Friday, December 19, 2008

Blog Ini Asyik Bergelak Ketawa Sahaja

jadi hari ini
aku mahu ajak kalian
mengingati mati

Amaran: Entri ini sangat panjang! Sila baca dikala benar-benar lapang.

Antara kenduri kahwin dengan kebumi jenazah
mana satu kalian akan utamakan untuk pergi?

Aku terfikir tentang perkara ini, semasa dalam perjalanan ke pengkebumian sepupu Bapak minggu lepas. Di Melaka. Sambil menikmati Cucur Udang Alor Gajah sebagai minum petang sementara menunggu jenazah sampai dari HKL, aku termenung sendirian. Mengenangkan diri ini.

Kalian semestinya arif daripada cerita-ceritaku pada kalian tentang aku berjalan ke Pekan ke JB ke Kelantan dan banyak lagi menghadiri perkahwinan sahabat. Aku seakan memestikan diriku untuk berada di kala waktu paling bahagia sahabatku. Bukan cuma kerana mengharapkan balasan, yang mereka jua mesti berada di waktu pernikahanku. Bukan sekadar itu.

Aku cuma mahu menunjukkan betapa aku ambil kisah (baca: care) tentang mereka, betapa aku sayang mereka, sebagai kawan semestinya, sebab aku sangat tidak reti menjadi kawan yang baik. Maksud aku dari segi komunikasi lisan. Jadi fungsi aku sebagai kawan, ialah meramaikan dan memeriahkan.

Ketidak pandaian aku berkomunikasi juga menyumbang kepada tidak perlunya aku di kala sahabat dalam kesedihan. Jarang ada orang yang datang luahkan cerita sedih kepadaku. Kalau ada pun, yang benar-benar rapat, atau lagi dua golongan ini; yang tahu aku sentiasa ceria dan datang berborak dengan aku sehingga bergelak ketawa kemudian baru beritahu aku tentang kesedihannya yang kemudian akan diabaikan dan terus bergelak ketawa, atau yang datang kepadaku atas kapasiti aku sebagai ketua mereka. Dulu punya cerita lah.

Walau aku tidak pandai respon terhadap kesedihan mereka, aku sangat gembira andai ada yang berkongsi kan ia dengan aku. Tapi perasaan itu akan bertukar kepada kekesalan di pihak aku kerana kegagalan aku untuk berkongsi kesedihan tersebut.

Sahabat sejati ialah sahabat yang ada semasa senang, berkongsi gelak ketawa dan juga sahabat yang ada semasa susah, berkongsi air mata. Erm aku tak setuju yang last tu. Kongsi air mata buat apa, kita patut seka air mata tersebut. Jangan biar ia mengalir lagi!

Bukan setakat berkongsi makan di Mc'D sewaktu PTPTN baru masuk sahaja. Tapi tolong belikan sekali time sakit. Siap tolong suap. That's what we call FRIENDS.

Di samping sebab utama itu, aku juga mengharapkan balasan. Aku tak mahu sahabat-sahabatku tiada di sisi semasa hari bahgiaku. Walaupun aku tahu, di hari tersebut aku pastinya di puncak perasaan cinta terhadap pasanganku. Tapi, semestinya kehadiran teman-teman menambahkan lagi kegembiraanku.

Aku sedar akan hakikat itu. Tapi tak pernah sekali pun terlintas dalam fikiranku, andai sahabatku ada yang pergi dahulu sebelum aku. Adakah aku akan berusaha merantau sejauh aku merantau ke majlis perkahwinan sahabatku? Adakah aku akan gigihkan diri meluangkan masa dan tambang minyak untuk berbakti buat kali terakhirnya.

Apabila difikirkan kembali, semestinya aku mahu lebih ramai sahabatku yang datang dan solatkan jenazahku. Walaupun aku tahu, di hari tersebut aku pastinya di puncak perasaan takut menghadapi 'pasangan'ku di alam barzakh. Tapi, semestinya kehadiran teman-teman yang solat dan mendo'a kan daku akan mengurangkan beban dosaku, dengan izin-NYA.

Jadi, akan kugagahkan segala kudratku untuk menghadiri pengkebumian teman-temanku. Sesuatu yang sangat perit untuk dibayangkan tika ini. Tapi, kita semua tahu, ia bukan palsu.

Itulah sepatutnya yang kita alami dan rasai. Pemergian mereka adalah merupakan peringatan kepada kita. Aku lebih suka samakan ia sebagai motivasi, sebagaimana Ramadhan diumpamakan sebagai bulan motivasi dalam entri ini.

Apabila difikirkan atau direnung di kala santai begini, ia kurang mendalam. Tidak seperti ketika kita menziarahi jenazah. Saat melihat wajah kaku jenazah, mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti kita pasti membisu juga. Mengingatkan kita kepada benarnya kematian.

Melihat jenazah diusung ke liang lahad, mengingatkan kita kepada benarnya asal usul kita dijadikan daripada tanah, dan ke tanah juga kita dipulangkan. Melihat jenazah dikambus dengan tanah, mengingatkan kita betapa benarnya bahawa kita akhirnya akan keseorangan di bawah sana. Betapa tiada siapa yang akan menemani kita membantu menjawap soalan-soalan cepumas dari Malaikat Munkar dan Nakir.

“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Dan kala itu aku berfikir, apakah blog akan membantu aku dikala sesi soal jawab bersama Malaikat Munkar dan Nakir? Kala itu, kematian bukan lagi satu dongengan, tapi ia satu realiti. CDR?

Mungkin kita patut renungkan entri ini.

13 comments:

alifzaimimra said...

MM, kalau aku ajak gi dewan/umah aku, ko gi ek. n kalau ada orang ajak gi hospital/surau/masjid/umah aku, ko pi jgk ek.

Anonymous said...

1. Jadi fungsi aku sebagai kawan, ialah meramaikan dan memeriahkan.

kalau kau berfungsi untuk tidak ada lansung di tempat kejadian adalah lebih baik. hehe..

2. Bukan setakat berkongsi makan di Mc'D sewaktu PTPTN baru masuk sahaja. Tapi tolong belikan sekali time sakit. Siap tolong suap. That's what we call FRIENDS.

kau maksudkan aku kan? thanks.. terharu..

3. Walaupun aku tahu, di hari tersebut aku pastinya di puncak perasaan cinta terhadap pasanganku

sebab nnt cinta tu menurun sebab dapat anak yang macam kau juga..
ramai plak tu.. mesti stres..


panjang la plak komen aku..

p.s - ko xnak bgn ke ni? aku lapar..

tusky said...

agak terduduk seketika
sebab tadi aku berdiri,
so lenguh r nk baca panjang2
tanpa duduk..
hehehe..

semua ade reward, ade bounty..
bknnye need 4 speed je ade bounty
so, usah difikirkan sgt habuan kebajikan
terus bakti, terus menabur budi
kalu kitrg x terbalas, tunggu je
bounties ilahi
Amin..

p.s- ahad ni tlg amik aku kat terminal
hahahaha

Kuey san said...

Antara kenduri kahwin dengan kebumi jenazah
mana satu kalian akan utamakan untuk pergi?


kenduri kawen. sebab, yang pergi tetap pergi. yang hendak membina masjid lebih didahulukan. itu mengikut usrah yang beta dengar laa :)


doa yang ikhlas, jauh mane pun akan didengari oleh-NYA. x gitu Uncle MM?

MM, kamu ini budak baik eh?


McD??
Fuhh..
jom prosperity!!! xD

Anonymous said...

fuyoo.. biso entry nih. umo 25 dih? lmbt ag tuh.. lamo keno kenduri so ag kito xhau dop? haha semoga dapat mengecapi kenduri kahwin sblm kenduri jenazah. apakah? haha

shaqyl said...

sedih plak.

kalau kene pilih antara dua, sy tanak pilih. usaha pegi dua dua...

=================================

penah skali kawan kat sekolah kembali ke rahmatullah mase nak naik form 3. ktrang da plan nak duduk semeja bile start sekolah.

mase cuti sekolah sy g tuition. die tak join sbb kene hospitalized. die a skin cancer. ade pagi satu hari tu, sy rase tak selesa sgt, macam ade yg tak kene. tgh hari tu ade class. mase dalam class, cikgu masuk bgtau yg kawan sy tu da meninggal. ktrang pun di-excuse tuk pegi rumah die

rindu kat die~

Dammit said...

serious gila mood entri ko ni. macam2 benda aku terpikir masa baca. dan kebetulan, KJ kat tempat aku tadi psl kematian. kalau aku, aku harapkan kawan2 aku datang dua2.
Masalahnye, aku blm pernah ade pengalaman kawan meninggal atau kahwin. jadi tak pnah terpikir plak.

Lepas aku baca entri ni, aku rasa blog boleh membantu kat 'sana' nanti. heh

zarseries said...

siriyes giler..

tapi aku suka penutup entri ni..

CDR?

Matematis Muda said...

alif,
tgk keadaan la alif..
setiap perkara kan ada kadar prioriti nya
kalau lapang, mungkin ya
kalau malas, mungkin tidak

jaed,
1. Ok aku cuba
2. Well, kau tak perlu kan aku untuk tahu yang jawapannya tidak :)
3. Memang stress! Sebab semua jenius. Silap2 ngalahkan jenius bapak dia, mau tak stress.
p/s: Aku dah bangun kao pulak tidur!

tusky,
yuppp
that's the most crucial part
we r supposed to do things with sincerity

kuey-san,
Entah lah, rasanya takde betul salah. Sebab kalau orang yang meninggal itu lagi rapat dgn kita. Aku pasti mahu berbakti padanya buat kali terakhir.
Tapi andai punyai kekangan waktu, memadai dengan do'a dan solat ghaib sahaja lah.
MM bukan budak baik
percayalah
HE'S A JERK!!
unbelievable?believe it!

mc'ja,
aii kkecek mace nge mu nk naek dlu jah
ahax

shaq,
pilihan adalah sebahagian dari kehidupan

dammit,
tengok a pukul berapa post tuh
ambik masa tu nak get in the mood hehe
insyALLAH boleh membantu kalau kena caranya
btw, thanx for the link

zar,
yela
lepas ni aku tak siriyes da
hehe

tusky said...

kesimpulannye, leh amik aku
r kat terminal t
hahahahahha..
gurau john..

Anne said...

terima kasih mengingatkan. :)

Matematis Muda said...

tusky,
ko ckp macam aku ada kenderaan je nak ameq kao
hehe

aainaa,
sama2

tusky said...

alamak aku lupe..
eh, tidak2..
aku buat2 lupa..
hahaha