Monday, April 21, 2008

Karma

Sebelum Asar
aku baru pulang dari Damansara
Hyundai panduanku membelah lebuhraya
mengekor rapat BMW di depan
kelajuan konsisten
cermin pandang belakang kujeling
Honda Stream mampir laju
mencelah ke kiri dan kanan
aku sengih
Honda itu kini disebelahku
seorang gadis memandunya
lawa
"boleh tahan juga perempuan ni bawak"
bisik hatiku
Wira di depannya menghalang ia dari memintasku
tapi dia gigih
dia menyelit antara Hyundaiku dan BMW didepanku
secara mengejut
aku terkejut
pedal brek ditekan sedikit
dilepas semula memastikan jarak yang sangat dekat
dengan Honda itu
sedikit bengang
kucucuk rapat Honda itu
dia ingin mencelah lagi
kekiri
aku ikut
sekilas melihat apa menanti didepan
sebuah kancil
aku masuk semula ke kanan
pedal minyak ku tekan habis
merapatkan jarak dengan BMW didepan
Honda tadi cuba memintas BMW
tapi tak sempat
sebaik sampai disisinya
aku perlahankan kereta
seiring dengannya
memastikan dia tak dapat kemana-mana
aku toleh ke arah dia sekilas
dia toleh juga
"padan muka kau"
bisik suara jahatku
gadis ini bukan sebarangan
dia memintas Kancil itu dari kiri
kupecut Hyundaiku sehabis laju
BMW tadi berjaya kukejar
kereta berderet di laluan tengah
dan Honda tadi di belakangku
pasrah
mengalah
barangkali
aku gelak besar
seiring lagu "I've Given Up" dari Linkin Park

Selepas Asar
baru pulang dari Keramat
aku memecut laju
di laluan paling kanan
kereta Wira merah di depan
aku mencelah ke kiri
Vios sedang berlenggang kangkung
kupintas Vios itu dari kiri
Wira Merah sedang seiring dengan aku
Satria putih pula menanti di depanku
Wira tadi masih di kananku
sebelah kiri Satria ada lori
slow and steady
kucongak-congak
mungkin sempat potong Wira ni
pedal minyak kupijak habis
hampir saja aku dengan Satria
jari kelingkingku menolak
butang lampu isyarat kebawah
lampu isyarat ke kanan menyala
aku nak masuk
kutoleh kekanan sikit
Wira merah tadi ada kat sebelah rupanya
lantas aku perlahankan kereta
menunggu Wira merah itu berlalu
tapi dia pun brek
tak membenarkan aku kemana-mana
aku gelak kecil
karma dude
karma
haha

3 comments:

As said...

dah tuuu...??
Cukuplah sekali dua kali nyawaku terancam denganmu...haha

pandu cermat jiwa selamat

=p

yang tukang cakap pun dua kal lima nam tambah empat, ayah geleng tengok anak rally..

astaghfirullah...

Huzai Mansor said...

Yaah. The wheel of fate is set in motion. [laughs].

P/s:Minta izin untuk letakkan pautan ke laman kamu di blog aku yah.

it's jenn. said...

buat baek dibalas baek!!

haha!!