Wednesday, April 16, 2008

Pergi Dapatkan Kehidupan

Hiduplah Kehidupan Sehingga Penuh

Dia berjalan seorang diri
menuju ke sekolah
di sekolah dia belajar
tidak belajar dia tidur
berborak sekali-sekala
jarang mengambil bahagian
sebagai jurucakap
alias jurucerita
sekadar pendengar selalunya

Bila kawannya mengajak
mempelawa mengikuti
rombongan melompat pagar sekolah
dia ikut
seronok
sebab tak perlu banyak bercakap
sekadar beraksi dalam diam
maka teruslah dia beraksi
beraksi hingga tertangkap
dia beraksi lagi
dan tertangkap lagi

Sekarang dia bergelar mahasiswa
mahasiswa yang banyak bercakap
benda senonoh dan tidak senonoh
tapi kebanyakannya yang kemudian
dia memang tak pandai bergaul
duduk sendiri membuat kerja sendiri
tidak canggung sendirian tanpa kawan
sebab itu dia bisa berblog
temannya bertanya
"kau mesti tengah bosankan?
sebab itu banyak yang kau tulis."

Mudahkan sifirnya
lagi banyak kau tulis
lagi bosan kau jadi
maka kesimpulan umum
boleh dibuat dengan senang
Sasterawan Negara pasti orang yang bosan
kerana tulisan mereka sangat banyak

Oh berhentilah menulis
pergilah dapatkan kehidupan
kerana menulis itu
kerja-kerja orang bosan

5 comments:

Anonymous said...

kiranya kamu gila atau sengal semata?
hati ini tidak berkata cinta
tapi rindu juga pada dia
dia si matematis muda..

p.s - oh, berjayakah daku menulis komen dengan teknik dan caramu menulis blog? :)

As said...

diriku tergelak
tidak tertahan lagi
melihat si pria abang sendiri
gembira hatinya bukan kepalang lagi
blog beliau akhirnya dikomentari

uhuk uhuk uhuk..
terbatuk batuk..
itulah, degil taknak dengar cakap adik sendiri

teruskan menulis wahai MM, kelak akan ku jadikan blog ini sebagai koleksi sajak =P

p/s: great shoot!

Anonymous said...

sape kate menulis keje org bosan...
dan xperlu seru org berhenti menulis wahai teman...
menulis tu byk purposenyer...
klu menulis utk menympikn mesej pnting blh dianngap keje yg membosankn ke? sbb menympai yg baik tu satu tanggungjwb kn? klu menulis tu bosan...sume hasil tulisan juga akn membosankn...xde hasil sastera yg menarik dri sasterawan...xde buku2 ilmiah yg brguna...xde cerita hikayat yg menghiburkn dn xde brita2 sensasi wartawan mahupn novel penulis yg buat jiwa pembacanye hanyut seketika krn menghayati...yg membace juga bosan...jd ilmu tu membosankn la? x sebenarnyer...menulis tu sgt menarik sbb kite blh tulis ape aje...jd terpulang la kite yg membuatkn menulis tu sbg keje org yg bosan atu x... =)

Anonymous said...

jaed,
teruskan usaha anda

nur_ilahi,
anggaplah ia skadar dongengan realiti

anonymous,
sarcasm dalam bahasa melayu apa ya?

Anonymous said...

sarcasm dlm bahasa melayu panjangnya - tidak paham apa yang orang sarcasm kan..

utk anony :P