Wednesday, October 29, 2008

Siri Gambar Bercakap

[gambar#1]
Aku yang sedang memandu ATOZ mempamerkan muka cuak manakala Ash di tempat duduk sebelah mengacukan pistol ke dahiku. Lokasi ialah sekitar Lebuhraya Utara Selatan.

[gambar#2]
3 penumpang dibelakang sedang tidur. Zar melentok manja ke bahu Dude. Mail melentokkan kepala ke tingkap.

[gambar#3]
Gambar papan tanda menunjukkan Persimpangan Skudai. Motif?

[gambar#4]
Gambar Pengantin lelaki dan perempuan di atas pelamin. Pengantin Lelaki segak dengan pakaian ala kesultanan Melayu Johor di sebelah Pengantin Perempuan anggun berpurdah. Ooo sexy!

[gambar#5]
Gambar aku berdiri di sebelah Pengantin Perempuan sambil Pengantin Lelaki di sebelah Ash memerhatikan aku dengan ekspresi wajah "oy, itu bini aku la!"

[gambar#6]
Gambar empat lelaki di atas bukit menghadap Singapura berlatarbelakangkan matahari terbenam di Masjid Sultan Abu Bakar, masjid negeri Johor. Azan maghrib sedang berkumandang, tapi tak masuk dalam gambar la.

[gambar#7]
Gambar empat lelaki dari belakang menghadap tulisan "DANGA BAY". Dengan tema "we were here"

[gambar#8]
Gambar tiga lelaki di atas tangga kebosanan di Danga Bay, menunggu Mail. Oh ya, Man Utd baru sahaja seri dengan Everton waktu ini. Tak kisah pun.



Hah
macam kenal ya tajuk entri ini
hehe
ini versi CDR punya

Entri ini
sepatutnya bergambar
tapi sewaktu pulang ke rumah
Bapak memberi khabar bahawa
cermin keretanya dipecah orang
lalu hilanglah kamera dan kasutnya
yang menetap di dalam kereta tersebut

Apa pun
gambar-gambar semua
ada dengan Ash
tapi
kena pergi Gombak lah kalau nak ambil gambar
huhu



notakaki: Tajuk sebenar entri ini ialah "JB: Satu Ekspidisi Cinta". Rombongan kami berlima menghadiri kenduri kahwin seorang rakan di JB. Sambil mengeksplorasi tempat2 menarik di sana. Semestinya!

17 comments:

zarseries said...

nabil...
gambar2 sudah di upload..
tgk frenster dud!

gambar yang guna kamera ikhwan..
xdapat upload..
sebab size besar sangat..
gimana sih?

JB:satu ekspidisi cinta..
hmm.. ekspidisi je bercinta..
aku gak yang tak bercinta..huu..

Anonymous said...

sayangnya x de gambar..kalo x mesti best

Unknown said...

benci. kena tipu lagi. takde gambar. huhu~

zar, kecikkan je size gambar tu gune microsoft office picture manager. must be there kalo ko install microsoft office.

it's jenn. said...

betul. rase kne tipu tgk xde gamba huhu

As said...

haha, dah agak dah!

zar, apelah, nama je canggih IT, tapi perkara kecik tu pun takleh setel. dush dush dush!

hehe, men2 je ah zar. Lama giler tak gaduh kite ni. Erk, sila buat spt mana szakif cakap ye.

eh ikhwan pegi gak ke? MAil etc2..ah geng2 kamu.

tak sangka yang kawen di JB itu ex-classmate daku. Bile tgk gambar di atas baru sedar. aha!

ok, rasanya kena tukar tajuk, siri gambar menaip :D

Anne said...

MM tipu lagi.

jahat.

:-(

Anonymous said...

Bagus la.
Korang sanggup travel jauh2 utk pegi kenduri kawin kawan.
Bagus la korang.
Suspect!

Anonymous said...

ape yang tertipu nya aku pun tak paham.. aku tak menunggu pun gambar loading..


perempuan memang ketagih bergambar, dambakan gambar

haha..

bawangmerah said...

mmg terase ditipu..ingt kn ade link2 gmbr tu atau pon gmbr loading..
skali xde.
kene imagine ke?

zarseries said...

to szakif..
tq2..
(nape la ko bgtau..aku malas sebenarnye.tu sume alasan je.huhu..)

to as..
hah..pandai 'topup' ape szakif cakap..hehe...

aku rasa imagine gambar kat atas ni lagi cantik daripada realiti..
so,sape2 yang dah imagine tu..
tak payah la tgk gambar betul..nnt kecewa..huhu...

As said...

zar..
as pun imagine je, tak tunggu pun gambar loading, jadi takdek ah rasa tertipu, itu yang sampai leh nampak gambar abi dzar kat atas tuh, sekelas zaman mesin dulu :D
hehe

eh ni blog MM ke blog zAr..aha!

zarseries said...

betul jugak...
blog sape nih? uhu..
tp biasanya tuan blog akan ckp..
"sile la masuk...
wat macam blog sendiri..haha.."

ape ada hal..

Matematis Muda said...

zar,
cantek ah
aku dah ambik dah

mmg pun
ekspidisi je yg bercinta
kita ni bila la plak
hehe

manusia,
heh
ikut persepsi gak
ada orang lagi best berimaginasi
ada orang lagi suka renung gambar
perspektif masing2

szakif,
sori tak berniat
aku just nak curi tajuk dammit jerk
haha

jenny,
hahaha
sori a wei
tak berniat menipu pun
huhu

Matematis Muda said...

as,
takmo tukar
sebab ini tajuk ciplak
kalau tukar tak jadi ciplak da
huhu

aainaa,
aaa sorang lagi
ini semua gara-gara
tengok tajuk a ni
huhu

MM tak jahat la
Nabil yg jahat
hehe

knowlee,
kak knowlee bile plak?
hehe

jaed,
gurlz~
bila tengok tajuk entri ni
terus beria klik
melompat-lompat nak tengok gambar MM
hahahaha

bawang merah,
soreee
yupp
imagine jerk
gambar macam ni lg mesra pengguna
terutama yg internet berkelajuan rendah
tak payah tunggu gambar loading
hehe

zar dgn as,
dah dah
nak borak g maen jauh2

superbug said...

haha...baik xyah letak..

Dammit said...

tak nampak gambar? sape tak nampak, maknenye dah tak lame dah tu. aku nampak je.haha

As said...

eiii..setiap fakta ade exception die ah MM