Wednesday, December 24, 2008

Perihal Pemblog

Pagi tadi aku bangun ada orang kejut. Bila aku tengok jam BARU pukul 6.15. Aku pun ambil henfon dan set alarm pukul 6.45. 6.50 rumet aku kejut. Aku pelik. Kenapa aku tak bangun ye?

Lepas solat aku lepak-lepak jap atas katil. Lepas tu rumet aku ajak gi makan. Aku pun siap-siap. Bila dah siap, rumet aku cakap tunggu orang lain siap pulak. Aku pun main ping pong kejap.

Bila semua orang dah siap, kitorang pun pergi makan. Kitorang naik kereta Wira. Pergi makan dekat apa entah nama tempat tu. Sampai-sampai tu aku yang mula-mula sekali beli. Aku beli nasi lemak lauk kerang dengan telur mata. Bungkus. Lepas tu sume nak tiru aku, tahpahape je diorang ni.

Kitorang ada 4 orang. Mula-mula kitorang ingat nak makan kat tepi pantai. Tapi lagi 2 orang tanak sebab baru lepas hujan. Lepas kitorang gaduh-gaduh kejap, kitorang pun berpisah. Duorang makan atas kerusi tepi pantai. Aku dengan sorang lagi makan kat atas pasir.

Lepas makan kitorang balik. Aku dah tak tahu nak buat apa jadi aku pun online.



Amacam?

Best tak tulis blog macam ni?

Hahaha

Orang sibuk bercakap tentang kebebasan hak individu
terutama bila perkara yang berkaitan
dengan dunia siber

Hak masing-masing
nak tulis tentang apa
bagaimana
dan apa-apa lah

Kata mereka
tak suka
tekan lah butang pangkah di bucu atas tetingkap ini

Aku tak setuju
sebab kalau tekan butang itu
habis lah tab lain
jadi aku tekan ctrl+F4
kisah apa?
suka hati aku lah nak tekan apa pun

Aku cuma nak berkongsi je
nak suruh orang yang tulis blog
dengan gaya seperti di atas ini
tahu apa perasaan orang yang membaca tulisan dia

Kalau kau tulis begitu
dan bila kau baca tulisan orang
yang lebih kurang cara penulisannya
kau rasa OK
jadi terus kan lah dengan cara itu

Tapi kalau kau tulis begitu
dan bila baca tulisan orang lain
yang lebih kurang sama je gaya nya
kau piss off
dan kata "tahpahape dia ni tulis, camdoh!"

Aku nasihatkan kau tengok cermin
lepas tu ambil ridsect
sembur kat cermin yang memantulkan wajah kau

Jangan berhenti
sampai ridsect tu habis
taw!

********************************************

Sebenarnya
aku bukan nak tulis sangat pun pagi ni
tapi aku mengantuk
dan tak mahu tidur
sebab kalau tidur
nanti terlepas kelas
hehe

Jadi aku cari lah idea nak tulis apa
dan aku terbaca satu blog
dia tulis lebih kurang macam aku tulis kat atas tula

Teramatlah bengangnya aku
dah lah aku tengah mengantuk (apa kena mengena?)
mandi nak cerita
makan apa nak cerita
makan kat mana nak bagitahu

Memanglah blog kau
suka hati kau
tapi aku tak suka pun suka hati aku lah kan?

Silap, aku tak tinggal komen
patut kena tinggal jejak
baru lah dia datang blog aku
baca dan rasa bagaimana aku rasa bila baca tulisan dia

Ah
blog aku tak kenal
baik takyah
buat semak je datang blog aku
nanti dia promo kat shoutbox sebelah ni
lari a readers CDR
semua terpikat dengan blog dia

Tapi yelah
macam aku cakap tadi
kalau kau rasa ok je
prosid lah
lagi pun
hak kau kan?
suka hati kau lah

Dah
aku nak mandi
pakai sabun shokubutsu perisa green tea
dekat bilik air yang depan bilik tidur aku ni
lepas tu aku nak siap
pilih baju kaler apa nak pakai pergi kelas nanti
oh ye
lepas ni kelas ekonomi
aku ingat nak pakai baju kaler kuning lah
pasangkan dengan seluar warna biru
baru lah matching

Haha

17 comments:

Akmal Azeman said...

ohohoh. emo ke ape ni??? hhahahahahah!

anyway. best ke pakai shokubutsu? aku pakai lux. pastu aku guna pencuci muka nivea pastu aku suka mkn kat kedai mamak.

HAHAHAHAHAHA

Dini said...

mule2 start bace post ni, i was like, "eh eh. ape nii? sejak bile MM jadi bosan macam ni?? aduhh.."

oh, rupenye anda sdg berlaku sarcastic. haha

;)

Huzai Mansor said...

oooo.. faham3..

Anonymous said...

kata orang, bukti ketajaman fikiran apabila kamu berjaya sampai maksud (fikiran + hati) dengan simple dan ringkas.

Tuan kata, teruskan cara cool ni.
Senang orang faham.

Unknown said...

bukan blog aku kan? ahahaha~

entri ni, emo.

terima kaseh :P

Master J said...

blog zaki kut...smua pun dia citer =p

mmg smua ada hak masing2..especially dlm tulisan blog masing2..cumanya kita smua ada mindset tersendiri apa isi yg ada dlm setiap blog..ada org ingat blog ni cr nk kongsi kehidupan dgn kwn2..ada yg guna blog utk kongsi ilmiah..ada yg guna blog utk promo2 business..masing2 ada mindset..kalo mindset kita strict sgt..2 yg org start kutuk2 blog org lain..

aku pun ngantuk nie..br 725am..xde kene mngene =p

Anne said...

hahaha..

kelakar ok. xD

LilyShuAida said...

best la tulisan awak nie. simple tp bermakna. saya org baru. sy xpandai sgt tlis. i mean gaya, cara n atau method hehe. ajarin gue :P

Matematis Muda said...

kema,
emo kah?
xde ah. Agaknya sebab aku ikhlas sangat kot sbb tu mcm emo hehe

ada.aku.kisah?

dini,
haha i take it as a compliment
hehe

huzai,
faham eyh?
cantek~

tuan,
o patutlah orang selalu suruh asah fikiran
supaya tajam
baru aku tahu kaitan dia
hehe

szakif,
heh
untuk kategori blog macam kao
nanti aku cite dlm entri laen
hehe

master j,
kot hehe

yupp
exactly
lebih kurang konsep
holier than thou

aainaa,
siapa buat lawak?
orang siryes ni
hehe

ciksue,
terima kaseh
tapi maaf
saya tak pandai nak mengajar
tapi satu benda saya boleh bagi tahu
tentang dunia internet
mereka tidak cakap
'segalanya di hujung jari' tanpa sebab

Unknown said...

alamak. kalo dah tulis, gtau eh :P

zarseries said...

mula2 aku baca entri ni..

* pehal MM ni???

pastu kat tengah2..

* ahh.. DONGENG!

bila dah baca sume2..

*ooo...macam tu ke..baru paham dan percaya.

haha...

Anonymous said...

eh..lapar doh,mcd nak?mudpie ngn dabelprosperotbuncit..ah sheet..

it's jenn. said...

oh huhu sukehati la die nak tulis ape...
tantah dgn menulis begitu, seseorang menjadi kurang psycho.

tantah die tulis dengan maksud bukan untuk anda membacanye.

manusia tu berbeda, tak semua jenius dan (perasan) kacak ok.

huhu.

Matematis Muda said...

szakif,
tengok a aku nak bitau ke tak

zar,
err sebelum kao baca kenapa ko tak cite?
hehe

jaed,
jangan risao
kalao kao selalu ikut aku
pergi tak mana (going nowhere)
perut kao selamat
hehe

jenny,
yay!
aku memang suka komen jenny
hehe
adalah sangat betul
sebab tu saya cakap
kalau dia rasa ok
prosid je lah
kan kan kan?
hehe

Anonymous said...

hi jenny,nama sy jaed. Ehem.

tusky said...

aku setuju dengn J
isi, hala tuju, tema,
semua milik tuan punya
lagipun,
xdenye org kene masuk ISA
kalu bgtau makan kat zuzana
hahahaha..
asalkan x sesat,x kacau pegangan,
teruskan je r..
blog itu wadah bicara
bicara tentang apa?
lantak ko r tentang apa..
lantak ko r nk tulis macam mana
bagi aku,
asalkan jgn membatu api,
jgn melaga-laga..

Matematis Muda said...

nanti aku ulas lebih lanjut
tentang point aku sebenarnya
hehe

futsal beb!