Sunday, December 21, 2008

Kuus Semangat!

Aku tengah boring boring
duduk duduk
baru bangun tidur

Tengok komputer riba
dalam-talian
layar dari satu blog ke satu blog

Tiada entri baru
tiada mood untuk membaca

Seorang diri

Sendiri

Aku capai telefon bimbit
tengok jam
hantar mesej

Tengok skrin komputer riba
dah hitam
blank
tengok wajah sendiri

Comel
baru bangun tidur pun comel

Aku gerakkan tetikus
skrin kembali berlampu
wajah comel hilang dari pandangan

Tekan Ctrl+T
taip youtube.com
tekan Enter

Search lagu
main

Capai rubik's
main

Pulas pusing pulas pusing

Tiba-tiba
aku dengar bunyi tapak kaki menaiki tangga
pantas aku menekan butang Spacebar
lagu dipause

Aku perhatikan bunyi tersebut
dah berhenti
tapi bunyi kunci dimasukkan ke dalam tombol pula kedengaran

Sah ada orang datang
pantas aku menekan ctrl+tab
gerakkan tetikus ke butang play
tekan

Sebaik lagu dimainkan
kedengaran orang membunyi salam
aku jawab dalam hati dan buat dono je
sambil sambung main rubik's

Tiba-tiba
muncul manusia tersebut
di pintu bilik aku
dengan beg pakaian di tangan
dan tegur
"Oy, bagi salam tak jawab!"

Aku tengok dia
buat-buat mengeliat
sambil senyum

Dan dia beredar ke biliknya
sambil bertanya dari kejauhan
"Siapa lagi yang dah sampai?"

Aku tak jawab
sebaliknya
menghembuskan nafas lega

Nasib baik sempat
aku tukar dari lagu ini
ke lagu ini

Phew~



notakaki: Tiada siapa lagi yang belikan aku Rubik's Revenge 4x4x4. Haih...

4 comments:

jennyto said...

haha.

sindrom cuak da balik hostel.

lalala~

Hasbi said...

wey..hahaha
nape aku gelak?

redSeptember said...

jakau dah takde blog lain nak baca, meh le baca blof REd :D

Matematis Muda said...

jenny,
wuuuhuu
cuak~
hehe

hasbi,
sebab?
aku pun tak tahu
wahahaha

redSeptember,
thanx
tapi aku tak baca blog orang
aku baca blog aku je
hehe