Thursday, April 17, 2008

Sumbangan Yang Sumbang

"And to be on a James Bond film as a Muslim Asian woman, would not just open up
doors for me but break down barriers for other people as well.

"That would be the biggest thing I could achieve."

sumber dari sini

bacaan berinformasi di sini oleh MasterJ



Cerita ini berlaku sebulan lalu
tapi aku baru tahu
dan aku masih mahu beritahu
kepada kamu-kamu
tentang berita hebat abad ini
yang bakal menjadi
rujukan, ingatan, kenangan
di abad mendatang

Gadis Bond Islam pertama
pencapaian hebat
oh silap
belum tercapai
cuma impian
tapi masih
ia satu impian hebat
yang patut dijadikan contoh
buat anak2 muda sekarang

Semestinya ia
bakal menjadi kontribusi
hebat lagi agung
sukar ditandingi
sukar diatasi
bahkan untuk menyamai
pun tipis sekali

Aduhai manusia
contohilah gadis ini
walau kemana dikau pergi
bawalah nama Islam
bercita-cita tinggilah
wahai umat Islam
berfikirlah untuk menyumbang
sebagaimana Ibnu Sina
di zaman lampau
menyumbang dalam arena sains perubatan
menyumbangnya Alkhawarizmi
di arena matematik
atau di arena penyatuan kaum
dan pembangunan ummah
seperti Khalifah Arraasyideen
Abu Bakr Assiddeeq
dan Umar Alkhattab

Maka oleh itu
carilah jalan untuk menyumbang
tapi bukan dengan cara yang sumbang
macam gadis ini
andai tiada upaya
kerna merasa diri lemah tak berdaya
sekurang-kurangnya
hiasilah peribadi
sebagai Muslim sejati
buat bekalan diri sendiri

MM mencadangkan anda membaca blog ini

4 comments:

it's jenn. said...

wow. br tahu gaks.

Master J said...

assalamualaikum..trima kasih atas bantuan saudara dlm usaha mnyebarkan crita dasyat ini..insyaAllah melalui blog2 ini kami akan dpt menyampaikan mesej kpd sahabat2 kita dan sama2 kita blh mengembalikan ummah di Malaysia ke jln yg benar..amin..

As said...

erm..i've read the news...macam, dasyatnye..bukan dasyat die dpt masuk film bond, tapi...

Anonymous said...

akhirnya.. jelata lelaki boleh tengok wanita islam pertama bogel berbaju atau tidak berbaju di khalayak dalam keadaan tertutup di panggung, begitu? oh.. tidak!