Thursday, October 23, 2008

Tau Tak Kenapa Aku Guna Nama Pena?

Aku main tulis je, jadi sangat berterabur. minta maaf.
sangat panjang. panjang giler!
bacaan hujung minggu mungkin.

Ok fine
ramai dah tahu identiti sebenar MatematisMuda
sebagai Nabil
dan ramai juga yang mengenali Nabil di dunia luar

Dan Nabil yang mereka kenal
mesti begini dan begitu

oh kejap
lupa nak bagi intro

entri ini adalah berkaitan dengan 
komen dan tulisan
dalam entri ini
dan juga entri ini

Ok sambung

Aku menulis
ada matlamat
bukan sekadar berkongsi cerita kehidupan seharianku
tentang
aku makan apa
aku jumpa siapa
aku bercinta dengan siapa
atau apa apa lah

Bukan sakadar itu sahaja
aku tak kongsi benda yang tak perlu
atau tak menarik
atau mungkin menarik tapi tak perlu
atau wuteff
tapi yang penting
semuanya mesti ada matlamat

Aku, Jaed, Dammit, Jagatraya
kami seangkatan
kami punya matlamat yang berbeza
dan cara yang berbeza
kalian pun

Aku
sebelum berblog
aku dah tetapkan siapa target readers aku
apa yang akan aku tulis
bagaimana reaksi yang aku inginkan
dan sebagainya

Ia bukan sekadar tulisan

atau
mungkin lagi sedap
kalau disebut begini;

Ia bukan sekadar blog

Memandangkan cik anonymous telah memberi komentar sedemikian rupa dalam dua entri tersebut, maka terpaksalah aku bongkarkan kisah sebenar.

Sebenarnya, kisah cinta aku dan Jenny adalah palsu semata-mata. Ya palsu! Tipu! DUsta! Gelarlah apa kamu suka, hakikatnya ia tidak benar. Segala cerita yang ada kaitan dengan Jenny aku reka (termasuk cerita ABC tu. Anony, silalah tersipu-sipu hehe). Situasi tersebut tak pernah berlaku. kami cuma kenalan sahaja. Kami dah pakat. Tugas Jenny ialah memainkan watak perempuan. (Kudos to Jenn for her cooperation). Dan aku tulis apa aku ingin tulis. 

Mengapa perlu aku menipu? Sebabnya, sasaran pembaca aku, bukan orang yang mengenali aku. Ya, bukan kamu anonymous. Bukan juga kamu yang seadng membaca ini, yang mengenali diri ini. 

Jadi sekarang kamu tahu kan, kenapa aku bangkitkan isu isi tersirat dalam entri ini. Bagus.

Huraian lagi mengenai kisah cinta aku dan Jenny. Aku ingin menulis tentang hubungan lelaki dan perempuan. Tapi mesti bosan kan? Siapa nak baca? Kamu rasa berapa ramai yang akan baca kalau blog CDR jadi macam blog agama. Berbincang tentang isu fiqh, isu hukum hakam, isu tauhid dan sebagainya. Bukan tak ada. Tapi yang datang pastinya yang mencari atau yang ingin kan nya.

Itu lah sebabnya aku sampaikan dalam bentuk cerita. Dan cerita kena ada watak. Nak bagi best, watak dia mesti dua-dua blogger. Nak kurangkan karenah, watak laki dan perempuan tak boleh satu universiti. Nanti jenuh nak menjawap di universiti. Jadi ringkas kan cerita, aku pilih Jenny, sebab dia pun sempoi dan boleh tahan gila-gila gak.

Jadi sekarang kalian pergi baca balik semua entri tentang aku dan Jenny, dan baca di antara dua baris.

Cerita cinta sebenar aku, biarlah rahsia. Hakikatnya, memang rahsia pun. Tak percaya tanyalah teman-teman serumah denganku. Kalau ada pun seorang sahaja yang tahu, sebab dia macam serabut sikit (haha). Even jiran-rumah-sebelah pun tak tahu. Percaya tak? Percayalah. Lagipun ada hadith bunyi lebih kurang, "rahsiakanlah pertunangan, iklankanlah pernikahan." Malam tadi baru aku tahu hadith ni lemah. Tapi sebab part "iklankan pernikahan" itu sangat kuat, ulama' tetap sebarkannya.

Bagi aku, kalau dah berpasangan, eloklah ia dibiar rahsia dahulu. Sebabnya, even kalau dah bertunang pun masih tidak halal untuk kita berpegang-pegang tangan atau bermanja-manjaan.
Inikan pula baru bercintan-cintun. Petuih! Hehe.

Cerita selingan

Malam 18 Syawal lepas
aku ke UIA Gombak dengan Jaed
dia jumpa kawan

Lama

aku bosan tunggu sebab bila aku pergi ke bilik kenalan di sana, kenalan tiada di bilik. Jadi, aku hubungi bekas kekasih dan kami bertemu. Ya, bekas kekasih pelajar kampus Gombak, pergilah selidik sekarang. hehe. Ia adalah pertemuan pertama setelah kami mengisytiharkan hubungan kami tidak lebih dari kawan.

Balik dari pertemuan itu, sebelum tidur, aku menggatal dengan kekasih aku sekarang. Kemudian, tidur. Bangun pagi esok, ada dua mesej. Mesej pertama dia tegur aku sebab menggatal. Mesej kedua dia cakap, "Nak cakap macam tu boleh, tapi lepas kahwin la," aku senyum-senyum. perasan diberi klu ajak kahwin. Haha.

Sangat perahsantan. Hehe

Ok kembali ke entri asal. 

Oh ya, kenapa mesti cerita cinta? Sebab manusia sukakan cerita cinta. Terutama yang berbangsa melayu, sebab itu novel melayu hampir semua berasaskan cinta. Jadi aku melihat ia sebagai market, dan aku buat entri cinta.

Erm apa lagi nak cakap? Mungkin aku harus minta maaf sebab menipu. Atau mungkin lebih tepat kalau aku cakap minta maaf sebab memanipulasi status kalian sebagai pembaca. Yang hanya mampu percaya apa yang aku tulis.

Lagi pasal hubungan laki perempuan. Bagi aku, tiada istilah kawan baik antara laki dan perempuan. Itu cuma pendapat peribadi. Aku tak selesa baik atau rapat dengan perempuan. Aku ada nyatakan dalam permainan tag yang ini. Sebab nya? Dengan perempuan, kita terhad. Contoh kalau dia ada masalah, datang luah pada aku selaku teman rapat dia. Kemudian dia nangis. Apa aku boleh buat? Setakat menyedapkan hati dengan kata-kata jela. Memang boleh nak pegang-pegang, 'come cry on my shoulder' pe sume. tapi dosa la kan.

Lagi cerita selingan

Kawan lama aku, luah perasaan dan beritahu masalahnya dengan lelaki. Katanya dia sekarang ada dua boipren, dua-dua dia dah selalu tidur bersama. Dia nak berubah, tapi tak punya kekuatan. Aku cakap, cari la kawan perempuan yang boleh percaya dan berbaik dengan dia.

Dia tak percaya sangat dengan kawan perempuan. Sebab sejarahnya selalu ditikam kawan sendiri dari belakang. Aku tanya apa beza dengan lelaki? Kami buaya. Auum! Dia kata lain, lelaki lagi senang nak nampak buayanya.

Aaa ya sebelum kamu kutuk dia, aku nak ingat kan kalian yang dia kawan aku. Bukan dia sabjek utama di sini. Sabjek yang kita tengah bincangkan ialah hubungan terhad antara laki dan perempuan.

Kamu lihat ya. Perbincangan tadi berlaku di Yahoo Messenger. Cuba bayang kalau aku adalah buaya paling kacak pernah kau lihat. Buaya bermulut super-duper manis. Sekarang bayangkan apa akan terjadi kalau kawan perempuan aku luah masalah sedemikian secara berdepan dengan ku. Kemudian dia nangis, aku main peranan watak supportive, hulurkan bahu, biar dia menangis, tenangkan dia, dan beritahu dia aku akan bimbing dia ke jalan yang lurus. Dan pelan-pelan kayuh, dua tiga kali berjumpa, dia jatuh hati, giliran aku pula dapat mempermainkan dia. Kan?

Oh jangan bimbang. Aku bukan begitu. Aku bukan kaki perempuan sebab kaki aku sasa dan berbulu. Cuma aku takut dengan perempuan. Tapi bukan macam pencinta cheong sam di KB Mall. Huhu. Aku semacam risau dengan mekhluk Tuhan bernama perempuan ini. Perasaan takut seperti kamu rasa mereka akan terkam kamu sebab kamu sangat hot. Uuu takutnya..

Jadi sekarang bila dah jadi begini, dah tak seronok kan? Aku berprasangka, mesti kalian ingat tulisan aku selepas ini mesti tipu lagi. Erm tapi bagus juga kan? Entahlah. Kalau sebelum ini aku berkira-kira untuk mengubah cara penulisan atau penyampaian. Tapi sekarang aku rasa macam nak tutup terus CDR. Sebab dah kurang fun. Kurang thrill nya.

Aku dah terasa macam kes dalam entri magenta yang ini. Kes menipu juga, tapi dia bermotifkan duit. Aku? Bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Eh, takde kena mengena. Sori.

Ok aku nak cerita pasal 'ustaz' thingy plak. Macam dalam komen-komen sebelum ini. Ada beberapa yang menyebut tentang, takkan nak tunggu jadi ustaz baru boleh bercerita tentang agama. Ini antara masalah agamawan di antara kita ni. Sebab kita terlalu mengistiadatkan agama. Neem ada cerita pasal benda ni dalam entri ini. Jemput baca. Antara kita juga boleh tahan ramai yang beranggapan agama itu sesuatu yang...yang apa ya..erm kira nya macam Neem cakap lah, tidak menganggap ia sebagai satu cara hidup.

Bagi sesetengah orang, (bukan tuju kat cik anony sahaja, ramai lagi) agama itu hak para ustaz. Kamu doktor pergi rawat pesakit. Kamu dentist pergi cuci gigi. Kamu mekanik, pergi baiki kereta. Matematis, kamu genius. Oh, keluar topik. Selalunya begitu lah. Sedangkan agama adalah milik kita semua. Doktor, akauntan, cikgu bio, cikgu BM, apa sahaja pekerjaan nya, selagi dia Islam, dia perlu menyampaikan. Sebab itu, walau apa jua pekerjaan kita, kita kena tahu tentang agama yang kita anuti ini.

Baca apa keluhan ANNA dalam entri ini.

Ish dah panjang sangat pula rasanya entri aku ni. Dah lah kot.

Chiao

eh silap
Nabil kena bagi salam

Assalaamu'alaikum



notakaki: Aku sarankan kalian baca majalah i edisi oktober ini. Ada temu bual dengan Tok Guru Nik Aziz tentang cinta sebelum berkahwin. Siriyes menarik.

26 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
ktorang bkn budak IRK..
tapi kitorang still cakap pekara ni..
sebab ape?
ha'a, sebab pe ek?

sebab ktorang tak selesa bile baca..

sori sebab awak tepaksa mendedahkan kes "sebenar"nye..
huhu..
tapi lega gak,at least awak bukan macm yang ktorang ingatkan lepas ktorang bace entry awk ngn mereka d restoran bebuke pose tuh..

huu

dah malam sgt, malas gune english

he

tp ada nasihat baru

jangan delete blog ni

sbab





best!!

Anonymous said...

tahniah kepada cik anony,
kerana cukup pantas mengomen,
setia menanti

terima kasih berkongsi pendapat

p.s - MM, aku jadi tuan rumah eh?

Unknown said...

nabil, kau kan kuat. i think you're not this fragile, right?

maybe this time perbezaan pendapat yang berlaku antara kau dengan anony menjadi highlight, tapi takkan la terus rasa cam nak tutup blog. kata ada hala tuju menulis blog?

keep on writing.

aku suka kata-kata ni: manusia dijadikan dengan fikrah yang berbeza. jika berlaku perbezaan fikrah, bersedialah untuk itu..

it's jenn. said...

eheh. tbongkar da rahsia haha.

Anonymous said...

Isk, speechless plak. Sapa anony yg menyebabkan encik nabil terus jadi ceni? Hanya sbb dia sorang encik nabil terus reveal everything.

Bak kata zaki, keep on writing. Jgn disbbkan sorang yg ntah sapa-sapa komen, 1 blog plak kena padam.

Ur blog is interesting.

Anonymous said...

setuju sangat dengan szakif =)
u r strong!

Anonymous said...

perbezaan pendapat..normal beb :)
berlapang dada dan bincang comel2 :D

teruskan identiti kamu mana2 yang kamu rasa best sebab daku pasti kamu tahu mana best mana tak best
;)

Pandangan orang, takleh amik berat sangat, takleh abai sangat, tengah2 sudey untuk beringat dan bincang2

Ah kamu pasti tahulah apa nak buat kan, kamu kan genius!

Take care!

p/s: semalam pun daku turut sama baru tahu hadith tu dhaif, dan daku akan terus menyokong teman daku yang side sana. Kamu tahu siapa. Moga berbahagia, aha!




ameeeeennnn!

... said...

wah
mcm ade jodoh pulak korang ni..hahaha
(sumpah gurau)

Anonymous said...

adeh.. best betul fan ko ni MM..
devoted

Unknown said...

tapi sebenarnye aku menyokong kalo betol ko dengan jennyto.. huhu~

Matematis Muda said...

[sila baca komen ini dgn senyuman]

oy anony
dengan aku takyah berbelit la
aku ckp pasal part 'ustaz' tu
sebab kau cakap nak tanya pape kena tny 'ustaz'

jadi tak perlu la nk bela diri
dgn hujah spt
korang tegur
sbb korang care

kita bukan cakap pasal org Islam kena care
itu tidak dapat tidak adalah benar
but now we are talking bout
permasalahan
nak tanya benda2 agama kena tanya kepada yang berpangkat USTAZ shj

as long as panduan yg digunakan adalah benar
sesiapa boleh bagi pendapat

walaubagaimanapun
aku hargai komen kau
sebab kau adalah tetamu CDR
hukum melayan tetamu adalah wajib
kan?

hehe

dah bnyk lg benda aku boleh attack kau
but i know one thing for sure
kau juga ada ilmu
beza nya adalah
cara kita menggunakan ilmu
utk melihat dunia

worldview

haha

ungs tu
walau pun aku dpat C utk ungs (ini tipu)

hmm
dah lah

Matematis Muda said...

szakif,

too bad
aku dah try ngorat dia dulu
tp dia reject
end up
kami berlakon dalam blog jela

Matematis Muda said...

komentar lain,

jangan risau
walau apa yang kalian cakap
aku tetap akan tutup blog ini

jadi
pergi marah cik anony itu
ini dia punya IP address
211.25.42.5

kih kih kih


notakaki: sesungguhnya, anony sangat penakut.

Unknown said...

terus aku nak check gak ade tak dia gi blog aku.

pasal jennyto, i'll take care of her. heh~ *matila STBB

Unknown said...

jab. so memang confirm la nak tutup blog ni?

erm.. i'll be missing it~

bawangmerah said...

eh...jgn la tutup blog ni..aduhai~
tk kisah la psl tipu-menipu tu..kan pendekatan mcm tu sgt menarik.

jgn



tutup



blog



nih!

izzahismail said...

ha.sgt suke post ini.
hey,if you close this blog.
rmi brokenhearted nih.
hahah ;)

keep on blogging :)

Anonymous said...

nabil!!
tutup blog ni!!!
hehe...

*baca dengan perasaan riang macam aku... ;-)

Matematis Muda said...

kepada pengunjung yang jarang2 bagi komen
macam lala,kuey-san,bawangmerah,aainaa,ahmadzhari,
aku hargai komen korang

siriyesli

o cuma nama last tu aku tipu je
kau tak komen lagi bagus kot
hahaha

Anonymous said...

to MM(up to u nk bce or not )

wow,figured out my IP address eh..
salute for u!

afraid?
maybe...
afraid u myte come n attack us
or anounce to da entire uni?
maybe...
but i guess i fear a muc Higher Power than humans..
yeah,
u n u'r frenz can call me wuteva u guyz wanna call aftr knowing who i am (there 're 2 of us actually,so its a we)
but
its da harm from the Higher Power dat we fear da most..(huhu)

we guess we kindda messed up,maybe...
we we're juz two youngsters
luking for sum intresting ideas to not only to laugh about,but also to ponder on
and,dunno our search turned out to be a lucky one or not..
but wut made us follow ur entris was becoz it was sumthing dat..
yeah,
we culd laugh and ponder on lah
and honestly,
we ourself dreaded blogs yg cam nk bg cramah j
dats y ur's is one of a kind
(u can take it as a compliment or not,up to u lah)

we agree dat Islam is not only in da hands of usataz'z and ustazah's only
but is an obligation to all dat declare themselves a Muslim
be it a scientist or a doctor or a cleaner or etc and etc
to spread the teachings of it...

people are different in many ways
and guess we're differnet from 'watak pompuan' in ur story.
da difference is maybe on our openness wif males
especially considering the menstruation matters
to us,yes,we can discuss a lot of issues wif males (on islamic practices or wuteva) as it is a form of expanding our knowledge and opinions,
but juz definitely not tht issue.
if were to ask on those issues,we wuld find yes,an ustaz ustazah(sbb dia da besa trima prsoaln psl bab2 ni so ktorg pon x sgn), or our female frenz.
but lyke we mentioned b4, da 'watak pompuan' in ur story is more open.so,it was nothing to 'her' to mention about it to u.
and yes,ur intention was gud n u did a gud job in explaining to her about da ibadah matter.
yeah,
maybe our worldview is different,
our perceptions and how we evaluate certain slightly 'important' matters..
(islam seems to be more liberal nowadays..u like it?)

maybe u dedicate this blog to unknown readers or readers who dun know u,rite?
one question:do u think ur method in telling an islamic point in so~(should we say this),um..'unislamic conditions' can help others to follow ur guidelines or messages in your story?

If yes, you should continue reading(if u re reading now)..

n

if not, yes,you should read it also (for additional information we hope)

just wanna tell u (and other readers) about a story..
Do you know Imam Bukhari?
good
he was a top periwayah hadis..
he once rejected one qawi (strong) hadis because the "perawi" hadis did not practise one of the sunnahs of Rasulullah s.a.w.
wut da perawi hadis did was only this:wearing his left slippers be4 wearing his right one.
see?
juz becoz of a small little thing lyke this caused imam bukhari to reject the perawi's opinion eventhough his hadis was a good(qawi') one..
the moral of da story:
we should wear the right slipper b4 the left one..eheh
the main moral of da story;
"bila kite nak ikut sumthing, kite tak boley tgk baik buruk benda tu je, tp kena consider jugk sumber tu baguih ke tak.. kalo sumber tu insan gak, kna ar tgk dulu perangai die.. hudoh ke comey ke.."
huhu..
justeru,ur story is veeeeeeery nice, tak tipu ni..
but the pendekatan da'wah that u ve used is not appropriate..

since the story is still dongengan and not reality yet, so
nt,orang yang tak kenal encik mm ni, akan anggap makan besamasamasamasama lawan gender ni is one of the practise of islam(malaih nk ckp pjg..lu pkir la sendirik..)

listen (or read!)..
we're not to argue who among us will win (?) on this issue..
but we have to reveal our opinions about this matters.


so ampun maaf dipinta
ampun maaf dipinta
ampun maaf dipinta
ampun maaf dipinta
ampun maaf dipinta
ampun maaf dipinta

Anonymous said...

bak kata cha, cakap camkel.

susah kalo otak slow cam hamba ni baca..lambat faham!

superbug said...

ta wau ta wau pa.... u r d man..! ahead is alwaays ahead,never gonna b behind..

Anonymous said...

weh, br terasa nk komen hok nih.

"Cuma aku takut dengan perempuan." <-- ayat mum dop?? aii tgk gayo tuh x takuk lah mano. hahaha takuk2 pom siap ado keasih palsu, bekas kekasih, kekasih.

bis0!! hak2

Matematis Muda said...

as,
wuteff

superbug,
tawa tawa pa=tutup
thanx

mc'ja,
somehow its hard to belive that its true
hahaha

As said...

oit, bukan entry kamu yang camkel..
itu komen refer kat sumbody else

:D

shaqyl said...

9 words.

whose right
is it
to judge
who is wrong?