Tuesday, November 25, 2008

Kalau Benda Betul Tu, Kau Senyap Jela. Senyum..

Dua hari sebelum pulang ke Melaka
aku pergi menginap di kampus utama universiti
yang ada cawangan di setiap negeri di Malaysia

Jumpa kawan sekolah
ada la 5 6 orang yang sedang mendapatkan ijazah
di sana

Jadi naiklah segala pengangkutan yang ada
dari rumah naik bas
kemudian naik transit aliran ringan
bertukar ke KTM Komuter
berhenti di stesen sebelum Shah Alam
turun
buat panggilan
mereka jemput dengan kereta

Malam itu kami main futsal
berjumpalah kami
ala-ala reunion
ada yang dah 4 tahun tak jumpa
ada yang last jumpa selepas ambil result SPM

Lepas main futsal
lepak luh
minum minum
borak borak

Tiba-tiba kawan aku keluar kotak rokok
aku terkejut
tapi buat-buat kool je

Yelah
dah 3 4 tahun tak jumpa
banyak la benda baru

Kawan aku tu hulurkan kat kawan aku yang duduk sebelah dia
terkejut kuasa dua aku

"Korang semua hisap rokok ke sekarang?" aku tanya

"A'ah. Duorang ni je tak," jawap yang di depan aku
sambil tunjuk kat dua orang kat sebelah kanan aku

"Siyot, aku ingat semua dah berhenti lepas aku berhenti dulu,"

"Memang berhenti, pastu start balik," gelak ketawa bersahutan

"Aku ingat agi, dulu aku sorang je yang hisap rokok time form one,"
aku membuka lembaran kisah silam

"Form 2 baru dapat geng. Berhenti time form 4, an? Kite stop time form 4 a kan?"
aku minta kepastian kat kawan depan aku
dia balas dengan anggukan

Kemudian kawan yang dulu tak hisap rokok
di sekolah cakap kepada ku

"Tula pasal. Kitorang ni ikut peraturan. Tak hisap rokok zaman sekolah. Kan umur 18 baru boleh beli rokok. Baru lah betul start hisap umur 18. Kau tu yang salah."
mereka beramai-ramai ketawa kan aku

Hmm
betul juga
dia ada titik di situ
(he has a point there)



notakaki: Semua perbualan telah dialih bahasakan daripada dialek kelantan ke dialek standard demi kemaslahatan umat sejagat.

10 comments:

Szakif said...

sebenarnye, apa yang kawan2 ko kata yang last tu, ialah STBB yang benar!

alif zai mim ra said...

ok..aku igtkan entri ni psl k****t lagi. sbb ko kan suke wat psl tu. bile bace, br tau. hehe..don't judge the entry by its headline. haha

Matematis Muda said...

szakif,
o eyh?
aku tak tau pun apa itu stbb
hehe

alif,
ada je citer pasal tooot
hehe
tp lek lek a
tunggu msim dia a
hehe

Tuan Caracol said...

demo kecek kelate bunyi siem tok?

Tuan asyik kene gelak jer bila cakap Kelalte

Matematis Muda said...

lek a
baru berapa minggu
belum seratus minggu lagi
hehe

As said...

owh MM if kecek kelate...tak sangka sungguh die ni orang melakau :D

Matematis Muda said...

well~
see the leg laa
hehe

Szakif said...

ok ko kena study lebih lagi pasal STBB ye dik~

Matematis Muda said...

ha ra pan
haha

alif zai mim ra said...

wei.. toot pn ade musim ek? haha..tak sabau aku.

As, tu la, pes taim dengar MM tu org melakau, hawa pun tak caye. don't judge a person by his language. haha