Saturday, April 12, 2008

Epik Babi

Islam dan Melayu
tiada samanya
huruf depan
huruf akhir
huruf tengah
semua lain
tapi Islam Melayu hebat
sebab ada extra Hadhari di belakangnya

Kalau Melayu
ambil gambar dengan babi
dikira menghina Islam
inikan pula
kelulusan Projek 100MegaByte Babi
di Sepang
oleh Pakatan Rakyat
kecohlah
hingarlah
hebohlah
dunia Melayu Islam

Pantang keturunan Melayu Hang Tuah
babi dan Melayu
diam bersama
sejahat-jahat Melayu
takkan Melayu makan babi

Lantas

perang ke atas babi dan Pakatan Rakyat
dilancarkan serta merta

ternyata kebanyakan ahli politik Pakatan Rakyat
kaya pengalaman membangkang
tidak pengalaman memerintah
tidak ambil berat sensitiviti Melayu
kata orang sana
PAS tunduk kepada telunjuk DAP
kata org sini
kami cuma meneruskan pelaksanaan
bukan meluluskan benda baru

Ah sudah
mana satu betul
tengok sana
tengok sini
Pakatan Rakyat ada bukti

Betul lah
Melayu mudah lupa
Khir Toyo serang balik
apa yang dia telah luluskan

Babi Haram!!

1 comment:

HUZAI said...

Babi, Err, Khinzir Haram![ketawa]