Wednesday, June 4, 2008

Ini Betul Punya Kecewa

Ingat entri ini?
ia berlaku pada hari Sabtu
24 Mei
selepas kami bersuka-ria
bersama ketam-ketam tersebut
dalam perjalanan pulang ke kereta
kami merentasi
alias melalui
sebuah kedai diberi nama
Kedai Makan Encik Makdi

Jaed (pembaca, sila ingat nama ini!)
telah berjaya mendapatkan
beberapa kupon untuk kami menyertai
Big Mac Chant Challenge
ada lebih sepuluh kupon

Ok sambung cerita
semasa melalui
Kedai Makan Encik Makdi
Din teringat akan kupon-kupon
yang Jaed beri kepada kami
dan berkata
"Weh, jom a try Big Mac free ni dowh!"
penuh semangat
tangan seluk poket
keluarkan kupon

Aku yang sudah sedia teruja
mengambil kupon dari tangan Din
dan
selajur kupon bertukar tangan
aku teringatkan waktu tawaran
3pm - 8pm
"Petang jela," aku ujarkan pada Din

"A'a. 3 sampai 8 malam," Dammit sambung

"Takpe takpe. Cuba kau try dulu," Din suruh aku
sambil keluarkan telefon bimbit
untuk menetapkan masa

"Ready? Ok, start!"

Dan dengan pantasnya aku sebut satu-persatu
"Two all beef patties
special sauce
lettuce cheese
pickles onions
on a sesame seed bun"
mengikut irama dalam iklan di televisyen

"Weyh, 3.6 saat dowh!" Din menyatakan
dengan penuh rasa takjub dan teruja
dammit menyeneh di tepi din
ingin melihat catatan masaku

"Sekali lagi, sekali lagi," Din kata

"Ha!" din beri isyarat
dan aku sekali lagi
membacakan mantera ajaib itu
"3.2 saat john!!!" kali ini separuh menjerit
bercampur dengan gelak gembiranya

"Macam ni aku hantar kau jela. Kita ambil sampai dapat sepuluh Big Mac! Haha," katanya lagi dengan tawa yang masih lagi belum reda

"Kita tunggu jaed balik la," aku beri cadangan

"Oh ok, kita celebrate lepas exam mid sem," (29 Mei-exam midsem)

"Cantek~"

----------------------

Tengahari selepas peperiksaan pertengahan penggal
di bilik Dammit

"Wei, jom! Big Mac sepuluh biji," aku menyeru

"Haa jom!" Din menyahut

"Try sekali din," kata Dammit

"Two all beti, sepishakh... Uih, da lupa dowh!" Din buat muka terkejut camur risau

"Uih, takpe takpe. Aku ada. Haha. Bak kupon kejap,"
aku belek-belek terma dan syarat
untuk memastikan tiada syarat
menghalang aku menebus sebanyak sepuluh kali
sekali gus

"Yes, boleh!" aku hulurkan kembali kupon kepada Din

"Uiii, sedap dowh sepuluh Big Mac! Makan besar kita malam ni! Haha," Jaed penuh keujaan dalam jiwa

Tiba-tiba!!!
Din tanya
"Wei, hari ni berapa hari bulan dow?" nada rata. Plain.

"29," ringkas jawapan Jaed

"Da habis dowh." ujar Din lemah sambil hulur tiket kepadaku
aku belek-belek

Sheet!!!

Aku tak nampak pulak syarat yang inisyarat yang mengecewakansampai 28 Mei sahaja!
Wadda..





"Aaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrggggggghhhhhhhhhhh!!!!!!!!"

Jaed. Ini semua sebab tunggu kau a ni!
Dayem!

11 comments:

hafiz said...

aku rasa ko try lagi tahun depan.hahah

nurdini izni said...

kesiannn ;(

nuraainaa said...

kasihan.

mungkin 10 biji burger tak elok untuk kesihatan?

:)

Matematis Muda said...

hafiz,
tahun depan mmg kunantikan
moga aku panjang umur

nurdini,
kan kan kan?

aina,
terima kaseh kerana awak concern dgn kesihatan saya hahaha
alah lepas makan aku bersenam la banyak2
makan banyak
bersenam banyak
tidor banyak
hehe
aik bila nak belajar?
huhu

nuraainaa said...

yes. takde masa nak belaja.

sebab tu tak payah/tak dapat makan burger 10 biji.

:)

Jagatraya said...

Aku kempunan!!!

jaed said...

aku dah kasik awal 2minggu! jangan nak libatkan aku!

kau yg tangguh tangguh

kuroneko no tanggoh tanggoh tanggoh

EpaL c0keLaT said...

Kahkahkah :)) kempunan nk mkn big mac free =))

Anwar said...

ni satu cerita sadis oleh budak2 shotsem.hehe. Kalau ada lagi taun depan pastikan ko tak terlewat, pastu salahkan org lain plak tu. hampagas betul...hehe.

arshana said...

Kahkahkah...

Matematis Muda said...

aina,
ah tak kira
nak jugak

jagat,
kita serupa

jaed,
tangguh sebab kau la!

epal,
cet, cet dan cet

anwar,
kau diam!
hahaha

arshana,
kah kah
bg kah atas muka baru tau
huhu