Saturday, April 19, 2008

Ulangbulan Pertama

Ulangbulan itu apa ya?
ia adalah
hari memperingati
kelahiran blog ini
yang sudah cukup sebulan

"kecohnya dia itu
baru sebulan dah heboh"

"ey ini kepunyaan aku
suka hati akulah"

Pencapaian blog?
bagaimana mahu dilihat
tahap pencapaian itu
yang cuma boleh ku tahu
kehadiran orang ke sini
terima kasih kepada StatCounter
aku dapat tengok
dapat lihat
dapat teliti
dapat kaji
dan bina inferens sendiri
125 unit pelawat
dalam tempoh seminggu
selepas aku umumkan
blog ini kepada umum
entahlah
baguskah, tidakkah
hebatkah, tidakkah
penulis berbakatkah, oh tidaklah
bak kata joker
aku sorang penulis yang reti mencarut sahaja
tak apa, macam kata Harper Lee
"people generally see what they look for
and hear what they what they listen for"
dan kata Thomas Carlyle
"the greatest obstacle to discovery is not ignorance.
It is the illusion of the knowledge"

Katanya Stephen R. Covey
"begin with the end in mind"
dalam erti kata lain
bermulalah dengan punyai matlamat
maka kubinalah matlamatku
kutetapkan sasaranku
matlamat asalku
memastikan blog ini
punyai entri setiap 3 hari sekali
bermakna sebulan mesti ada
10 entri
tapi bulan ini?
ah
ini sudah terlebih target
terlepas sasaran
tak mengapalah
musim cuti
nanti aku tetapkan sasaran baru

Sehingga nanti
sekian
terima kasih atas lawatan kalian
sebelum berakhir
ingin kuminta bantuan kalian
carilah manfa'at di setiap entriku
agar sama-sama beroleh berkat
dengan izin-NYA

1 comment:

Anonymous said...

bengong, aku tadek intenet keneksyen!! aku nak menulis!!!!!!!! pc rosak xde cd nak format, laptop plak entah ke mana semua.. kelam betol