Wednesday, December 10, 2008

Senario Raya Haji

Sebenarnya aku sedang bercuti
2 entri sebelum ini
aku dah jadualkan
sebab tu komen tak berbalas
maaf zahir batin
(masih musim raya kan?)
hehe

Sekadar
memenuhi
tanggungjawab
sebagai blogger
aku hapdet gak

Gigih giler! haha

Cerita Hari Raya Haji
(chey~ ala-ala sub-topic a neh)

Raya tahun ini
macam biasa
aku sambutnya di KL
di surau kawasan rumahku

Senario tahun ini
agak berbeza
hujan takyah cakap a
macam kat pantai timur dah

Tapi senario yang lebih menarik
raya haji kali ini
ialah kedatangannya

Raya tahun sebelum-sebelum ini
tak pernah seramai tahun ini
ada tiga golongan tambahan

Budak SekMen
Sebelum ni bukan takde
tapi tak seramai tahun ini la
kehadiran mereka sangatlah membantu
terutama part nak jatuhkan lembu
kami cuma perlu dapatkan kaki pertama
seterusnya bagi kat diorang tarik ramai-ramai
kami tengok je
tunggu lembu jatuh
ikat kaki
panggil pak imam potong

Orang Indo (bukan Indon)
Tahun sebelum-sebelum ini
takde langsung
tah mana datang tah diorang ni
tapi yang bagusnya
kehadiran diorang ni
bawak perkakasan yang cukup
dan kurang pembaziran
semua benda dia nak bawak balik
dari sekecil-kecil mata
lidah
telur
hinggalah selebar-lebar kulit

Penonton Berbaju Raya Berpayung
Golongan ketiga ni je
aku tak tau apa bagusnya diorang datang
kalau yang perempuan tu
boleh tahan lagi
memang bukan kerja mereka
jadi kena lah
kalau berbaju kurung/kebarung
berpayung pegang kamera
tapi kalau lelaki berbaju melayu
siap sampin dan berpayung
tu aku tak paham

Ok
itu golongan penambah kehadiran
yang nyata dan boleh dilihat

Golongan lagi satu ni
bukan penambah bilangan
golongan ini
memang ada kat mana-mana rasanya

Rasanya la

iaitu

Golongan Bajet Pandai
Golongan ini agak menyakitkan hati
lebih-lebih lagi
kalau orangnya itu sudah berumur
sebabnya dihujung perenggan ini
kriterianya ialah
mereka mempunyai pisau yang bagus
sangat rupawan dan tajam
ala-ala pisau ranger
tapi kemahiran tak seberapa
dengan pisau rupawan sedemikian
dia main potong je
asal putus kira ok
potong sana
potong sini
sebab itu aku kata ia lebih menyakitkan hati
kalau pelakunya sudah berumur
sebab kita susah nak tegur
lagi satu
kalau yang masih muda belia
macam kita ni
boleh dikira masih cuba-cuba belajar

Sebabnya ada pakcik sorang ni
aku cuba tegur dia
semasa proses memisahkan kaki dari badan
dia main potong~ je
aku cuba tegur
"Eh, tak boleh macam tu pakcik,"

Dia berhenti seketika
tengok aku
kemudian dia balas
"Takpe, macam-macam mana pun putus gak satgi,"

Apa kau nak buat?
tengok jela

Aku rasa diorang ni
mesti golongan nombor tiga
zaman muda dulu
datang dengan baju melayu je
tolong tengok

10 comments:

As said...

ok, kesimpulan kamu menarik! Boleh kata hipotesis yang telah dibuktikan aa. Haha.

erk, wallahu'alam

Anonymous said...

eh..ust khazin ckp kan, tngok pon dpt pahala taw!
Tp harus ke berpakaian smart berpayung camtu? As if supaya org memberi pandangan "oh xpe la..nak mintak tolong takot kotor pulak baju tu.."

Kuey san said...

Penonton Berbaju Raya Berpayung

that is absolutely me. haha. cam MM cakap, pompuan xpe. berbaju kurung (ber-abaya sebenarnya), berpayung, kamera ... ;)

Anonymous said...

Dkt surau kawasan rumah saya, mula2 ramai gak org nak tolong potong lembu, pastu tiba2 dtg 3 org Bangladesh (dr mana ntah) nak tolong potong.

Org melayu sumer duk tepi, diorg 3 org je potong. Zup zap zup zap, terus siap 6 ekor lembu diorg abiskan. Kagum giler arrr.

Amin Mansor said...

tajam observation ko.tahniah!hehehe

Matematis Muda said...

as,
wallahua'lam
hehe

shamel,
haruskah?

kuey-san,
mmg la xpe
tp kan lg elok tolong kat dapur nuh
huhu

knowlee,
diorang ni mg jenis buat kerja
nak laju je kot
orang Arab lagi la
bahaya kalau oerate lembu dengan dia
silap2 ada yang potong jari
huhu
laju giler!

amin,
terimas

Anonymous said...

saya rasa kesimpulan yang menarik..
hasil pemerhatian yang baik!

hehe

Matematis Muda said...

ainun,
trimas

Anonymous said...

rase2 nye matematis mude golongan mne ye?
hehe

Matematis Muda said...

tiada dalam pilihan
hehe