Sunday, April 13, 2008

Why I hate SMS

Petang itu
aku keseorangan
mengemas bilik

Keluarkan beg
lipat baju
masukkan dalam beg

Keluarkan kotak
kemas buku
masukkan dalam kotak

Hampir habis buku
di dalam bilik
baru aku perasan
buku Mathematics of Finance
tiada kelihatan

Ku pikir-pikir
ku imbas kembali
ku ingat
kali terakhir aku menela'ah buku itu
adalah di bilik seorang kawan
dia dah balik
ku sms

"Alias (bukan nama sebenar), ada nombor Omar (juga bukan nama sebenar) tak?"

Lama ku tunggu
tidak berbalas

"Mamat ni takde kredit la ni," rungut hati

Lama kemudian ku terima
kiriman balas darinya
punat "READ" di telefon mudah alihku
ku tekan
terpapar mesejnya

"Ada.."

Ku tekan butang bawah
tiada efek
mesejnya sampai di situ sahaja

"Terima kasih, kau sangat membantu," kataku sendiri
malas mahu membazir 6 sen


Perhatian; kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau masih mati.

1 comment:

As said...

SMS only been made for things that can wait.

jika benar penting, sila,



TELEFON


as always, aite :)