda ? hehe.