Sunday, June 8, 2008

Sumimasen..Arigatou

"Boleh tanya tak?"

"Boleh, boleh,"

"Iidako ni apa?"

"Oh, Iidako itu baby octopus,"

"Baby octopus! Hoo,"

"Ya, ia sangat kecil,"



Teruskan bacaan.



"Udon?"

"Udon itu mee besar punya. Kalau ramen, mee kecil punya," terangnya penuh setia dengan tugasnya. Yang bertanya angguk-angguk.

"Macam mee dengan mihun la," ujarnya kepada rakannya yang di depan.


Tukar mukasurat.


"Chuka ni?" sambil menunjuk ke perkataan tersebut.

"Chukka," dia membetulkan sebutan.

"Chukka itu macam jeruk la."

"Oh, kurage ni?"

"Itu jelly fish,"

"Jellyfish! Oo, boleh boleh,"


Belek lagi.


"Erm, unage ni apa?"

"Unage itu belut,"

"Uih belut!" sambil membeliakkan mata melihat ke arah dammit. Kedua-duanya mempamerkan wajah teruja. Sesaat kemudian, gelak terhambur.

"Maki?" sambil gelak-gelak lagi.

"Maki itu gulung."

"Oh maknanya kalau ini," tunjuk ke satu gambar "timun gulung la eyh?" sambil buat gaya mengggulung. Tiga rakannya yang lain gelak.
Begitulah jadinya bila berkunjung ke restoran makanan jepun bersama orang yang mempunyai daya inkuiri yang tinggi. Oh lupa untuk khabarkan makanan yang disajikan adalah enak-enak belaka! Sangat!

8 comments:

jaed said...

aku ... benci kau!

dammit said...

aku sayang kau!

ultimatum21 said...

Sharingan ada tak?

Ahmad Afiq said...

ebi tak der

jaed said...

erin ade?

jennyto said...

sodap nyo dio makan...

Matematis Muda said...

jaed,
aku...sayang aku!

dammit,
sayang kau juga~

ultimatum,
sharingan takde stok..kena caj blk

afiq,
ebi=udang
ada..dan ia sangat sedap
yum yum

jaed,
erin=nama perempuan
ada, tp bkn d situ

jenn,
ya! sedap! sangat sedap!
:D

szakif said...

nanti aku balik kuantan bawa aku gi kedai tu.

da lame tak makan makanan jepun ni. paling tak tahan nak makan - sushi. yes, i mean the pulut itself. kemasaman cukanya one of a kind!