Wednesday, April 2, 2008

Tepu Yang Bukan Tipu

usai sudah kertas 'introduction to financial mathematic'
aku punya kertas 'linear algebra' pula esok
dahulu
tingkatan...aku tak ingat tingkatan berapa
aku belajar mengenai larutan
ya aku masih ingat
larutan tepu
kondisi di mana bendasing tidak lagi boleh
bercampur dengan pelarut
mungkin..aku ingat-ingat lupa
sama situasiku sekarang
aku sudah tepu
"wei, malam ini kita ada diskusi selepas isya'"
"baik"
selepas isya'
aku mengikut mereka ke tempat diskusi
ah, aku tak boleh bertahan lagi
lantas aku melencong ke kawasan berhawa-dingin
ya perpustakaan
dan aku tidur di situ hingga mereka selesai diskusi
terima kasih kawan-kawanku
kerana tidak mengganggu tidurku

No comments: