Wednesday, March 26, 2008

Ampun Tuanku

terdahulu di Perlis
heboh
institusi di raja mahu memilih menteri besar nya sendiri
tidak mahu baginda kepada
patik-patik yang dipilih memanda perdana menteri
baginda punya pilihan sendiri
terkini di Terengganu
dua kuasa tiga, lapan
juga punya pilihan sendiri
yang pasti pilihan tuanku
tidak secocok dengan pilihan
memanda perdana menteri
justeru
patik yang hina lagi bodoh ini
mencadangkan
lain kali tidak perlu
bazirkan duit tenaga dan air liur
canangkan sahaja
"tahun ini beta akan melantik si polan bin si polan sebagai menteri besar untuk negeri beta.
tidak perlu kalian-kalian rakyat beta pergi mencalon, berkempen, membuang undi mahupun mengira undi kerana beta tidak mahu rakyat beta bersusah payah membuang masa"
ampun tuanku beribu ampun
andai warkah patik ini berbaur durhaka
bukan niat patik berlaku sumbang
cuma terkilan dikala sibuk
dihimpit jadual peperiksaan