Bukan apa
semalam
aku tumpang menyemak
pergi ke rumah terbuka
pensyarah Dammit dan Jaed
Nama pun rumah terbuka
aku pun dengan penuh rasa terbuka
turut menghadirkan diri
Tapi yang sempoi nye
kat rumah dia
ka ruang tamu tu
dia pasang lagu LinkinPark!
Sempoi beb!
Ok
sebenarnya entri kali ini
aku nak luah pendapat
tentang iklan raya Petronas
tahun ini
Kebanyakan orang
yang aku dengar
memberi komen negatif
bukan negatif sangat
tapi
sedikit tidak puas hati
Sebabnya iklan Petronas sebelum ini
kan macam tangkap sikit
mesej dia
Tapi mesej iklan tahun ini
seakan tak berapa nak sampai
Sebabnya
ramai yang perhatikan
dan beri perhatian
kat penghujung iklan tersebut
Yang mana berakhir dengan
pertanyaan si ibu
mempersoalkan tindakan sang anak
Kebanyakan orang
menunggu apa mesejnya di situ
Bagi aku
idea dia aku nampak
cuma kurang jelas
Apasal MM sibuk buat ulasan iklan pulak tiba-tiba?
Sebenarnya
aku bukan nak mengulas sangat
Cuma
aku nak cakap
ada sedikit persamaan
dalam penulisan blog
Kadang-kadang
(or should i say usually?)mesej yang ingin disampaikan
dalam sesuatu entri itu
bukan di penghujungnya
tetapi
terselit dan tersembunyi
yang memaksa kamu
baca di antara dua baris
Kan?
Macam iklan tersebut
bagi aku
mesej nya jelas
dinyatakan oleh watak sampingan nya
iaitu pakcik yang anaknya ada opresyen tu
"Kalau mata pakcik tak tengok,
telinga pakcik tak dengar,
pakcik tak senang hati..."
Jelas kan?
Adegan penghujung itu cuma sekadar selingan
macam tulisan tulisan dalam blog juga
kadang-kadang
semuanya seakan karut
tetapi apabila dibaca di antara dua baris
di situlah intipatinya
Kalian boleh tengok sendiri videonya
dan komentar-komentar penonton
di laman ini