Saturday, April 12, 2008

Bengong Itu Sopan

Semester depan kami di'pelawa' ke kolej luar
dek kesempitan ruang menampung kehadiran baru di
kolej sedia ada
maka berduyun-duyunlah barang perlu dibungkus dan dipindahkan
bilik perlu dikosongkan
dibersihkan bagai rumah baru
kosong, zero, sifr
oh silap kosong bukan zero
kosong itu empty


Sudah
hentikan cakap kosong
semalam abahku perlu ke Kemaman
singgahlah dia mengambil aku dan barang-barangku
ke Kemaman dia punyai tugas
tugas leceh yang siapa-siapa boleh buat
tapi dia rajin
dia buat


Inspection, pantauan
dia pergi
dia periksa
tanya itu
tanya ini
beredar


Ada satu kedai dia tanya
"Sini ada jual celcom tak?" aku cuma berdiri diam di sebelah tengok si gadis penjual
"Prepaid ke postpaid, bang?" abahku dipanggil abang, aku?
"Oh boleh register eyh kat sini?" berbalas-balas soalan
"Boleh, encik nak register nombor baru ke nak tukar dari prepaid ke postpaid?" encik pula
"Oh saya pakai prepaid sekarang, HOTLINK. Macam mana?" setiap ayat mereka diakhiri dengan soalan!
"Oh sini Celcom je," tiada soalan
"Erm, pelan apa ada? Pelan apa paling bagus?"
"Setakat ni CEP la,"
"CEP?" ayat tu melompat keluar dari mulutku tiba-tiba. Menyampuk
"CEP tu apa?" abahku pula bertanya
"Celcom Executive Plan," terangnya dengan muka takde perasaan
"Oh," kami serentak
"Apa rate dia?" abahku tanya lagi
gadis penjual keluarkan pamplet
terang itu
terang ini
tangan ke atas
ke bawah
kiri dan kanan
kejap jari ibu
kejap lagi jari kelingking
kemudian tukar balik
abahku tanya
dia jawap


Sampai satu soalan
"Kalau guna 20RM je sebulan?"
"Erm, encik bayar 20RM jela," bersahaja dia jawap
"Habis tu yang 50 ni?
"Itu kalau 50. Kalau encik guna lebih, bayar lebih. Guna kurang, bayar kurang."
abahku angguk-angguk
tanya beberapa lagi soalan
beredar

Kami berjalan beriringan ke kereta
"20RM dia cakap?" ada unsur bengang pada nadanya
"Patutnya 50 kan?" aku teka
"Yela, orang macamni la nanti customer complaint. Celcom gak kena," bengangnya dah kurang
"Bengong!" terpacul perkataan separa indah dari mulut hipokritku
Langkah abahku seakan terganggu
dia lihat aku sekilas
tekan suis buka kunci kereta
dan kami masuk

"Err, bengong tu perkataan kurang sopan ke?" fikirku dalam kereta

No comments: