Monday, June 30, 2008

Pulang Dari Kelantan

Aku hantar mesej ringkas kepada

"Makanan ada tak?"

Dia balas "ada, mai a,"

Aku pergi
dia tengah duduk
aku tegur
dia kata

"Gi a. Makanan dekat belakang. Kat exam hall,"

Aku pergi
ajak Miyut
dia malas
kenyang katanya

Aku makan
sebungkus
dua bungkus
tiga?
erm, cukuplah kot..

Bungkusan kedua
Pak Guard datang
tengok bungkusan makanan
banyak di atas meja
tanya aku
"Banyak lebih eyh makanan?"
sambil tangan mencapai bungkusan nasi
satu

Aku bagi jawapan standard
"Tu ah,"
tangan terus menjalankan tugas
suap mulut sendiri

Makan
senyap
suap
sepi
kunyah
sunyi

Pak Guard tadi
cuba berbahasa bahasi denganku
"Staff library ke?"

Aku pelik
bergaya staff ke aku neh
tengok baju
kemeja berkolar biasa je
tengok seluar
seluar jeans biru lusuh
staff library pulak tuh

"Eh tak lah. Student. Komiti gak. Baru sampai ni. Dari kelantan. Ada program lain kat sana."
aku jawap
ringkas tapi panjang

Ok
aku tipu
tak
aku ngelat
aku bukan komiti
utk program tu
tapi untuk program lain
jadi
aku tak tipu kan?
ngelat

Ya
aku baru balik
baru pulang
dari berprogram
di kelantan
program alumni
sebab itu
tiada update terbaru
maaf

Kejap lagi final
walaupun dua2 aku minat
tapi aku bukan macam dammit
tak boleh buat keputusan
dilemma katanya
aku tetap menyokong Jerman

Ok dah
aku nak pergi melayari blog-blog
yang dah berhari aku tak kunjung
sekian

Tuesday, June 24, 2008

Ramalan MatematisMuda

Sebenarnya aku nak ulas setiap pasukan
yang layak ke separuh akhir
EURO 08
tapi dek dihimpit
kesibukan yang dicari
maka tiadalah berkesempatan untuk aku
menghadap internet sepanjang hidupku

Jadi aku nak teka atau ramal atau
apa sahaja yang kalian namakan ia
pasukan yang akan layak ke FINALE EURO 08
adalah JERMAN dan RUSSIA
dan aku rasa JERMAN akan jadi juara

Sebabnya

i) Switzerland dan Jerman
Dari sudut sejarahnya
pasukan bola sepak Jerman sangat berkait dengan Switzerland
yang dimaksudkan dengan berkait di sini ialah
seperti berikut;
perlawanan bola sepak pertama untuk pasukan Jerman,
pelawanan pertama selepas Perang Dunia Pertama
dan selepas Perang Dunia Kedua
perlawanan pertama pada tahun 1990
kesemuanya adalah antara Switzerland dan Jerman
malahan
kejuaraan pertama untuk pasukan Jerman
telah dimenangi di Switzerland pada tahun 1954

ii) Jerman dan penalti
Kali terakhir Jerman kalah menerusi penentuan sepakan penalti
adalah pada tahun 1976
Jens Lehman sangat tersohor dengan tabiatnya pada Piala Dunia yang lepas
iaitu menyimpan nota
mengenai tempat feveret sepakan penalti lawannya
nota tersebut disimpan di celahan stokinnya!
malahan kali terakhir pemain Jerman gagal menyempurnakan sepakan penalti
ialah pada 1982 semasa separuh akhir bertemu England

iii) Jerman dan Italia
Memandangkan pasukan paling aku minat [Italia]
telah gagal ke separuh akhir
aku dapat melihat bayangan Itali
pada pasukan Jerman ini
sebagaimana yang aku nampak
semasa Piala Dunia yang lepas
di mana pasukan Itali
tidak menjadi tumpuan untuk menjadi juara
dan tiada siapa sangka
mereka akan bertemu Perancis di perlawanan akhir
sebagaimana Jerman dalam kejohanan ini
semua beranggapan pasukan seperti
Portugal, Belanda dan Sepanyol
yang akan layak
[tetiba aku tersenyum mengenangkan kekalahan Portugal]

Dah
berikut adalah sejarah dan penilaian aku
seorang bukan pakar bola sepak
mahupun pakar strategis
tapi sebagaimana nyanyian
band lelaki tersohor zaman dahulu
NEWBOYZ
"sejarah mungkin berulang"

Tapi
tahun ini juga menyaksikan
kejayaan beberapa pasukan
menembusi badi kekalahan
sebagaimana Sepanyol yang telah
beberapa kejohanan berturut-turut
gagal ke separuh akhir
hmmm
mungkin Sepanyol boleh jadi juara juga
terpulang
tapi Italia tetap juara di hatiku

Monday, June 23, 2008

Tekaan Tepat EURO 2008

Ok
since pasukan yang aku sokong dah takde
semua dah di eliminet kan..
maka aku nak buat ramalan
ok tak baik meramal
aku buat tekaan
boleh?

Sehingga tarikh ini
ada empat pasukan yang dah disahkan
layak ke separuh akhir
Jerman, Turkiye, Russia dan Sepanyol

Sebelum aku buat tekaan
mari kita ulas satu persatu
pasukan-pasukan yang berjaya
bertahan hingga ke empat yang terakhir
kita mula dengan Jerman

Erm, nanti dulu lah
aku banyak kerja
kalau sempat aku buat ulasan
pastinya
ia sebelum perlawanan
Rabu ini
sekian
aku akhiri dengan satu cerita
sebelum tidur pagi tadi
[lepas Italy kalah]
dengan seorang kawan
[sebab dia penyokong Spain, aku tanak sebut nama dia]

--------------------------------------------------------

Semasa di pembaringan
menanti waktu pagi
aku dan Penyokong Spain [PS]
di atas katil
berbual sedikit sebanyak
tentang perlawanan tadi
dan pasukan-pasukan yang telah layak

Satu ketika
senyap
baring
letih
mengantuk
lapar

Kemudian
tiba-tiba PS berpaling menghadapku dan berkata
"Yes!"

Aku tengok dia kembali
menanti ayat seterusnya
lambat
aku angkat kening
dan
dia sambung
"Aku dah tau dah."

Aku separa berminat dengan intro dia
mungkin sebab
baring
letih
mengantuk
lapar

"Turki dengan Jerman, salah satu tu dah kompem masuk final!"
dia menyudahkan ayat dia
dengan muka bangga

Aku senyap
kemudian
"Em," ku iakan sambil mengangguk
gaya memikirkan dengan kagum
betapa benarnya kenyataan dia tadi

Kembali senyap
tidur
tidak lagi lapar

Sungguh, Aku Kecewa

Walaupun aku minat kau
tapi kau telah mengecewakan aku
sungguh
aku kecewa

Betapa pengorbananku
bagai tiada makna buatmu
seakan aku sahaja yang terhegeh
kau tetap dengan kerja-kerja kau
bagai aku tiada dalam hidup kau
sungguh
aku kecewa

Aku minat kau
dia pun aku minat
tapi bila disuruh pilih antara dua
aku jadi keliru
[lagu "di sana menanti, disini menunggu" berkumandang]
puas kufikirkan
dan memang tak dapat dinafikan
dia lebih kuminati
pun begitu
sungguh
aku kecewa

pernah juga
kau pinta perpisahan
tapi kuanggap
itu hanyalah
gurauan~
rupanya kau sirius
dalam senyuman...

Mereka kata
kau terbaik
kau cemerlang
kau hebat
kau bergaya
aku juga yang jadi mangsa
mereka kutuk
mereka perli
mereka boo
[siyot!]
aku tak mampu mebalas
sungguh
aku kecewa









Iker Casillas,
kau telah mengecewakan aku!

kenapa kau tepis penalti pasukan Italy!
dayem!

Buat penat je aku bangun pagi-pagi
berjalan gi bilik tivi
kesudahannya
pasukan yang aku minat [Italy]
KALAH!
sheet!

Tak mengapa
Italia tetap juara di hati ku!

Friday, June 20, 2008

Entri Pertama Tentang Euro 08

Ok
aku tak pernah tulis entri lagi pasal EURO
sebab team aku tinggal Italia je yg layak suku akhir
itupun tak berape sangat dah main
dulu je bagus
pape pun
sokongan tetap tak berbelah bahagi
haha

Walaupun aku kipas Syaitan Merah
yang boleh tahan susah gak nak mati
tapi aku benci
tak tau kenapa
aku menyampah
dengan mamat sorang tu
dia paling baru sekali pakai jersi nombor 7
huhu

Ok la
dia memang hebat
sebab tu aku tak berapa nak bagi dia keluar pergi
Real Madrid
tapi hebat-hebat pun
aku tetap tak suka dia
hish

Aku nak tengok perlawanan semalam
tapi bila baca surat khabar pagi tu
katanya tiada siaran di media prima
dayem!

Rumah aku mana ada Astro!
pukul 2?
tak kuasa aku nak keluar rumah pegi mamak nak tengok bola sensorang de

Adapun pagi itu
aku sangat teruja untuk menontonnya
kerana aku sangat yakin
Portugal akan kalah
sebab aku sokong gak Germany
(walaupun dulu kalah masa final Piala Dunia dengan Brazil, walaupun masa tu aku sokong Jerman)

Bangun pagi esok
aku dapat tahu
Portugal kalah
aku bersorak
haha
padan muka kau budak gay~!
terasa sangat kerugian tidak menonton perlwanan tersebut
huhu
takpe
janji dia kalah

Nak entri lebih seronok?
baca di sini

Thursday, June 19, 2008

Kamu Tahu Apa Itu Syurga?

Dah baca entri ini
dan gambar-gambar sebahagian pemakananku
semejak dua menjak kebelakangan ini
di entri ini

Bila kukenang kembali
boleh tahan banyak juga
kami makan ya

Hmm
banyak ke?
tak sangat kot
yeke?
entahla

Tapi bila satu hari
ada surat-elektronik dari abahku
yang menyertakan beberapa keping gambar
aku jadi berfikir kembali
itu baru sikit dude
cuba tengok ini
















ambik kauambik kau!!!


ini adalah heavenini dinamakan syuga dunia


Ok sekarang bayangkan
anda di tengah-tengah gambar yang kedua itu
oh syurga~



kan? kan?

Wednesday, June 18, 2008

Rahsia Penjagaan Berat Badanku

Bangun tidur
minum air
segelas
dua gelas
termenung

Dah lama tak timbang la

Naik ke atas penimbang

"Maik aih!!!" aku terjerit

"Apo pasa?" mak aku bertanya dari dalam

"Tade pe," aku menjawap perlahan

Banyaknya naik
aku berfikir dalam hati













Hah!
aku dah tau dah jawapannya
patutlah naik semacam
cuba tengok entri ini







Patutlah pun...

Ok, aku perlu berusaha untuk turunkan ia pula

Friday, June 13, 2008

Macam Ni Ke Kawan?

Siyot punya orang!
dah la hari tu
pegi gig tak ajak
lepas tu
ni
pergi jamming sorang-sorang

Sheet!

Macam ni ke kawan?
huh

p/s: Kalian, jangan baca blog dammit, ElectricPopia nama blognya.

Thursday, June 12, 2008

Susah Betul Jadi Pemblog Terkenal

Semua benda orang nak tahu.

Berikut adalah perbualan dengan seseorang.



Oyt, buat apa tu?
Oyt. Takde buat pe. Melanguk je. Asal?
Asal ko punya update tak best lately ni?
Aku putus cinta a!
Ow, bagus a.
Hah!?!?
Hee, takde. Buat a entri. Mesti best. Hehe
Fork!
Hahahaha



Tengok
terbayek punya kawan
aku putus cinta pun dia buat tak kisah
siap suruh tulis entri putus cinta lagi!

Sebab tu lah aku sayang kawan-kawan aku



Ko nak apa neh?
Aaa..mana link blog dammit dgn jaed?
Lor pahal?
Aku nak baca la! Apasal ko buang link dia?
Ada la!
Mana?
Kat bahagian bacaan ruji! Aku buh nama blog.
Oh, apa nama dia?
ElectricPopia dengan My Eyes, Our World
Okeh!
Oy!
Pe?
Blog aku tak sibuk pulak ko cari eyk?!
Oh. Heh. Blog kau aku dah hapal kot. Kool bro! Haha
Uh, hoho. Bagus. Nasib baik kau. Hehe
Hehe, k ah. Thanks. Ciaou
K, assala...
Tuut tuut tuut [dah letak]



Nasib baik dia hafal aku punya blog
kamu yang lain
hafal juga ya
baru aku sayang kamu

Hahahaha
[gelak bangga]

Erm
aku putus cinta
itu tipu je
hehe
figure of speech

Wednesday, June 11, 2008

Status Di Perutusan-Yahoo

Kebelakangan ini
kuperhatikan status di Perutusan-Yahoo
kawan-kawanku
macam pelik la
macam semusim pula


Ke aku je yang perasan lebih


"sakit..pedih..perit"
-M1

"working on letting go"
-G1

"temani aku.."
-L1

"Kadangkala kesakitan lebih baik kerana mendekatkan diri kita kepada ALLAH dan kematian yang bakal menjelma-Alhamdulillah"
-L2

"di keheningan malam"
-G2

"demam datang balik..tak suke demam~"
-G3

"exams are just not fair!!!!!!!damn!!!!"
-L3

"feelings are much like waves, we can't stop them from coming but we can choose which one to surf"
-G4






Dunia ini kejam
kan?

Tuesday, June 10, 2008

Ini Namanya Perit!

Ini bukan kes seperti yang ini ye






































Aku ingat aku dah cukup kuat
rupanya tidak

Aku ingat aku dah cukup metal
rupanya aku masih rock kapak

Aku ingat aku hati kering
rupanya belum cukup kering























Ketahuilah..
Tuhan itu Maha Mengetahui!
Sehebat mana perancangan kau
Allah penentu terjadi atau tidak
Dia, sehebat-hebat perancang
Percayalah pada hikmah-Nya

Ini bukan cakap kosong

Tau tak
sedih, sadis, perit, pedih, sakit!
fok me!

Monday, June 9, 2008

Aku Tak Tau Apa Aku Tekan Tiba-Tiba Ada Layout Baru

52 words
Speedtest



Setelah 7 kali cubaan
haha

with 202 points, so you achieved position 384149 of 939857 on the ranking list

You type 275 characters per minute
You have 52 correct words and
you have 1 wrong words

Kesemua enam cubaan terdahulu
berkesudahan bawah 50 perkataan

Pada percubaan ketujuh
aku kata dalam hati
dapat atas 50 baru aku nak stop
dan aku taip
sambil menyebut apa yang aku baca

Berjaya!
haha

Tau kenapa aku jadi macam tu?
sebab DIA NI!
gila laju!!!

Sunday, June 8, 2008

Sumimasen..Arigatou

"Boleh tanya tak?"

"Boleh, boleh,"

"Iidako ni apa?"

"Oh, Iidako itu baby octopus,"

"Baby octopus! Hoo,"

"Ya, ia sangat kecil,"



Teruskan bacaan.



"Udon?"

"Udon itu mee besar punya. Kalau ramen, mee kecil punya," terangnya penuh setia dengan tugasnya. Yang bertanya angguk-angguk.

"Macam mee dengan mihun la," ujarnya kepada rakannya yang di depan.


Tukar mukasurat.


"Chuka ni?" sambil menunjuk ke perkataan tersebut.

"Chukka," dia membetulkan sebutan.

"Chukka itu macam jeruk la."

"Oh, kurage ni?"

"Itu jelly fish,"

"Jellyfish! Oo, boleh boleh,"


Belek lagi.


"Erm, unage ni apa?"

"Unage itu belut,"

"Uih belut!" sambil membeliakkan mata melihat ke arah dammit. Kedua-duanya mempamerkan wajah teruja. Sesaat kemudian, gelak terhambur.

"Maki?" sambil gelak-gelak lagi.

"Maki itu gulung."

"Oh maknanya kalau ini," tunjuk ke satu gambar "timun gulung la eyh?" sambil buat gaya mengggulung. Tiga rakannya yang lain gelak.
Begitulah jadinya bila berkunjung ke restoran makanan jepun bersama orang yang mempunyai daya inkuiri yang tinggi. Oh lupa untuk khabarkan makanan yang disajikan adalah enak-enak belaka! Sangat!

Friday, June 6, 2008

Aku Orang BN. Harga Minyak Naik. Aku tetap Orang BN.

Siapa suruh bergantung kepada kenderaan
yang menggunakan minyak
cuba budayakan berjalan kaki atau berbasikal
macam kat Jepun

Sedarlah
bekalan minyak dunia pun dah nak habis
maknanya makin susah nak dapat minyak
makin susah nak dapat makin murah ke makin mahal?

Perempuan
maafkan saya
kalau yang boleh dapat tepi jalan je tu
orang panggil mahal ke murah?

Mutiara
makin dalam letaknya mutiara itu
makin mahal atau makin murah?

Bukannya macam kedai-kedai
barang dah nak habis
boleh buat jualan penghabisan stok
harga makin murah

Lagipun
aku tahu tentang teori
erm
lupa dah terma dia
peak apa ya
kejap nak google
Hubert Peak Theory
Teori Puncak Hubert

Kawan aku pun dah membebel pasal ini
kliklah
baca

Aku tanak membebel panjang
macam biasa
aku nak cerita
------------------------------
Bangun tidur
tengok jam di telefon bimbit
wah lamanya aku tidur
ada satu mesej
tekan punat "read"
"minyak dah naek harga.."
mesej dari ayahanda

Pukul 10
khabarkan kepada Dammit
sebelum keluar makan malam
dia mengeluh dan cakap pada Jaed
"Keluar pakai kereta aku lah. Nak isi minyak,"

Jaed, dia pun macam aku
tak kisah minyak naik harga
tapi berlainan sebab
ada la

Kami menuju ke stesyen minyak terdekat
sebaik hampir ada tiga reaksi
"O sheet"
"Pergh (baca: per-ge-her) panjang gila!"
"Mak aih.."
aku, jaed, dammit
"Kita pergi makan dulu lah," dammit lantas menukar arah

Usai makan
teringatkan Miyut
dia kerja di Shett!
eh silap
Shell!!!

Buat panggilan
dia cakap
"Boleh, boleh. Korang masuk kot belakang. Nanti aku datang,"

Haa, sebab tulah aku sayang kat Miyut. Haha.

Tetapi
disebabkan orang yang ramai
dan pekerja yang kurang
maka hampir 10 minit juga kami menunggu dibelakang
Dammit kata, "Lebih kurang kita beratur je aku rasa,"
Jaed kata, "Malam ni, aku belajar erti sebuah kesabaran,"
Aku, "Dek dek dish dek dish," (main stick drum ikut lagu di radio)

Kami selesai urusan di situ pukul 0012
tapi berjaya mendapatkan harga lama
caranya?

Harga akan bertukar ke kadar baru selepas jam 0000
sebaik sahaja pam di letakkan di ganggangnya
jadi, ada satu sahaja pam yang pengguna sebelumnya
mengisi dengan penuh dan belum letak lagi ke ganggang
jadi meter masih menunjukkan kadar lama RM1.9
pam lain semua sudah bertukar kadar ke RM2.7

Miyut tanya
"Korang nak lagi tak? Kereta tengah takde ni"
Dammit menung sebentar
tengok meter minyak
jawap
"Boleh la lagi 20RM,"

Lagu tema malam itu,
Fuel by Metallica

Thursday, June 5, 2008

Tujuh Tujuh

Tujuh

Tujuh adalah nombor perdana ke-empat. Juga nombor sendiri (baca: self number) ke-empat. Dan nombor gembira paling kecil selain satu. Bentuk bersisi tujuh dipanggil heptagon. Tujuh adalah satu-satunya dimensi (baca: dimension) selain tiga, di mana vector cross product boleh didefinasikan (baca: can be defined). Jumlah bintik pada ladybird biasa adalah tujuh. Pelangi ada tujuh warna. Nombor atomik Nitrogen juga adalah tujuh. Nilai pH yang nuetral pun tujuh.

Haih, tujuh

Tujuh keajaiban dunia (baca artikel ini). Surah Alfaatihah ada tujuh ayat. Surah ke-tujuh ialah Surah Al-a'raf. Syurga ada tujuh tingkat. Neraka pun. Kedua-duanya ada tujuh pintu. Tawaf mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh pusingan. Begitu juga Sa'ie.

Allahuakbar!

Hei, Harry Potter ada tujuh siri. (Sebenarnya) Dragon Ball ada tujuh biji semuanya. Haha

George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo
Syaitan-syaitan Merah yang menyarung jersi nombor tujuh

Mengapa aku membebel pasal tujuh ni?
sebab nya adalah
tag!

Sheet!
  1. 7 FAKTA TENTANG DIRI
  2. 7 PERKARA MENAKUTKAN
  3. 7 LAGU BUAT MASA INI
  4. 7 PERKATAN SELALU SEBUT
  5. 7 PERKARA AMAT BERNILAI
  6. 7 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP
  7. 7 BLOG DIPILIH
Haih,
memandangkan ini kali pertama
aku di tag
jadi aku cuba untuk menhormati penge'tag'
dengan merespon tag mereka
(dua orang tuh tag aku)

Penge'tag' aku ialah
makhluk ini
dan makhluk ini

Baiklah
jawapan tidak berdasarkan urutan ya

7 fakta tentang diri
sebab aku dah banyak baca orang punya tag before this, so
1) Aku ada blog
2) Dulu, perempuan dengki dengan bulu mata aku.
3) Ramai orang jeles dengan rambut aku sekarang. Mereka akan menyuruh aku potong ia.
4) Aku MatematisMuda
5) Pernah jadi penagih rokok dan berhenti semasa tingkatan 4. Sebab tu aku boleh kutuk orang yang hisap rokok lebih dari orang yang tak hisap. Hahaha
6) Kampung den kek Masjida Tanah satu, kek Gadek satu
7) Aku ada adik

7 perkara menakutkan
1) takutkan ALLAH (bima'na taqwa)
2) takutkan kegagalan
3) takutkan kejayaan (riyak takabbur wa j...pidud salu sambung neh hehe)
4) takutkan perempuan (ini benar)
5) takut kena denda
6) takut mati (tak cukup amal lagi..)
7) perkara menakutkan? Aku la. Tak takut ke?

7 lagu buat masa ini
1) Diary of Jane, Breaking Benjamin
2) Accidentally In Love, Counting Crows
3) You Give Love A Bad Name, Atreyu
4) Wait And Bleed, Slipknot
5) Given Up, Linkin Park
6) Fuel, Metallica (sempena rege minyak naik)
7) Paranoid, Black Sabbath

7 perkataan selalu sebut
1) Bismillah (mulakanlah dengan bismillah)
2) Pergh (baca: per-ge-her)
3) Miyut (ini adalah nama orang. Ok, nama manja. Haha)
4) Tu-a
5) Jom-a
6) Hek-eleh
7) Sheet! (dan carutan laen yang sopan)

7 perkara bernilai
1) Agamaku
2) Keluargaku
3) Aqalku (remember, i'm a genius)
4) Kawan2ku
5) Pengetahuanku
6) Masa
7) Apalagi, duit la! Haha

7 pertama kali dalam hidup
1) Pertama kali pergi ke luar negara ialah ke Singapura semasa aku belum mampu menjana ingatan. Ke luar betul, Mekah n Madinah. Tuje.
2) Pertama kali masuk sekolah. Aku ponteng dok kat kantin. Makan. Sebab aku tak ingat kelas kat mana. Haha.
3) Pertama kali tinggal di asrama semasa berumur 12 tahun.
4) Pertama kali aku terlibat dengan kemalangan sebagai pemandu ialah pada malam sebelum mendaftar untuk kursus Ijazah Sains Matematik di Kuantan. MRR2. Langgar tiang. Hujan.
5) Pertama kali aku kena tag.
6) Pertama kali orang tak kenal aku yang buat pautan adalah Huzai
7) Pertama kali wakil sekolah, jajahan, zon semasa tingkatan 3 dalam pertandingan Matematik dan Sains. Jadi simpanan je pun, sebab tak hebat sains. Haha

7 blog pilihan
Aku nak tag orang terkenal boleh? Haha
(updated: macam dia ni atau dia ni)
aku taknak pilih pemblog sekampus, jadi
mereka yang bertuah adalah
1) Huzai at Huziology
2) Jennyto at Escaping to The Dream
3) Edwan at Incense+Peppermints
4) Farah at Behind The Egoistic Facade
5) Tasik Hijau
6) NanaNisa
7) Epal Cokelat

Dah, lepas tu?
Kena khabarkan pada mereka lah ni?
Haih

Wednesday, June 4, 2008

Ini Betul Punya Kecewa

Ingat entri ini?
ia berlaku pada hari Sabtu
24 Mei
selepas kami bersuka-ria
bersama ketam-ketam tersebut
dalam perjalanan pulang ke kereta
kami merentasi
alias melalui
sebuah kedai diberi nama
Kedai Makan Encik Makdi

Jaed (pembaca, sila ingat nama ini!)
telah berjaya mendapatkan
beberapa kupon untuk kami menyertai
Big Mac Chant Challenge
ada lebih sepuluh kupon

Ok sambung cerita
semasa melalui
Kedai Makan Encik Makdi
Din teringat akan kupon-kupon
yang Jaed beri kepada kami
dan berkata
"Weh, jom a try Big Mac free ni dowh!"
penuh semangat
tangan seluk poket
keluarkan kupon

Aku yang sudah sedia teruja
mengambil kupon dari tangan Din
dan
selajur kupon bertukar tangan
aku teringatkan waktu tawaran
3pm - 8pm
"Petang jela," aku ujarkan pada Din

"A'a. 3 sampai 8 malam," Dammit sambung

"Takpe takpe. Cuba kau try dulu," Din suruh aku
sambil keluarkan telefon bimbit
untuk menetapkan masa

"Ready? Ok, start!"

Dan dengan pantasnya aku sebut satu-persatu
"Two all beef patties
special sauce
lettuce cheese
pickles onions
on a sesame seed bun"
mengikut irama dalam iklan di televisyen

"Weyh, 3.6 saat dowh!" Din menyatakan
dengan penuh rasa takjub dan teruja
dammit menyeneh di tepi din
ingin melihat catatan masaku

"Sekali lagi, sekali lagi," Din kata

"Ha!" din beri isyarat
dan aku sekali lagi
membacakan mantera ajaib itu
"3.2 saat john!!!" kali ini separuh menjerit
bercampur dengan gelak gembiranya

"Macam ni aku hantar kau jela. Kita ambil sampai dapat sepuluh Big Mac! Haha," katanya lagi dengan tawa yang masih lagi belum reda

"Kita tunggu jaed balik la," aku beri cadangan

"Oh ok, kita celebrate lepas exam mid sem," (29 Mei-exam midsem)

"Cantek~"

----------------------

Tengahari selepas peperiksaan pertengahan penggal
di bilik Dammit

"Wei, jom! Big Mac sepuluh biji," aku menyeru

"Haa jom!" Din menyahut

"Try sekali din," kata Dammit

"Two all beti, sepishakh... Uih, da lupa dowh!" Din buat muka terkejut camur risau

"Uih, takpe takpe. Aku ada. Haha. Bak kupon kejap,"
aku belek-belek terma dan syarat
untuk memastikan tiada syarat
menghalang aku menebus sebanyak sepuluh kali
sekali gus

"Yes, boleh!" aku hulurkan kembali kupon kepada Din

"Uiii, sedap dowh sepuluh Big Mac! Makan besar kita malam ni! Haha," Jaed penuh keujaan dalam jiwa

Tiba-tiba!!!
Din tanya
"Wei, hari ni berapa hari bulan dow?" nada rata. Plain.

"29," ringkas jawapan Jaed

"Da habis dowh." ujar Din lemah sambil hulur tiket kepadaku
aku belek-belek

Sheet!!!

Aku tak nampak pulak syarat yang inisyarat yang mengecewakansampai 28 Mei sahaja!
Wadda..





"Aaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrggggggghhhhhhhhhhh!!!!!!!!"

Jaed. Ini semua sebab tunggu kau a ni!
Dayem!

Tuesday, June 3, 2008

Hari Anti Tembakau Sedunia

Masa aku post entri ini
30 May

World No Tobacco Day
Hari anti tembakau sedunia
31 May







Ish silap timing a

Binatang Yang Menyebabkan Empat Pemblog Kecewa. dan Seronok.

"Hah sini sini!" Din jerit.

Aku, dammit dan afiq
segera menoleh dan bergegas ke arahnya.

"Mana mana?" afiq tanya.

Dammit dengan sebatang stick (stick apa ya dalam BM)
berjalan secara berhati-hati
semua menghampiri din yang sedang berdiri di satu sudut

"Besar tak?" aku tanya din.

Dia jawap "boleh la,"

Semua diam merenung ke bawah
mencari-cari

"Mana?! Takde pun!" aku membentak.

"Entah tadi ada kat sini. Area-area sini a," din jawap.

Dammit cuba mencucuk-cucuk secara rawak.
Hampa

Tiba-tiba
afiq menjerit
"Woi!! Sini dowh. Besar! Besar!"

Tiga yang lain bergegas ke tempat di berdiri pula
kali ini
berlari

Sebaik sampai semua menjerit teruja

"Wei kepung. Kepung!" dammit mengarah sambil bergerak
secara linear
ke kiri
ke kanan
tangan mencungkil-cungkil dengan stick tadi

"Sini, sini!" aku pula cuba menyepak

"Ha situ," afiq tunjuk
dammit jolok
cungkil ke depan

Sampai di kawasan berbatu-batan
semua terdiam

"Mana dia?" aku tanya
ambil stick dari tangan dammit

Pandangan menjadi kabur
"Semua diam. Diam kejap," aku pula mengarah

Din dan afiq di atas batu
aku dan dammit di bawah
berdiri kaku
mata masing-masing meliar mencari

"Mana dia dowh?" aku tanya nada pelik

"Hilang dah. Siyot!" dammit menyumpah

Dan mereka pun beredar












"Siyot punya ketam berpeluh aku," dammit mengeluh

"Jaga kau ketam. Sabtu depan aku datang balik. Kita bawa baldi siap. Haha,"
aku sambung sambil berjalan dengan selipar di tangan
menyepak-nyepak pasir pantai Teluk Cempedak

Sunday, June 1, 2008

Hari Susu Sedunia

Instant entry
(ada ke perkataan macam ni? gasaklah)
nak pergi kenduri kahwin
(kahwin lagi, haih)


Kalian tahu tak hari ini
Hari Susu Sedunia?

Nanti aku tulis elok-elok sikit
for now,
ada dua quote aku nak share
aku tengok kat surat khabar tadi
hehe

The first one goes like
"Babies drink milks. So do babes"

And the other one,
"Real men drink milks"


Hahahahaha
agak lawak a
hehe







Er, tak kelakar eyh?
ok