Lagi cerita di pagi raya
Azan zohor baru sahaja berkumandang
kerja-kerja memproses lembu korban
masih belum siap
dalam 5peratus lagi nak siap
ada beberapa daging yang masih belum siap
dibungkus
untuk diagihkan
Tulang pun
Aku mengambil keputusan untuk berhenti dan pulang
lantas aku ke paip air
berdekatan pintu pagar surau
dan membasuh mana-mana yang perlu
Sedang membasuh
tiba-tiba
mata biruku terlihat
kelibat satu lembaga
berbaju kurung putih
dengan sedikit corak berwara biru
berpayung belang-belang biru putih juga
Anggun
ayu
tangan kanan memegang payung
tangan kiri memegang sehelai kertas
empat segi bewarna hijau
Aku pantas mengenal pasti
kertas yang dipegang itu
adalah kupon
Di surau rumahku
mereka menggunakan sistem kupon
untuk pengagihan daging
Kebanyakan tempat pun lebih kurang begitu
cuma di masjid kawasanku
tidak begitu
mereka mengamalkan konsep
siapa nak
ambil
Sambung cerita gadis ayu tadi
Tanganku masih menggosok
kakiku yang berlumpur
tapi mata sesekali
menjeling ke arah gadis ayu tadi
Gadis tersebut menghampiri
pintu pagar
sekali gus
menghampiri aku
Langkahnya teragak-agak
matanya meliar
melihat ke bungkusan daging
dalam plastik merah
di kawasan pemprosesan
Apabila mata kami bertembung
waktu seakan terhenti
bumi berhenti berputar
burung berhenti terbang
ikan berhenti berenang
telefon berhenti berdering
ah, miskol!
Dia senyum
aku senyum sambil angkat kening
"Ya?" aku tanya sepatah
Dia mampir ke arahku
tangan kirinya menunjukkan kupon
dan bertanya
"Nak ambik daging macam mana eyh pakcik?"
Tus!
tali gitar putus
bumi bergerak di bukit antara bangsa
burung jatuh menjunam
telefon vibrate
Pakcik?
Aku sambung basuh tangan
yang dah bersih
tutup paip
pusing balik kat dia
dan cakap
"O daging tak siap lagi. Lambat lagi tu. Mau dekat Asar karang baru siap,"
"O yeke? Tu?" dia tunjuk merujuk kepada bungkusan atas meja
"Er yang tu memang dah siap. Tapi ada banyak lagi yang belum. Diorang takboleh distribute lagi sekarang, sebab nak rekod semua sekali dulu," aku 'goreng'
"Ow.. Mmm.. Takpelah. Terima kasih ye bang," dia kata
sambil kupon di tangan dihayun
dan berpusing melangkah untuk beredar
"Err dik," aku panggil sambil lap tangan ke seluar jin
[fast forward]
Aku memerhatikan
gadis ayu tadi
melangkah keluar pintu pagar surau
dengan menjinjing plastik merah
berisi daging korban
Aku tersenyum sendiri
sambil meletakkan kupon hijau
ke dalam kotak yang disediakan
19 comments:
pakcik?
alahai...kamu dah nmpk tua ke?
haha.
hampas kelapa kamu
pilih bulu ayam katik tepi jalan
MM memang agak tua
mungkin kerna beliau
matematis muda
tp 'sempat' lagi tu (chiest..)
sambil selam minum air kolam
hehehehe
abang.. jom mcd, prosperity burger, amacam?
hahaha
dah panggil abang baru nak bg daging. hahaha,,
gatal
pakcik! haha
cenggini rupenye dunie skang ek?
izzah,
tak
gadis tu rabun
rasanya
as,
kampit?
tusky,
hello~
aku baru 18++
okkay!
jaed,
make it double
hehe
opie,
apa gelak-gelak?
dayana,
dah tu?
hehe
anoy,
garu
dini,
oy!
tak bagi daging baru tau
huhu
nene matahari,
cenggane?
hi pakcik..
cenggitu
ahaha
owhh..aku pon kengkdg mcm tu..suke panggil lelaki muda yang sepatot aku panggil abang tapi aku panggil pakcik gak. biasenyer abang2 tu semua akn terbeliak mate diorg..hahah! hmmm..biasanye prempuan2 mcmni diorg tak biasa panggil 'abang' atau pon malu nk panggil 'abang'. 'bro' lah jgk yang senang. kan? tak gitu? haha
i tak pernah panggil lelaki abang.
MM mengada.
jentik diaa..
lama xmngomen cini..hehe..last time aku komen matematis muda yg tuan blog ni..skrg pakcik matematis plak =p
tezuka,
oy!
diam kao
pegi belikan aku
sudokube
huhu
nene matahari,
hahaha
kema,
malu ye
hehe
mulai bukak sem ni
ko kena panggil aku abang
hahahahahaha
aainaa,
oyt
tak maen a jentik2
sakit oo
huhu
master j,
ekskius meh
aku baru 18++ okkay~
amboi..mata biru segala..ko pakai contact lens ke p melapah daging tu?
aku klu jmpe lelaki yg aku tak kenal yg nmpk muda sikit dpd pakcik, aku pgil cik je. segan r nak pgil abg. haha
tp org yg kacak mcm aku ni
mmg ssuai la panggil abang
kan?
Post a Comment