Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru Huh?

Macam biasa
pagi Rabu
aku terpaksa menghadap laptop
sebab kalau tak
memang aku tidor
dan boleh menyebabkan terlepas kelas pukul 11 karang
ahax

Sejak kebelakangan ini
aku rasa teramat kosong

Di fesbuk pun
status ku bertulis
"Aku menyambut tahun baru dengan perasaan yang kosong..Jika dan hanya jika kosong di kira sebagai satu perasaan."

Baiklah

Mari aku ulas mengenai
kes kebelakangan ini
ya
yang berkaitan dengan entri ini (sila klik!)

Kita boleh lihat pelbagai reaksi
rata-rata dari umat Islam sendiri
baik yang pakai tudung atau yang tak pakai
baik yang jaga solat atau yang tak berapa jaga
baik yang dengar lagu Irwansyah
hinggalah yang dengar lagu indie band
membawa kepada yang dengar Trash Metal

Semua ada respon masing-masing

Cuma di sini aku konfius sedikit
apakah respon yang sepatutnya?

Kebanyakan di antara mereka
memberi respon
dengan ayat lebih kurang begini

"Marilah kita berdo'a moga Tuhan melaknat orang-orang begini!"

"Laknatlah kamu binatang yang tidak tahu hormat agama orang!"

"Siyal! Memang patut kena tumbuk dengan batu lesung tangan yang buat blog ni!!!"


Aku paling feveret
ayat yang first
sebab ayat tu ingat Tuhan sikit
heh

Tetapi
kalian rasa patut ke berdo'a sebegitu?

Mari kita tengok contoh yang ditunjukkan
oleh utusan Tuhan, Muhammad sallallahu'alaihiwasallam

Ingatkah kalian
pada cerita Nabi sallallahu'alaihiwasallam
semasa beliau pergi berdakwah di Taif?

Baginda bukan sahaja dihina dicaci dikeji
malah
baginda sallallahu'alaihiwasallam
dihalau dicerca disakiti dibaling dengan batu

Tetapi
apakah respon baginda sallallahu'alaihiwasallam?

Baginda sallallahu'alaihiwasallam telah dikunjungi
oleh malaikat setelah baginda mengadu nasib
kepada Penciptanya

Malaikat Jirail alaihissalam datang
dengan offer berbentuk berita
bahawa malaikat-malaikat penjaga gunung-ganang
telah bersedia
untuk menghempap mereka dengan dua bukit (Al-akhsyabain)
iaitu bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an
yang boleh menghapuskan penduduk Taif
andai itu yang baginda mahukan!

Tinggal tunggu aproval Nabi je

Walaupun begitu sekali
apa tindakan baginda sallallahu'alaihiwasallam?

Baginda berdo'a kepada Allah s.w.t
supaya suatu hari nanti
akan lahir dari zuriat keturunan mereka itu
benih-benih yang akan menyembah Allah yang Maha Esa
tanpa menyekutukan-Nya dengan apa-apa pun

Action speaks louder huh?

Jadi
jikalau action kita
atau respon kita terhadap perkara sebegini
ialah dengan melaknat mereka
menyumpah seranah mereka
adakah itu satu action yang melambangkan Islam?

Tidak peliklah mereka menggambarkan Islam
sebagai agama teroris

Kan?

Jadi rakan-rakan
pembaca dan pemblog sekalian
janganlah kita mudah melatah
isu atau kes seperti ini bukan baru sekali berlaku
karikatur Nabi
filem Fitna
dan sebagainya

Mereka tidak pernah akan berhenti
"lan tardha" dalam Quran sebut
Surah al-Baqarah, ayat ke-120
sila buka dan baca sendiri

Dah la kot
panjang sangat pulak nanti

Oh ya
selamat tahun baru
baca ini dan klik yang mana perlu ye

16 comments:

Unknown said...

sangat setuju.

orang baling batu, takkan kita nak baling batu balik kan? baik bagi buah katanya... biar mereka merasa nikmat sedapnya buah tu dan seterusnya menyuburkan rasa mahu menanam pokok yang sama di halaman rumah mereka :)

Anonymous said...

yeah...
sangat bersetuju dengan entri ini...
(^_^)

tak baik mendoakan yang buruk-buruk kat orang lain...

daripada kita mendoakan kelaknatan kat dia...
better kita doakan...
moga dia diberi hidayah dan petunjuk...
satu hari nanti...
harap dia nampak kesucian agama Islam yang sebenarnye...

tak kisah la sape 'dia' yang sebenarnye..

tusky said...

aku setuju dengan pendapat ko.
orang kita,
kalau tengok orang tu sesat,
kalau tengok orang tu wat dosa,
diorang terus melatah
terus nak belasah..
terus nak melaknat...

nabi dah tunjuk cara,
tapi kite selesai dengan nafsu
bukan selesai dengan cara nabi
in the end, yang sesat terus sesat,
kite plak wat tambah dosa..
nauzubillah..
semoga semuanya,
yang sesat, yang melaknat,
dapat hidayah..
pulang ke pangku jalan

Jepah said...

tahun baru di sambut dgn main uno...
ko hanya jadi penonton, ye.... =p

Unknown said...

entri ni boleh dikaitkan dengan entri baru as...

melayu melayu~

Master J said...

i must say my dear friend..this is the best post of yours recently..

thank you for sharing the story of our Prophet =)

may Allah bless your efforts amin =)

P.S: saje je ckp proper english..poyo sket =p

Unknown said...

master J memang~

Put Yaya said...

macam ustat kat hot fm..

'renung-renungkan,selamat beramal~'

haha~nice entry btw..

As said...

J poyo~

Matematis Muda said...

szakif,
hahaha
kire bole la ko punya perumpamaan tu
hehe

ekinokunimy,
yupp yupp

tusky,
ya
moga yang sesat dan yang melaknat
semua nya diberi taufiq dan hidayah
ameen

jepah,
aku tak paham apa kao cakap
aku sambut tahun baru main futsal semalam
siapa main uno?
camdoh je maen uno
haha

szakif,
tak berapa kena bagi aku
sebab ia takde kena mengena dgn mentaliti melayu atau cina atau timur mahupun barat

master j,
sebenarnya
aku tak berapa suka nak post entri macam ni
bagi kat blog2 mcm kau la yg tulis
tapi
dah tak tahu nak tulis pasal apa dan macam mana
aku tulis lah jugak
thanx anyway

putri,
oh tidak
ustat kat hot fm tu tak sekacak matematismuda
hahaha

as,
ha?tak paham
huhu

izzahismail said...

ah.btol tuh.
nak mengajar orng tp tak beri contoh terbaek.

anyway.selamat tahun baru jugak.
azam tahun baru ape? mau kurus.haha.

As said...

Jaz tu ah...wat style poyo omputih die :P
dia kan bukan melayu :D

Anonymous said...

hey matematis muda!

hehe.. same lah kita..

;p

mathematician!

math is interesting...

Dini said...

setuju! :)

bagus MM, saya sangat suke entri macamni :D

azrul said...

Oleh kerana komunis yang majoriti terdiri dari orang Cina cuba mengambil alih kuasa bila Jepun kalah maka New Villages dibuat untuk menempatkan orang2 Cina yang merupakan Communist sympathiser ini.

Sekarang orang Cina melalui DAP berkuasa di Perak dan dari 0 hendak memberi tanah kepada 140, 000 orang Cina secara tetap.

Ada beza nasib orang Melayu dengan Palestin. Yang sedih DAP mendapat sokongan dari talibarut PAS macam
Fatah yang setuju memberi tanah hak milik kekal kepada Cina.

Oleh itu janganlah bersedih sangat mengenai palestin kerana nasib kaum kau sendiri tak terbela...

semut seberang laut nampak...gajah..tak nampak

Matematis Muda said...

Kawan-kawan,
abaikan makhluk azrul ni. spam!
saja nak tarik orang pegi kat blog dia.
mentang-mentang la CDR ni femes, laju je ambil kesempatan.
huhu

boleh rujuk kat entri ini
http://cabincrewareherenottokissurass.blogspot.com/2009/01/apa-yang-kamu-cuba-lakukan-nimati-nanti.html