Wednesday, April 23, 2008

Aku, Sufiah & Adi Putra 2

Masih baru
Sufiah mengaku
dia seronok dengan kerja baru
membuatkan ramai orang termangu
apakan daya walau hati mahu
mahu menolong tapi tak mampu
hanya do'a dikirim dari kalbu
agar kembali ia dari jalan yang berliku


Sebelumnya pula
Adi Putra menggemparkan negara
dengan keupayaan dia membuat kira-kira
walau umurnya dengan jari boleh dikira
tapi akalnya mampu buat graduan ternganga
meskipun begitu hebatnya
dia tidak mudah alpa
tidak mudah leka
dengan berkat didikan keluarga
hingga kini dia masih berjaya
bersyukur kita

Keputusan peperiksaan
akhir semester dua telah keluar
keputusanku?
tidak penting
sebab aku kan genius?
lagipun yang penting adalah usaha
bukan keputusan
kan?
hehe

No comments: