Suatu malam
kami punya peperiksaan keesokan paginya
jadi kami pergi ke bangunan kuliah
dan pilih salah satu kelas untuk membuat diskusi
salah seorang dari kami menulis di papan putih
memberi penerangan
yang lain duduk
Tiba-tiba seorang yang lain bangun ke depan
ambil penanda-papan-putih (baca: whiteboard marker)
selajur menulis sambil berkata
"Eh, kalau macam ini pun boleh kan?"
"Err bo..." belum sempat dia habis menjawab
seorang lagi bangun ke depan juga
mengambil penanda-papan-putih
dari tangan lelaki pemberi penerangan tadi
lantas berkata
"Yang tu boleh juga tapi lagi susah sikit," katanya sambil menuding
dengan penanda-papan-putih yang baru dirampas
"Macam ni je. Theta yang power negative one..." dia pula menerangkan sambil menulis
Kesudahannya lelaki penerang tadi menjadi pemerhati
dan di hadapan
ada 4 lelaki lain berdiskusi tentang masalah tadi
10 tahun (baca:lebih kurang) kemudian
lelaki penerang dahulu sudah bergelar profesor
sedang mengajar di sebuah universiti terkemuka
selesai menulis beberapa equation di papan putih
dia berpaling
"Erm, sorang tolong datang depan selesaikan masalah ini," pintanya
sepertiga minit tanpa respon, dia menyambung
"Ok. kalau tak mahu datang sorang datang dua tiga orang ke depan. Cepat,"
mahasiswa-mahasiswi dalam dewan kuliah itu sedikit kaget
belum biasa dengan permintaan seperti itu
dan profesor itu bercerita
"Dahulu, masa prof belajar di U, 'lecturer' tak payah suruh pun kadang-kadang dah ada orang datang ke depan yang nak bagi pendapat atau nak selesaikan soalan. kadang-kadang tu sampai 3-4 orang yang datang depan menjawap soalan."
"Prof belajar kat U mana dulu?" seorang gadis berkacamata bertanya penuh minat
Profesor itu senyum bangga dan menjawap
"Rahsia"
tarikh asal entri: April 8, 2008
Selamat memulakan semester baru buat teman seuniversiti.
5 comments:
Apa motif entry nih?
Mysterius2....
bila baca entry ni, Tuan ingat iklan Mega kat Astro.
hahaha
yu. ai. air.
lol.
Itu dulu bai.. Hahaha..
Sekarang semua takut menyuarakan pendapat. Sebab takut salah.
Haish..
tuan,
motif tumbuh-tumbuhan hehe
jenny,
wi, dei, dem
dayem!
hehe
rotfl
huzai,
heh
dasar penakut!
bila nak maju?
hehe
Cam penah baca je story ni tp tak ingat kat blog mana.
Post a Comment