Monday, June 23, 2008

Tekaan Tepat EURO 2008

Ok
since pasukan yang aku sokong dah takde
semua dah di eliminet kan..
maka aku nak buat ramalan
ok tak baik meramal
aku buat tekaan
boleh?

Sehingga tarikh ini
ada empat pasukan yang dah disahkan
layak ke separuh akhir
Jerman, Turkiye, Russia dan Sepanyol

Sebelum aku buat tekaan
mari kita ulas satu persatu
pasukan-pasukan yang berjaya
bertahan hingga ke empat yang terakhir
kita mula dengan Jerman

Erm, nanti dulu lah
aku banyak kerja
kalau sempat aku buat ulasan
pastinya
ia sebelum perlawanan
Rabu ini
sekian
aku akhiri dengan satu cerita
sebelum tidur pagi tadi
[lepas Italy kalah]
dengan seorang kawan
[sebab dia penyokong Spain, aku tanak sebut nama dia]

--------------------------------------------------------

Semasa di pembaringan
menanti waktu pagi
aku dan Penyokong Spain [PS]
di atas katil
berbual sedikit sebanyak
tentang perlawanan tadi
dan pasukan-pasukan yang telah layak

Satu ketika
senyap
baring
letih
mengantuk
lapar

Kemudian
tiba-tiba PS berpaling menghadapku dan berkata
"Yes!"

Aku tengok dia kembali
menanti ayat seterusnya
lambat
aku angkat kening
dan
dia sambung
"Aku dah tau dah."

Aku separa berminat dengan intro dia
mungkin sebab
baring
letih
mengantuk
lapar

"Turki dengan Jerman, salah satu tu dah kompem masuk final!"
dia menyudahkan ayat dia
dengan muka bangga

Aku senyap
kemudian
"Em," ku iakan sambil mengangguk
gaya memikirkan dengan kagum
betapa benarnya kenyataan dia tadi

Kembali senyap
tidur
tidak lagi lapar