Bukan apa
semalam
aku tumpang menyemak
pergi ke rumah terbuka
pensyarah Dammit dan Jaed
Nama pun rumah terbuka
aku pun dengan penuh rasa terbuka
turut menghadirkan diri
Tapi yang sempoi nye
kat rumah dia
ka ruang tamu tu
dia pasang lagu LinkinPark!
Sempoi beb!
Ok
sebenarnya entri kali ini
aku nak luah pendapat
tentang iklan raya Petronas
tahun ini
Kebanyakan orang
yang aku dengar
memberi komen negatif
bukan negatif sangat
tapi
sedikit tidak puas hati
Sebabnya iklan Petronas sebelum ini
kan macam tangkap sikit
mesej dia
Tapi mesej iklan tahun ini
seakan tak berapa nak sampai
Sebabnya
ramai yang perhatikan
dan beri perhatian
kat penghujung iklan tersebut
Yang mana berakhir dengan
pertanyaan si ibu
mempersoalkan tindakan sang anak
Kebanyakan orang
menunggu apa mesejnya di situ
Bagi aku
idea dia aku nampak
cuma kurang jelas
Apasal MM sibuk buat ulasan iklan pulak tiba-tiba?
Sebenarnya
aku bukan nak mengulas sangat
Cuma
aku nak cakap
ada sedikit persamaan
dalam penulisan blog
Kadang-kadang (or should i say usually?)
mesej yang ingin disampaikan
dalam sesuatu entri itu
bukan di penghujungnya
tetapi
terselit dan tersembunyi
yang memaksa kamu
baca di antara dua baris
Kan?
Macam iklan tersebut
bagi aku
mesej nya jelas
dinyatakan oleh watak sampingan nya
iaitu pakcik yang anaknya ada opresyen tu
"Kalau mata pakcik tak tengok,
telinga pakcik tak dengar,
pakcik tak senang hati..."
Jelas kan?
Adegan penghujung itu cuma sekadar selingan
macam tulisan tulisan dalam blog juga
kadang-kadang
semuanya seakan karut
tetapi apabila dibaca di antara dua baris
di situlah intipatinya
Kalian boleh tengok sendiri videonya
dan komentar-komentar penonton
di laman ini
7 comments:
ye bang MM, setuju setuju setuju..
"Kalau mata pakcik tak tengok,
telinga pakcik tak dengar,
pakcik tak senang hati..."
di situlah message nye yang tersirat, tidak tersurat. Tak sangka pulak depa sume komen macam tuh, sebab nampak jelas je message nye. Bagi saya.
p/s: er, dalam bus pun bleh komen kat blog tak? ngee
patut la aku da lame x nmpak ko kat bilik... gi rumah terbuka rupanya... (eh, ade kaitan ke?? lalalala)
=p
I think the message is crystal clear.
i'm touched!
suke open house sbb ade good foods.
hohoooo.
maybe penonton dah terlalu dibiasakan dengan peletakan mesej utama di hujung iklan tu. pasal tu mereka dah dikaburkan bahawa mesej yang sebenar berada di dalam adegan di ruang tamu hotel.
pada pendapat aku, anak tu SANGAT tak patut menolak apa yang mak dia dah masakkan.
anak2 sekalian, jangan buat macam tu ye~ susah2 orang tua kita masakkan makanan untuk kita...
sebenarnye... rakyat mesia dah biasa "dimanjakan" ngan iklan2 yang mesej nye jelas... seperti iklan "burung ape???"... iklan tv3 "kalo kucen cakap kucen, kalo orang cakap orang".... **lebey kurang cenggitu lerk ayat nyerk**... so bile tetibe ade iklan yang maksud tersirat "sket"... kebanyakkan nye akan blur... bukan sebab tak paham or tak tau camana nak paham sebenarnye... tapi sebab malas nak pikir dan memahami mesej yang tersirat di sebalik nye... macam gak filem... tengok lerk filem "mesia" mana yang slalu box opis kat panggung??? filem yang tidak memerlukan daya berfikir yang manyak kan?! **ye2... tetibe aku merepek pasal filem plak**
hurm...
huh!!!
kuang3....
terimakaseh semua~~ :D
Post a Comment