Entri ini
bukan mengenai
cara-cara berhenti merokok
atau keburukan merokok
atau sewaktu dengannya
erm
tajuk yang sesuai pun aku tak tau
tak mengapa lah
tulis sahaja
Perihal rokok
Mengisi Masa Lapang
Ini aku sangat terasa. Mungkin sebab aku jenis yang selalu bersendirian. Dan ia lebih obvius sewaktu aku bermusafir dengan bas ekspres. Aku dahulu bersekolah di Kelantan. Sekarang, universiti di Pahang. Rumah di KL. Jadi aku selalu naik bas ekspres. Waktu berhenti rehat, aku suka turun. Ambil udara segar. Kalau dahulu, sewaktu masih merokok, masa aku terisi dengan bermanfaat. Turun ambil udara segar sambil hisap rokok. Kool kan. Takdelah aku melanguk tak buat pape. Sebab itu sekarang, bila dah berhenti merokok. Kalau berhenti rehat, aku tak tahu nak buat apa. Itulah penyebabnya aku ada 'rokok ini'. Pun kool haha!
Mengisi Waktu Sunyi
Aku jenis yang tak reti berbual dengan orang, melainkan yang dah rapat. Itu pun kadang-kadang senyap je manjang. Sebab tu aku jarang keluar berdua. Dengan laki ke perempuan ke, sama je. Kalau ada rokok kita takyah borak pun takpe. Kalau blur, ambil rokok, nyalakan, sedut, tarik dalam-dalam...hembusss. Kool!
Perokok Itu Bergaya
Ini siriyes, benar. Well, it's an opinion. Pendapat. Masing-masing punya pendapat masing-masing. Pandangan aku, merokok itu bergaya. Sebab itu, aku merokok dulu. Dan sebab itu juga, sampai sekarang aku selalu buat gaya merokok dengan benda lain. Contoh; pen, pencungkil gigi dan benda-benda lain lagi. Ia lebih bergaya bila dilakukan semasa memandu. Dengan syarat pemanduan mesti perlahan dan bergaya emo. Kool!
Boleh Melonggarkan Ketegangan
mana-mana 'maksud' korang suka. Tapi yang aku maksudkan 'release tension'. Banyak kali situasi yang menyebabkan aku ingin merokok semula ialah faktor tekanan. Paling terasa sewaktu semester pertama pengajian Asasi Sains Fizikal. Belajar sendiri sabjek Kimia 1. Memang tertekan gila babi. Aku rasa time tengah tegang otak (bukan tegang lain ye), dapat nyala rokok sebatang, layan kejap..memang pegi!
Merokok Tidak Sihat
Ada siapa-siapa nak bangkang?
Perokok Tidak Bersih
Aku berani jamin, tiada satu perokok pun yang tak pernah buang puntung rokok merata. Senario ini biasa kelihatan di jalan raya. Puntung rokok dibuang sesuka hati dari tingkap kereta, keluar. Itu tidak kool! Habis baik pun, kalau perokok tu tak pernah buang merata puntung mereka, pasti abunya direjis merata. Kan? Mana wujud orang yang bawa portable ashtray ke mana sahaja. Err, wujud ke portable ashtray?
Perokok Bodoh
Ini sengaja dinyatakan. Sebab aku dah takde idea hehe. Lagi pun, siapa yang tak tahu merokok itu membahayakan kesihatan, buang duit dan sebagainya. Semua tahu, termasuk perokok. Tapi mereka tetap merokok, kan?
Ini ada satu scene paling aku Tidak Bleh Blah;
Malam. Balik dari mamak lepas tengok bola. Semasa menapak menuju ke keretaku, aku selisih dengan sebuah kereta. Di tempat duduk penumpangnya, ada perempuan, pangku bayi, tangan lagi satu kepit rokok, mulut hembus asap.
Apa cer?!
15 comments:
yang last sekali mmg TIDAK KOOL la... ish3...
lelaki skrg rmai nk berhenti, prmpn lak rmai yg mula hisap. hmm..manusia mmg tak pernah puas..
aku pernah terfikir nak merokok pasal nak nampak jantan-gila-babi. boleh?
perokok x tau membaca... bleh x?
sbb kat kotak rokok tu da jelas tulis
AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
most of org yang merokok,
merokok guna tangan kanan.
setuju?
sebab memandu sambil merokok.
salam org,
makan,
tangan kanan juga...
hehehehe...
oh aku jame kecik ajin isap okok daun skali sbb aku raso merokok meme bergaya. hahaha aii mujo xlekak pah loni. bahayo sumguh.
alif,
adalah benar!
err tak pasan lak psl fact tuh
szakif,
heh
kalau dulu bole a kot
sbb skrg pompuan pun dah ramai giler isap rokok
takut nampak feminin lak
ahax
jepah,
err tak kot
diorang boleh je baca
cuma macam aku dah cakap
bodoh
in the sense of
they still do it..
boleh?
ingat ye bukan tak reti membaca!
Tipikalist,
dah betul dah sikit
cuma reason dalam kes kereta ialah
cermin tingkap driver kan blah kanan
so apa kes kalau isap tgn kiri
tak ke menyusah kan diri
hehe
mc'ja,
haha
ajen gok mu deh
kalu lekak aku ghaso tok jd klasmet aku doh mu
hehe
tu la ayat yg aku cube fikirkan... keh9x
aku paling setuju dengan jepah!
Apa pun merokok TAK KOOL...
Tak merokok lagi best.
Takde bau kurang best.
Takde gigi kuning.
Takde bibir lebam.
Cantik je bibir kaler pink.
Huhu~
perokok itu bukan bodoh...
tp...
tp..
kurang pndai...
mungkin duit diorg byk sgt kot...
smpai xtau kat mane nk buang...
ak xleh ckp perokok nie bodo...
sbb dl ko penah ckp kat ak...
"ko tezuka mane pnh berasap beb, ak MM dh pnh rs sume tue & berenti beb...so ak bleh ckp mereka itu bodo"
tu sbb ak kata mereka kurang pndai...
mgkin kalo perokok berenti merokok...
mereka boleh jd jenius cm MM...
MUNGKIN..!!!
wow. tezuka penuh emosi.
bkn penuh emosi ok..
ak masih waras...
eh waras ngn emosi bleh dicompare ke..?
ah...lntk la...
perokok itu bijak ape
dengan merokok they only consume 30% of the smoke, the other 70% consumed by orang2 di sekitar. So baik depa merokok kan? Kurang sket harm pada diri sendri..hua3
sebab mereka bijak, jadi mereka merokok :D haha
jepah,
tahniah
szakif,
tidak dibenarkan meniru idea orang
harap maklum
hehe
knowlee,
merokok kool
merokok best
bau asyeek~
gigi jantan
bibir seksi
oh itu kalau pompuan a
hehe
tezuka,
mungkin
hehe
as,
emm bijaknyer~
Post a Comment