Monday, July 28, 2008

Saikologi

Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat! Aku dah sihat!


Ini adalah laungan hatiku
dari hari Sabtu lagi
tapi
bangun pagi tadi

Haaatchium!!!

Nampaknya
teknik saikologi tidak berjaya
waaa

Aku perlu fit sebelum hari Khamis
Khamis ini perlawanan pertama
Fakulti Sains lawan Fakulti Sains Keihatan Bersekutu
perlawanan pertama sangat penting
justeru
aku perlu berada pada
kondisi terbaik

Hiyark!
MM
lekas sembuh!

Saturday, July 26, 2008

Bila Anda Sedang Baring...

dan kepala rasa berat
otak macam tak boleh fangsyen...



Tengok siling

tangan kiri ambil bantal lagi satu
bawa ke atas badan
peluk

lengan kanan
letak atas dahi
pejam mata



Tiba-tiba...













Haaatchium!!!

Dayem!
selesema huhu
rindu kat someone kot? huhu

Akronim dan Abreviasi

Oh aku baru teringat
dah lama sebenarnya aku nak post pasal benda ni

Aku sangat teruja
dengan subjek-subjek yang aku ambil
semester ini

Mengapa?
sebab antara sabjek-sabjeknya adalah

Probability and Data Analysis
Operational Research
Algebra and Number Theory

Tau apa yang seronok?
semua tu mempunyai ringkasan yang menarik
PDA
OR
ANT

Dan dalam sabjek OR ada satu bahagian
Linear Programming
LP
band nombor satu dalam list aku
hahaha



Ok
wanna know what's more exciting?
another subject is
Mathematical Method
haha
kool
tak perlu aku ulas lebih lanjut

[sandar ke kerusi, silang tangan, buat muka bangga]

Thursday, July 24, 2008

Kehidupan Umpama Bukit

Idea cerita ini ku peroleh dari dia
sengaja kutulis
dan ku olah semula
khas untuk dia

Kehidupan kita umpama perjalanan mendaki bukit. Dalam pendakian, ada bahagian sukar dan senang. Biasanya, apabila kita sedang mendaki, kita tidak akan merasa senang. Mendaki bermaksud kita sedang menuju ke tempat yang lebih atas, lebih tinggi, lebih elok, sejuk dan cantik. Untuk ke tempat yang lebih elok, pastinya sukar, pastinya payah.

Dan dalam pendakian ke puncak juga, kita akan berjumpa beberapa tempat perhentian yang tidak kurang lawa dan menarik. Cuma pastinya tidak sehebat keadaan di puncak. Pasti. Cuma jangan kita leka dengan kecantikan yang tidak seberapa tersebut. Walaupun ramai yang akan berhenti dan mengagumi kawasan itu. Berhentilah cukup sekadar melepaskan penat. Teruskan pendakian.

Dalam pendakian juga, sesekali kita mungkin tergelincir. Ini adalah saat genting. Saat hidup dan mati. Andai kita punyai teman pendakian yang akan cuba membantu menyelamatkan kita, beruntunglah kita. Tetapi andai teman pendakian kita tidak sempat menghulurkan bantuan atau tidak sedar yang kita telah tergelincir, maka segalanya bergantung kepada kita. Keadaan tersebut pastinya menyakitkan. Perit. Jatuh, berlaga, berlanggar dengan pokok-pokok, batu-batan dan duri-durian, eh duri-duri. Sangat menyakitkan. Tetapi, kita masih punyai dua opsyen.

Membiarkan diri jatuh sehingga berhenti sendiri tak terjatuh lagi, atau cuba menggapai mana-mana pautan yang mampu menghentikan kejatuhan itu. Sesekali, mungkin tersalah pautan, terpaut dahan berduri atau rapuh. Ia mungkin berlaku. Tak bermakna pautan seterusnya juga adalah dahan berduri atau rapuh. Mesti berusaha. Mesti! Jangan putus asa. Jangan!

Andai kita adalah teman pendaki yang jatuh itu, dan kita tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan untuk membantu. Ingatlah, kita masih punya 'senjata' lain yang lebih hebat. Du'a. Teruskan menjerit memanggil dan mencari teman anda yang jatuh itu. Dengan harapan andai dia dengar, dia tidak berputus asa dan mengetahui bahawa dia masih punya harapan. Teman pendakiannya sedang mencarinya untuk menyelamatkannya. Sambil itu, du'a.

Aku harap, semua pembaca boleh faham apa yang cuba aku sampaikan. Serasaku, ia tidaklah terlampau tinggi sehingga perlukan penjelasan, kan? Maaf andai isinya kelam-kabut. Aku masih belajar untuk menulis dengan lebih bernas.

Entri CDR Ke-100

Tak macam makhluk ini
CDR
5 bulan sahaja dah 100
hehe

Entah lah
bagus ke
tidak ke
tak pasti

Perspektif...
Masing-masing...

------------------

Sebenarnya aku dah lama
tak berlayar ke laman-laman sesawang
meng-online-kan diri pun jarang
ni baru dapat nak balas komen orang
masa begitu mencemburui aku

Dan dia

Tak lama lagi
jenn dah nak balik dah
kembali menyambung episod jarak jauh

Mengeluh...


Bila aku pulang ke Kuantan
dan kembali bergiat aktif
meeting sana
meeting sini
makin jarang bertanya khabar dengan dia

Makin rindu rasanya
dahla cuti ni baru sekali dapat jumpa

---------------------------------------

Entri aku kebelakangan ini
kebanyakannya aku dah lama taip
dan aku jadualkan penerbitannya
atas dasar polisi satu hari satu entri
yang akhirnya aku rasa
tak perlu dipatuhi [sangat] pun

Tapi macam best juga
tak online pun ada update
kool!

-------------------------

Sempena kejayaan CDR mencecah entri yang ke-100 ini
aku nak bercuti dari mengemaskini blog
erm
mungkin seminggu
atau
lima hari

Erm, macam lama sangat...
tiga hari je la

Ok
tipu
tiada hari cuti
pergi makan-makan sudey~

Nak update, update
tanak sudah...

-------------

Berkenaan dengan entri ini
mengapa kurang respon ye?
apakah semua pembaca bersetuju atau bagaimana?

Oh perhatian
aku betul-betul memerlukan pandangan kalian
bukan aku memerli mana-mana pihak
bukan aku memuji mana-mana pihak
it's what came through my mind
so i asked for all of you CDR readers
to give some opinions or wuteffs

Dan pandangan dan komentar yang aku minta
adalah dari sudut metodnya
bukan jumlahnya
ya?

Monday, July 21, 2008

Destinasi Terakhir

Satu
Bermain tennis
pukul
balas
pukul
balas
pukul lagi
tapi kali ini bola semacam
tidak menunjukkan gaya untuk menjunam ke lantai
sebaliknya
lurus
menuju ke muka
pantas
padu
jitu

"Dubbb!"

Tepat
padat
bola mengenai mata kirinya

Aduh!

Dua
Di apartment
ramai orang
ahli keluarga dan rakan taulan kejiranan

Dengar panggilan dari tingkat atas
dongak tengok
"Haii~"
melambai seronok kepada anak sedara di atas

Tiba-tiba
pandangan seakan terlindung
rupa-rupanya
sebiji bola golf
dalam perjalanan
menuju ke arahnya
buah tangan dari anak buahnya

"Dubbb!"

Tepat
padat
mengenai mata kirinya [juga]

Tiga
Lokasi di gelanggang futsal
bermain-main
bukan berlawan

Bola di rembat oleh rakan
ditepis penjaga gawang lawan
bola muntah
lingkungan tiga meter dari tempat berdiri

Menggerakkan kaki untuk melangkah
mengambil kesempatan
peluang keemasan

Penjaga gawang lebih pantas
maklumlah
penjaga gawang Malaysia
bukan calang-calang orang

Penjaga gawang merembat
mengeluarkan bola dari situasi bahaya
maklumlah penjaga gawang Malaysia
rembatan mesti padu
dan jitu

"Dubbb!"

Tepat
padat
mengenai mata kirinya [lagi]

Empat
Selepas kes tiga
dia mengadu
nampak darah

Kawan-kawan yang melihat
memeriksa matanya
"tiada" kata mereka
"ok je" yang lain menambah

Keesokannya
pening-pening dirasa
bagai nak muntah
klinik dituju
"Takde apa, nanti saya bagi pain-killer sikit,"

Tak puas hati
pergi ke doktor pakar
pembedahan dilakukan

Nak jadi cerita
doktor tersebut
tersilap langkah
telah melakukan beberapa kesilapan

Pembedahan dibuat lagi
totalnya 4 pembedahan semua sekali

[tiada aksi dubbb!]

Lima
Selesai pembedahan
andai diizinkan Tuhan
akn beroperasi seperti biasa semula
mata kirinya
buat masa ini
dia perlu memakai eye-protector

Semasa tidur
seperti biasa
mata kirinya bertutupkan eye-protector
hari sudah pagi
dia masih belum bangun

Anak buahnya datang lagi
kali ini
merasa tertarik dengan 'benda' hitam
menutupi bahagian mata kiri
lantas

"Cakkk!"

Tiada belas kasihan
tiada ungkapan menggambarkan
keadaan
perasaan

Jari mulus anak buahnya
menikam bola mata kirinya
tanpa budi bicara
tanpa usul periksa



Berikut adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang yang tak kukenali. Diceritakan oleh seorang lagenda bola sepak Fakulti Sains (senior aku) selepas kami bermain bola sepak di pagi hujung minggu. Siriyes. Ini kisah benar. Semoga dia beroleh rahmat yang melimpah-ruah atas ujian yang diberi-Nya.

p/s: Pernah tengok cerita ini? Kool!

Sunday, July 20, 2008

Pentingnya Memberi Salam

Semua sudah bersedia di posisi masing-masing
senjata lengkap tersedia
lampu di tutup
ETA kemunculan saspek ialah tiga minit

Aku dan tiga lagi rakan menyembunyikan diri
di kawasan yang paling dekat
dengan tempat
saspek dijangka memunculkan diri

Empat lagi menanti di bucu bertentangan dengan kami
tiga lagi di hadapan mereka
ketujuh-tujuh mereka
bertindak sebagai penyerang susulan
"Suspect is approaching us!" "Suspect is approaching us!"
peninjau memberi laporan
senjata kupegang erat
aku yang akan memulakan serangan
yang lain akan serta-merta menyusul
sebaik serangan aku lancarkan

"Be carefull! They got company!" "Three of them!"
ejen peninjau terus memberi laporan
aku berdebar-debar
ketepatan masa melancarkan serangan penting
untuk mengelakkan saspek melarikan diri
yang mana akan menggagalkan misi kami

Serangan juga perlu hati-hati
serangan tidak boleh dilancarkan kepada selain saspek
mereka tidak bersalah

"Suspect is entering the building! ETA 3o seconds! Get ready!"

Suara telah kedengaran
semakin hampir
mereka berborak-borak gembira
"Bergembiralah kalian. Buat kali terakhir. Hahahaha,"
aku bermonolog

Bunyi tombol pintu dibuka
teruja
berdebar
bersatu dalam jiwa
senjata kuangkat tinggi
tiba-tiba
kedengaran

"Assalamu'alaikum~"

Aku matikan hasrat
niat untuk menyerang terbantut
ini bukan suara saspek

Pemberi salam pantas
mengenal pasti sesuatu yang mencurigakan
lantas berjalan laju ke arahku
yang mana telah membuatkan
saspek terpinga
dan turut mampir ke arahku

Pada jarak semeter setengah
aku jerit
"Serang~!!!"

Senjata yang kupegang
kusimbah ke arah saspek/mangsa
ya
simbah
senjataku=air segayung

Di susuli serangan dari rakan-rakan yang lain
bersenjatakan TEPUNG
hahahaha



Adegan ini adalah bersempena dengan ulangtahun saspek/mangsa. Pesanan dari pihak CDR; jangan tiru aksi ini di rumah. Nanti letih kena kemas balik. Kami tahu sebab kami dah buat. Sekian.

Bin Ke Binti?

Somehow
kena tunggu dia sertakan bukti dulu lah
baru aku boleh cerita
kan?
[punya lah lambat...]

Minggu lepas
dia pergi lawatan
di negeri asal usulku
yang menariknya
dalam senarai nama
yang dikeluarkan
namanya di-BIN-kan
apa kes!

Ia adalah tidak patut sama sekali
sebab takkan
selama ini
aku berkepit dengan orang yang ber-BIN
mustahil!
mesti ber-BINTI
mesti!

Walaupun begitu
ia tetap kelakar
hahaha



Ops...hee ampun ya wak hehe

Saturday, July 19, 2008

Siri KJ: Selipar

Semalam Solat Juma'at
aku gagal beri perhatian kepada khutbah
yang disampaikan
aku tak tidur
siriyes!
tapi aku tak dapat bagi perhatian
sebabnya
cara penyampaiannya yang sangat mendayu-dayu

Jika aku cuba untuk dengar
mungkin aku akan terlelap
mungkin
mungkin juga ia cuma sekadar alasan
mungkin
hmm

Bagaimanapun
Siri KJ tetap akan dikemaskini
setiap minggu
cuma dek kerana
kecuaian aku tidak memberi perhatian semasa khutbah
aku akan tulis satu lagi jenis golongan
yang boleh ditemui pada waktu Solat Juma'at

Pencuri Selipar
Rasanya, setiap hari Juma'at akan berlaku kes kehilangan selipar. Sama ada hilang sebab hilang, atau sebab dicuri. Atau mungkin tersalah ambil. Nak buat macam mana. Selipar setiap jenis bukan ada satu je.

Dulu aku ada seorang kawan. Hari Juma'at dia pergi Solat Juma'at pakai selipar Jopun. Kawen. Sebelah lain, sebelah lain. Tapi yang magis nya, pabila pulang, kadang-kadang sampai tiga pasang selipar dia bawa balik. Dasar manusia bangsat! Pernah satu hari, kena terajang dengan senior kami.

Sebabnya, satu hari tu, lepas Solat Juma'at, senior tu datang kat bilik kami. Dia tanya, "Ni selipar sape ni?" sambil angkat tunjuk selipar adidas biru. Mamat pencuri selipar tu jawap dengan yakinnya. "Aku punya," seraya menghampiri senior tersebut. "Mana kau dapat?" soal jawap berterusan. "Aku beli lah," dia jawap dengan di sertakan sedikit ketawa kecil di hujung ayat. Seterusnya tiada soalan dari senior tersebut. Sebaliknya yang kami sempat dengar, bunyi "Dubb!" dan mamat tadi hilang dari pandangan.

Dah terperosok kat loker tersandar. Kena penerajang serta-merta. "Ada hati nak tipu aku! Aku nampak la kau pergi semayang tadi pakai selipar jepun je! Ni selipar aku la bangsat!" marah senior tersebut. Padan dengan muka dia.

Kembali kepada tajuk kita. Kes kehilangan selipar ini biasanya akan berpanjangan dan berlarutan. Di mana, mangsa pertama yang gagal menjumpai seliparnya akan mencari selipar lain yang lebih kurang sebagai ganti. Begitu juga mangsa kedua. Maka ia akan berlarutan sehingga mangsa terakhir dah tiada selipar untuk diganti atau mangsa yang terakhir itu bertindak cerdik untuk menghentikan rantaian tersebut.

Nasihat dari MM; kalau selipar hilang, balik jela kaki ayam. Tak payahlah nak memanjangkan rantaian kehilangan selipar tu. Insya-Allah dapat pahala dan kurangkan dosa. Tapi jangan pulak dok maki pencuri tu. Lagi bertambah dosa ada.

Cerita Dalam Lif 2

Semalam
sekali lagi
aku punyai mesyuarat
di tingkat 4
Fakulti Perubatan

Sekali lagi juga
aku naik lif yang sama
tapi kali ini
aku menunggu lif bersama seorang jururawat
lengkap berpakaian seragam

Apabila lif tiba
seorang lagi perempuan menyertai kami
menaiki lif tersebut

Tiada apa yang pelik berlaku
juga tiada bau pelik
melalui rongga pernafasanku
aku dan jururawat tadi
ke tingkat 4
perempuan lagi seorang itu
ke tingkat 3

Di tingkat 2
lif berhenti
pintu terbuka
masuk seorang gadis

Dek kerana
aku berdiri di tempat menekan butang
gadis tersebut meminta bantuanku
"Level five please,"
terdengar suara dia

Aku angkat muka
toleh dan
"aaaaaaa!!!!!"
aku terjerit kecil dalam hati
gadis itu lagi!!!



p/s: Alhamdulillah, aku selamat sampai ke tingkat 4 tanpa ada dugaan dan rintangan menimpa.

Wednesday, July 16, 2008

Waddafish!!!

Aku dan makhluk popia
ada caakp benda ini
semasa menonton perdebatan tersebut

Ia telah diulas dengan lebih kental
di sini

Kan?

Kami berpendapat
bila berdebat
mereka hendak menang
sehingga
menyempitkan pemikiran
dari bersetuju dengan PENDAPAT pihak lawan

Macam yang berlaku semalam
mamat wakil BN tu
tak menjawap satu soalan dengan tepat
dan satu lagi
dia jawap dengan cara
menghentam DSAI

Apa kes?
soalan tak jawap
pusing sana
pusing sini
hentam balik
orang tepuk tangan
waddafish!

Debat Dan Pendapat

Debat
hari ini bentuk kerajaan
esok turun harga minyak
(betul ke tajuk dia? malas nak cek)
tajuk hangat
mana boleh lepaskan peluang untuk tulis

Aku tonton di sebuah warong
berdekatan kolej kediaman
dengan makhluk popia

Aku nak komen
tentang debat tu
tapi pikir-pikir balik
malas lah
makhluk popia tu pun dah interbiu ramai orang

Cuma
aku ada beberapa kemusykilan dalam kepala
erm
satu jela aku kongsikan di sini
sekali gus
minta pendapat pembaca budiman sekalian

Semasa perdebatan tersebut
banyak kali perkataan ini disebut
SUBSIDI
heh

Aku sedikit tergelak bila
DSAI memberi beberapa terma
yang lebih kurang maksudnya
dengan subsidi
kih kih kih

Ok
lurus kepada titik
aku berkira-kira dalam kepala
tindakan kerajaan bagi subsidi
dengan cara terkini
pada pendapat aku lebih efektif

Ikhlas
bukan sebab aku penyokong BN
tapi ini ikhlas punya pendapat
sebab tu aku nak minta pendapat pembaca pula

Tindakan kerajaan bagi subsidi
dengan cara memberi duit tunai
lebih praktikal dan adil
pada pendapat aku

Kerana?

Kerana
kalau guna cara lama
harga minyak di stesen minyak murah
semua orang dapat menikmatinya
rakyat Malaysia
atau bukan

Jadi
cara ini
duit tersebut
dapat terus kepada rakyat

Kedua
cara ini lebih adil
kerana
jika cara lama digunakan
konsep yang kaya lebih untung
yang miskin tak berapa terbela
berlaku

Mengapa?

Kerana
harga minyak di stesen murah
orang kaya
kereta besar
banyak berbelanja
maka mereka menikmati subsidi yang lebih
berbanding orang miskin
kereta jarang-jarang bergerak
maka mereka kurang menikmati subsidi tersebut

Dengan cara baru ini
semua orang dapat nilai yang sama
dan ada pegecualian terhadap kereta dan motor
ber'cc' besar
macam lagi adil je
ke tak?
siriyes keliru ni



p/s: Malam ini aku blur sikit. Banyak kerja. Sebelum ini aku kurang bagi perhatian kepada perkara berkaitan minyak. Jadi mungkin dah ada artikel yang membincangkan tentang perkara ini. Jadi minta kalian berkongsi pendapat dan buah fikiran. Jangan bimbang. Gua open. Hehe

Monday, July 14, 2008

See You Again

Read this...



Finished?

Hehe

Yeah
it's me
n me blog

Yup
aku tak pernah bercakap tentang ini
dengan siapa-siapa pun
begitu juga dia
jadi
pastinya malu bila tiba-tiba bercerita
tapi
macam aku cakap
aku cuma membekalkan bahan bacaan
buat kalian
supaya kalian membaca
dan membaca
dan membaca
dan keTAGIH terhadap CDR
haha

Saturday, July 12, 2008

Siri KJ: Fitnah dan Protes

Jumaat lepas
khutbah bertajuk FITNAH
baguskan masjid-masjid di Malaysia ni
mengikuti isu semasa
orang lain kata
atas-ke-tarikh

Mungkin sebab situasi politik sekarang
dengan fitnah sana
fitnah sini
waddefish
erk?

Aku malas nak ulas sangat apa yang khatib perdengarkan
kepada para jema'ah
dah la khutbah kedua kot British
terus aku terlelap

Aku rasa semua pembaca CDR
bijak laksana
tak perlu aku terangkan apa itu fitnah
harap-harapnya la

Cuma
dalam entri ini
aku pun nak bagi pendapat
tentang si Alak
vokalis Carburetor Dung
yang tunjuk boxer (baca:bontot)
semasa protes

Apa kena mengena kes itu dengan Siri KJ
bukan apa
aku punya pendapat ni
boleh dijatuhkan sebagai tuduhan juga
dan kalau salah
jadi fitnah

Jadi aku nak tanya pendapat kalian
yang bijak pandai sekalian lah

Pendapat aku
tujuan dipanggil kumpulan punk rock
untuk buat persembahan
semasa protes itu
ada kaitan dengan politik juga

Mereka cuba untuk tarik
golongan-golongan mat gig
ke Protes yang mereka anjurkan
sekali gus memberi mesej bahawa
mereka boleh menerima golongan seperti itu

Malangnya
mungkin kerana niat murni
ingin protes kenaikan harga minyak
dicemari dengan niat sampingan
bertujuan mengaut keuntungan politik partisan
maka
perhimpunan jadi huru-hara
heh

Mamat ni dah tulis panjang-panjang pasal ni
aku cuma nak tau
kalau aku berpendapat macam ni
kira fitnah gak ke?



Updated:
Erm, ada beberapa orang yang tanya aku semula
tak paham katanya
apa yang fitnah
apa yang pendapat

Apa yang aku cuba sampaikan adalah
aku 'mungkin' menuduh mereka
bila aku berpendapat sedemikian
dan ada kemungkinan tuduhan aku itu tidak benar
andai ia tidak benar
adakah ia dikira fitnah

Err berbelit ke?
huhu

Cerita Dalam Lif

Ni cerita tiga hari lepas
aku ke Bangunan Fakulti Perubatan
ada mesyuarat
di tingkat 4

Sampai
masuk lif
tekan butang 4
sejurus pintu hendak tertutup
muncul kelibat seorang gadis
cun!
siriyes

Err
tapi Jenn tetap nombor satu
hehe
tapi siriyes
gadis tersebut memang cantik!

Ok
bayangkan situasi ini
seorang gadis yang sangat
ayu menawan
berjalan ke arah anda
dengan gaya lagak seorang supermodel
dengan rambut mengerbang ditiup angin
ok tipu
gadis yang ni pakai tudung
tapi situasinya
lebih kurang begitu lah

Serta-merta sisi gentleman aku
memberi respon dengan menahan pintu lif
dari tertutup
gadis tersebut mempercepatkan langkah
senyum
masuk dalam lif

Aaaarrghhh
dia senyum dekat aku!!!!

"Empat?" aku tanya
lagak macho habis

"Err, lima. Thanks," dia balas
muka malu-malu

Kami berdua dalam lif
aku di depan
bucu kiri
dia di belakang
bucu kanan

"Macam freshie," aku usha sekilas

"Budak Sains Kesihatan Bersekutu kot," aku terus membuat andaian
sebab tingkat lima ada ofis fakulti tersebut

Tiba-tiba
neuron pengesan
yang terletak dalam hidungku
menghantar isyarat
ke otak
memberitahu bahawa
terdapat satu
erm
bau
ya
bau yang kurang menyenangkan

Mula-mula sikit
kemudian makin jelas
makin kuat

Oh, sheet!

Aku dah tak dapat tahan
aku tengok skrin
baru angka 3
terasa begitu lambat sekali lif ni bergerak

Dayem~!!!
takkan aku nak tutup hidung!

Aku peluk tubuh
tahan nafas

Hati kecilku berdo'a
janganlah lif ni rosak waktu-waktu genting begini

Akhirnya
penderitaanku berakhir
selepas beberapa saat penantian
yang kurasakan seperti berjam
pantas langkah kuatur keluar
tak toleh dah
walaupun kau cun, gadis
huhu



Siyot punya gadis
harap muka je cun
ken*** (baca:tuut) busuk gak
Jenn gak ken*** (baca:tuut) wangi
hehe

Air Fresh Limau Ada?

Setelah berbincang
kami bersepakat
untuk tidak lagi menjadikan ianya
rahsia

Apa guna dirahsiakan lama-lama
kami pun bukannya artis
atau
ahli politikus

Ya
tidak lama lagi
CDR akan dihiasi dengan
kisah cinta antara
aku dan dia
dah lama
tapi baru kini kami buat keputusan untuk hebahkan

Walaubagaimanapun (penanda wacana itu mesti)
aku harap tiada yang sibuk-sibuk
bertanya itu ini di dunia nyata
ya
macam biasa
cerita

------------------------------

Dia baru pulang dari Indonesia
aku baru pulang dari Kuantan
kami bertemu
minum-minum
di Kotaraya Kuala Lumpur
lokasi dirahsiakan

Jenn duduk
aku duduk
pelayan datang

Aku angkat kening
maksud "awak nak apa?"
dia angkat bahu
maksud "tak tahu"
err
atau "tak kisah" (kot)
"Sama?" aku tanya sepatah
"Ok je," dua patah dia jawap

Aku toleh tengok pelayan bermuka siriyes
mungkin kecewa sebab aku sudah berpunya
heh
"Air buah ada?"

"Ada," dia jawap disusuli dengan senyuman
kemudian kembali siriyes

Aku toleh tengok Jenn
tengok pelayan tadi balik
kata
"Kalau macam tu bagi saya satu,"
aku buat perangai biasa aku

Jenn tutup mulut tahan gelak
pelayan tadi angguk dan cakap
"Ok,"
satu
dua
tiga saat
dia tanya balik
"Eyh? Air apa?" muka separa terkejut separa terkena

Aku buat muka paling comel
Jenn buat-buat nak tampar bahu aku
sambil tergelak sedikit sebanyak
aku tadah je
syok
hehe

"Bagi air limau ais dua lah,"
aku malas nak biar dia tunggu lama-lama
dia dah tak siriyes
senyum sumbang dah pulak
sambil menulis
dan beredar

"Tak habis-habis perangai yang tu," Jenn kata

Wednesday, July 9, 2008

Kebizian

Semester baru mula
masing-masing sibuk
pengunjung CDR pun makin sikit
seperti yang aku jangkakan
tak mengapa

Masih ada
bukan tiada langsung
jadi
aku kena terus menulis

Pergi pergi MM
(Go go MM)

















Takde idea
hehe

Nah
kalian pergilah baca entri di sini
seronok
sedap
terbaik (sebut: terbyk)

Monday, July 7, 2008

Jangan La Macam Ni Kawan

Semester baru
ada pelajar baru
juga pelajar lama
setelah tiga bulan tak bersua

Lelaki Satu
aku jenguk bilik dia
ziarah
sambil tengok susunatur perabot dan perkakas
perkara pertama yang dia kata
sebaik lihat wajah aku di biliknya
"Aa sudah..Satgi dia masukkan dialog-dialog aku ni dalam blog dia,"

Perempuan Satu
menghantar pesanan
mengenai program yang dirancangkan untuk semester ini
dihujung pesanannya
tertulis
"p/s:jangan masukkan sms aku ni dalam blog ko plak ye :p"

Waddafug?!
hell yeah I blog
tapi tak perlu a layan aku begitu sekali
ya
mungkin mereka bergurau
dan
aku tak marah pun
cuma aku
tak selesa

Bagi aku
dunia blog dan dunia nyata
adalah dua dunia berbeda
aku tak selesa berborak tentang blog
tentang apa aku nak tulis
apa aku dah tulis
dengan sesetengah orang

Aku memblog
untuk menggalakkan budaya membaca
maka bacalah
dan
aku harapkan kalian beroleh manfaat dari penulisanku
tidak banyak
sedikit pun jadilah
bak kata seorang sahabat
sekurang-kurangnya
boleh buat kalian tersenyum

Maaf
andai tulisanku sebelum ini ada menyinggung mana-mana pihak
aku dah hilang angin nak tulis entri
tentang percintaan aku dan dia

Sunday, July 6, 2008

Tanpa Tajuk

Bangun
mandi
solat
kemas baju
makan
hidupkan enjin kereta
masukkan kotak dalam bonet
masukkan beg
masukkan diri

Jalan



Yeah
on the move again
back to campus
for a brand new semester
will see when this blog thingy will be updated
so wanna write about my short holiday
hehee
something so special happened
okie dokie
chiaoz

Saturday, July 5, 2008

Khutbah Juma'at: Introduksi

Semalam
Solat Juma'at
dah lama tak tunaikannya
di masjid kawasan perumahan aku
manjang takdok kek umah
nak buek camno

Dah lama sebenarnya aku pendam
tapi semalam
lepas keluar dengan
gadis ehem ehem
(entri menyusul lagi dua tiga hari)
[insya-ALLAH]
kami borak-borak
suka ria
masuk satu bab
otak geniusku
terlintas idea bernas ini

Memandangkan
perempuan DI MALAYSIA
tidak diberi kemudahan untuk
Solat Juma'at seperti di sesetengah negara lain
jadi ada eloknya
aku kongsikan
apa yang disampaikan dalam khutbah Juma'at

Lagi pun aku rasa
60% dari pengunjung CDR
adalah berjantina perempuan
jadi
amat sesuailah (kot)

Walaubagaimanapun (ini adalah penanda wacana)
untuk entri ini
aku nak nyatakan
beberapa pemerhatian aku
yang mungkin boleh diumumkan (baca:generalize)

Penjual Di Tepi Masjid
Mereka ini adalah golongan tidak reti bahasa. Mengalihkan perhatian orang yang datang untuk Solat Juma'at dengan bau-bauan enak seperti ayam goreng, pisang goreng, cendol...eh, cendol takde bau. dan sebagainya lah. Penjualnya baik lelaki mahupun perempuan, tidak reti bahasa, untuk memberhentikan urusniaga mereka sebaik azan berkumandang. Aku tahu ini kerana aku akan hanya keluar dari rumah menuju ke masjid selepas azan kedengaran (baca:pemalas). Bila aku tiba di masjid mereka ini masih berurusniaga dan ada segilintir manusia yang borak-borak di tepi jalan dan di tepi longkang sambil memegang mangkuk cendol. Sedangkan khutbah telah pun kedengaran!

Budak/Tabung Bergerak Mengutip Derma
Untuk perkara ini, ikut tempat. Dulu kat masa sekolah menengah, masjid kat sekolah aku tu, edarkan tabung selepas solat. Bagus. Tapi dekat rumah aku ni, mereka guna budak-budak untuk kutip derma di setiap saff. Mereka berjalan pegang beg kain, dari saff depan sekali, sampai mana aku tak tahu. Tapi yang masalahnya, mereka ini bergiat semasa khutbah diperdengarkan. Kata seorang ustaz (tak pasti ada hadis ke tak), "2 khutbah itu menggantikan 2 rakaat". Jadi, kita kena berperilaku seperti tengah solat. Sebab itu tak dibenarkan berbual semasa khutbah sedang diperdengarkan. Berbual=salah, berjalan-jalan mengutip derma apatah lagi. Bahkan mengganggu kosentrasi pendengar khutbah.

Pelajar Berbaju Sekolah
Golongan ini, biasa kelihatan di bahagian belakang masjid ataupun di luar. Peranan mereka adalah berbuat bising sehingga ditegur oleh orang yang lebih dewasa. Dahulu, aku pun golongan ini juga. Tapi aku baik, aku tidur. Oh, kes ini hanya untuk negeri-negeri selain Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sahaja ye.

Pisang
Ini bukan gelaran untuk mana-mana pihak atau golongan. Pisang. Memang pisang. Biasanya akan disediakan di tangga atau atas meja di pintu masuk masjid. Mula kelihatan sebelum solat. Tetapi hanya wujud untuk beberapa ketika selepas solat. Haih...

Pendatang Asing
Mereka ini biasanya banyak kelihatan di kawasan yang sedang membangun. Aku benci golongan ini (Jaed pun) sebab kebanyakannya berbau hamis dan tengik. Hish! Dan yang paling aku bengang dengan golongan ini, merekalah penyebab utama golongan di atas (baca:pisang) cepat habis! Sekali ambil tu, setandan! Na'aram tol.

Itu jela buat masa ni
insya-Allah akan aku kongsikan intipati-intipati
khutbah Juma'at
dari masjid-masjid yang aku hadiri
setiap minggu



p/s: Akan bertambahlah koleksi CDR Bersiri. Nama untuk siri ini macam menarik; Siri Khutbah Jumaat [Siri KJ]

Kemasyhuran Datang Dengan Harga Yang Tinggi

Kita
bila dah masyhur
ramai yang jeles
ramai yang dengki
ramai yang mengata

Kutuk itu
kutuk ini
kata kita duda

Aku jadi orang termasyhur
bukan baru setahun dua
lahir-lahir je dah masyhur
maka
aku dah biasa
dah lali
berhadapan dengan
orang-orang yang dengki
macam mamat ni

Toccha!
that's what people do when they are in jealousy
in this case
it's called
super-duper-jeles

Friday, July 4, 2008

Kembara Seorang Alumni: Rancang Perjalanan Anda

Tiba di Kota Bharu
jam 0640
panggil Bakal Akauntan dari IIUM
dia belum tiba lagi
dari Johor
katanya Bakal Akauntan dari UITM
akan menjemput kami berdua
seterusnya
akan bertolak ke tempat berkumpul
bersama Bakal Arkitek dari IIUM

Bagus
well-planned
tengok telefon bimbit
ada pesanan
"berkumpul di MP PC jam 0945"
oh mereka dah terima pesanan ini lebih awal barangkali

Usai Subuh
Akauntan UITM datang menjemput kami
lepak di rumahnya
tengok ulangan KEMENANGAN Jerman
terhadap Turki
(hey, apa aku sokong pun menang what!)

Kemudian
aku tidur
bangun
tengok telefon bimbit
DAH SEPULUH SUKU!!!
bingkas
buka beg
selak selak selak

HAH!?!
o sheet!!




"Erm, li. Erm.. Ko ada tuala lebih tak? Aku terlupa bawa hehe.."

Thursday, July 3, 2008

Kembara Seorang Alumni: Malam Penuh Dugaan

Jam 2240
bertolak ke Terminal Makmur
bersama Miyut
menurut maklumat di tiketku
basku akan bertolak jam 2300
tiba di terminal
jam 2250
solat

Lepas solat
dengar pengumuman

"Bas ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu jam sebelas malam dijangka lewat tiba. Harap maklum."

Aku tenang
buka beg
keluarkan buku
baca

Pap!
Pap! Pap!
Pap! Pap! PAP!!
Siyal! Banyak gila nyamuk!
tutup buku
keluar
jalan-jalan
tengok telefon bimbit
dah 2330

Ambil beg
turun ke tingkat bawah
tunggu di platform
sambil lihat ragam manusia

Kebanyakannya berteman
aku sahaja keseorangan
tak mengapa
buku setia menemaniku

Saat ini
keinginan aku untuk menulis tentang rokok makin tinggi
sungguh
tak mengapa
idea sudah ada
nanti akan kutulis

Akhirnya
bas yang kunanti
kunjung tiba
tengok telefon bimbit
2349
heh
kool bro

Naik
lihat nombor tempat dudukku
di tiket
di tempat duduk
ha sini!

Tengok sebelah
oh perempuan
erm
gadis

Hot! Shhh..

Gadis ini bertemankan seorang lelaki tadi
nasib kau baik gadis
kalau tidak
pasti akan ku korak langkah

Aku duduk
dia tengok
dia keluarkan telefon bimbit
tekan tekan tekan
cakap
bla bla bla bla..babai sayang
sambil mengadap tingkap

Aku keluarkan telefon bimbit (juga)
nak buat apa ni?
(pun) tekan tekan tekan
letak di telinga
mengadap tingkap
merangkap hadap dia
cakap
perlahan
sangat

"Hmm..Nak betolak dah ni.."
"A'a.."
"Yerr..Iyyerr.."
"Okkay..bai..iyyyyyerrr..hehe.."
"Okkay miss yu tu,"
"Wa'alaikumsalam,"

Simpan telefon bimbit
tengok dia
dia tengok
aku senyum
dia sengih

Kau dah berpunya
heh
aku pun lah
pejam mata
tidur



Kota Bharu..Here I come!!!

p/s: Ya! Aku bercakap sendirian!

Wednesday, July 2, 2008

Mari Membaca Blog

Dari dulu lagi
kalau aku tengok bola pagi buta
aku selalu solat tahajud
sebab tak adil
dan tak patut
aku rela bangun tengok bola
tapi tak pernah lagi
dengan rela hati
bangun solat tahajud
menghidupkan malam
orang kampung panggil
qiyamullail

Even kalau sekolah buat program
hidupkan malam pun
aku akan ponteng
pergi tidur kat kelas ke
kat belakang asrama ke
tapi
kalau aku tengok bola
(biasanya berlaku bila perlawanan antara negara seperti EURO dan World Cup)
aku akan tahajud
sebabnya
kena adil antara dunia dan akhirat
kena seimbang
kecuali kalau tak sempat
contohnya
masa MU menang lawan Chelsea final Champions League
habis game dah azan Subuh
so
burn jela

Anyway
point aku sebenarnya
sejak kebelakangan ini
baru aku sedar
aku dah semacam
ada perasaan
mesti
kena
perlu
wajib
baca blog

Contoh
waktu balik dari Kelantan hari tu
aku qadha balik
aku ganti balik
ziarah semua blog
tengok banyak mana dah aku ketinggalan
banyak mana dah post-post yang aku tak baca lagi
khatam kan semua

Tapi
Quran
aku tak terasa kena ganti pun
kalau aku tak baca sehari
sedangkan ia kitab suci agamaku
macam
pemain bola sepak
sehari tak sentuh bola
patutnya rasa tak keruan la kan?
macam kita orang Islam
sehari kalau tak baca kata-kata Tuhan
patutnya
rasa tak lengkap lah hidup
kan?
belum lagi kes kalau tak jumpa Tuhan (sembahyang)

Dulu
aku pernah tengok kawan aku
dekat meja dia
dia tampal
syarat-syarat untuk bermain game:
1. Dah solat
2. Dah study
3. Dah (apa ntah lagi aku tak ingat)

Aku rasa kita semua kena contohi kawan aku tu
aku nak mulakan dulu lah

"Aku, kalau nak baca blog, mesti pastikan diri
1. Dah solat
2. Dah baca Quran, at least 1 mukasurat
3. Dah erm, takde idea

Boleh?



p/s: Sama-samalah berpesan-pesan ke arah kebaikan. Ingat-memperingatkan.

Rumahku, Syurgaku

Bangun
tengok telefon bimbit
dah 823

Mandi
campak baju dalam beg
siap siap siap
dengar
Jaed cakap
"Aku tunggu dekat kereta,"

Galas beg galas
capai beg bimbit komputer riba
capai beg pakaian
gerak

Dalam kereta
panggil Mawar Merah (MM)
(nama baru BI)
dia tak angkat
dua kali
tiga kali
berkali-kali
dia panggil semula
katanya dah berada di terminal

Jaed pecut
sampai di terminal
aku bergegas naik bas
makan
berger enak

Duduk
diam
fikir
tenung
tenang
tidur



Bangun
tak sampai lagi
tidur (balik)



Bangun (lagi)
(pun) belum sampai
tidur (lagi sekali)



Bangun
bas dah berhenti
baru sampai hentian rehat Temerloh
sheet!

Turun
lepak
menung
naik
tidur



Bangun
dah sampai!!!
baru sampai tol Gombak sebenarnya

Sampai Pekeliling
aku bergegas naik Transit Aliran Ringan (TAL)
ke Masjid Jame'

Bertukar TAL
ke Wangsa Maju
separa berlari aku
turun tangga bergerak
tren dah sedia menanti
lampu di pintu sudah menyala
aku pecut
dengan beg-beg di tangan dan bahu
masuk pintu tengah
dua gadis gelakkan aku
kuang hasam!

Ya
kali ini
pulang ke rumah
tak tau kenapa
tapi kepulangan kali ini
sangat mengujakan

p/s: Nanti aku buat entri kembara ke Kelantan. Setelkan kerja dahulu.

Tuesday, July 1, 2008

Oy Wei Woo Weh

Gua tak tidur lagi
tunggu tengok bola
tadi gua masuk kampus
jam 2355

Berhenti kat pintu pagar
buat muka manis
angkat tangan
pastu tanya
pastikan senyuman masih terlekat di wajah
nan kacak

"Cik, kami nak keluar tengok bola sat gi boleh tak eyk?"
sambil tayang
muka habis comel

"Eh tak boleh,"
senada dia jawab

Aku mencarut dalam hati
tapi muka masih manis
kemudian bagi lagi beberapa pujukan dan alasan
jawapan tetap sama

"Memang undang-undang dia kata tak boleh dik,"

Sheet!

Lepak depan laptop
atas katil
layar layar layar
baca baca baca
tiba-tiba
ada orang masuk
tanya

"Helmi mana Helmi?"

"Dia dah keluar kot," Jaed jawab

"Dia dah gi dah? Siyot!"

"Wei, kau nak pergi tengok bola ke?"
aku menjerti dari dalam
dia jenguk

"Oh kau. A'ah tapi Helmi dah gerak ha,"

"Aah cantek. Aku join!"

Dia beredar
sebentar kemudian
dengar jaritan dari luar bilik

"Oy! Oy! Wei!"

"Woo!" aku balas

"Jom a weh,"

"Jap aku salin baju,"

Aku bingkas bersiap
sarung seluar
pakai baju
kemudian dengar lagi

"Woo!"

"Oy!" aku sahut

"Weh, kau bawak helmet siap-siap. Tunggu kat motor,"

Aku capai helmet
gerak








Dude
inilah gaya berkomunikasi zaman sekarang
aku tak kenal dia
dia pun tak kenal aku
tapi bola sepak menyatukan kami

Pagi esok bila kawan aku bercakap pasal Sepanyol kalah
aku balas
"O eyh? Laa, yeke?"

Mereka yang bersemangat
nak mengejek terus terbantut nafsu
rasanya budak ni tengok bola gak semalam
asal macam tak tahu pulak result dia, musykil musykil

Aku memang genius