Oh sebenarnya
bukan percutian sangat
tapi Bapak ada kerja kat sana
KB dan KT
dan kami satu famili ikut
Maka jadilah ia satu percutian keluarga
KB dua malam
KT satu malam
Ok dah
habis tentang tajuk
Mari bercerita
Selalunya
aku kalau naik kereta
ada 4 stesen je yang dipilih
hitz, fly, mix dan traxx
Kalau Emak dengan Bapak ada sama
pilihan akan bertambah jadi lima
tambah IKIM lagi satu (ehem!)
Aku ikut jela rentak diorang kan
takkan nak melawan
hehe
Dulu aku belajar kat Kelantan
walaupun hampir 6 tahun aku kat sana
walaupun aku mampu bercakap dialeknya
dengan fasih sekali
walaupun aku hampir membawa pulang
bakal menantu untuk Emak dan Bapak
dari sana
ok yang last tu dongengan je
sambung
walaupun begitu
aku memang tak ngam dengan
radio Kelantan
walaupun kadang-kadang
dikir barat macam bes didengar
Tapi aku tetap
tak layan
Mana boleh
jatuh la maruah aku
sebagai rockers
Habis koman pun
kita kena layan lagu omputih
Masa tu
memang musim boy band
so aku dengan kawan aku dari Ulu Yam
dan seorang member dari Johor ni
membawa masuklah
kaset-kaset BsB, wEstLife, nsync
itu dia lah (hehe)
aku bawak masuk
kaset-kaset linkingpark, simpleplan, avriLavigne
Dan kami memang
tak ngam la
dengan geng-geng dikir barat nih
Kalau diorang dengan walkman tu
jangan harap la aku nak datang dekat
Aku lebih rela pergi makan
dari duduk dekat dengan mereka
Well, itu cerita dulu
E,eh
sekarang pun!
sekarang pun
aku masih tak boleh nak ngam
dengan kebanyakan lagu
yang mendayu-dayu
terutama yang berbahasa melayu
Kembali kita ke percutian tadi
perjalanan ke KB
tidak banyak masalah audio
yang timbul
Tapi masalah mula menampakkan batang hidungnya
semasa kami berkemas untuk
tanda-keluar (baca:check-out)
apabila Bapak membuat panggilan
ke kawannya di Kelantan
"Wan (bukan nama sebenar), frequency radio kelantan berapa eyh?"
ow-emm-ji!
(takkan aku nak cakap dabeliutieff kan?)
Apa Bapak buat ni
setahu aku
Bapak pun boleh tahan
berjiwa punk rock gak
Tapi takkan angin monsun cup
di Terengganu
menyebabkan Bapak
tiba-tiba buang tebiat macam ni
dekat Kelantan
Sebelum siap berkemas
aku pun cepat-cepat
memindahkan
lagu-lagu 'besi'
dari dalam laptop ke telefon mudahalihku
Persiapan beb
persiapan
Untung aku baru habis muat turun
album terbaru Metallica dua hari lepas
Semasa dalam kereta
bersiap untuk ke KT
aku tengok Bapak berusaha mendapatkan
frekuensi yang diingini
aku pula dah bersiap sedia
dengan earphone
siap dipasang
dan folder yang berpatutan
siap dibuka di henpon
Sambil-sambil aku tanya Bapak
"Cari stesen apa?"
"Stesen Kelantan.fm," ringkas jawapnya
sambil tangan masih menekan
"Ada ape?"
"Laa, nak dengar la ada jalan putus ke, air naik ke apa ke,"
Tiba-tiba aku macam
malu sorang-sorang kat belakang
Ye tak ye tengah musim tengkujuh sekarang
aku kata dalam hati
sambil sumbat earphone
dan tekan butang 'play'
notakaki: Memang ada beberapa jalan yang dinaiki air pun. Terima kasih Kelantan.fm~.
4 comments:
lain kali tanya dulu nape.. dengan bapak sendiri pun nak fikir camtu~ ahahahaha!
radio2 yang bersifat kenegerian bukannya selalu sangat pasang lagu. biasa borak dan borak dan info dan info dan borak dan borak sampai telinga ko bernanah~ haha~
by the way entry ni cam betol2 berkait dengan aku nye entry pasal ziana zain.. :D
da surut da pun bnjir KT-KB...... =p
szakif,
ow
kao tak dengar lagi radio kelantan
kadang2 depa pasang hidustan
ponin den
hehe
jepah,
heh
ini cerita beberapa minggu lepas la pah
Post a Comment