"Kau beli tiket untuk aku sekali,
aku nak cucuk duit jap,"
aku pesan kepada Mr. Jagat
"Ok,"
ringkas dia bersetuju
Kaki ku pacu ke arah mesin ATM berdekatan
ada 4
kesemua lain syarikat
CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam, Maybank
mengikut urutan
Kesemuanya aku ada akaun
tapi yang tinggal ada duitnya
dalam Bank Islam
maka aku menyertai barisan
orang yang menunggu giliran
Aku perhatikan barisan sebelah (Maybank)
4 orang lelaki
segak berbaju kemeja sedang beratur
Sebelah kiriku (Bank Rakyat)
kosong
Barisan yang hujung pula
aku tak ingat
tapi ramai juga lah
Aku tengok depan aku pula
ada 4 orang perempuan
dua yang di depan
berjubah dan bertudung labuh
"Uu, ustazah ni,"
Belakang mereka
berbaju kurung bertudung bawal labuh
"Kompom budak U,"
Depan aku
gadis berbaju T lengan panjang
seluar jin
kasut converse
tudung hitam
Aku pusing belakang
gadis berkategori sama dengan di depan aku
"Muslimah kontemporari?"
Analisa
analisa
analisa
fuyyyo
aku sorang je laki dalam barisan ini!
Tadahal la
Lama beratur
aku panjangkan leher
gadis paling depan seakan menghadapi masalah
"Pulak," aku kata dalam hati
aku tengok belakang
Opocot!!
Aku ingat aku paling unik
dalam barisan ini
rupanya
ada sorang lagi baru datang
Dia lagi unik!
Pakai seluar pendek
baju T ketat
rambut kaler merah jambu
ada jalur-jalur putih sikit
Memang kalah a aku!
notakaki: Aku memang judge orang. Nak buat macam mana, benda tu datang dengan pakej.
notatapakkaki: Lupa nak nyatakan, aku tetap yang janggal kalau dalam kategori gender. Hurra.
4 comments:
Urghhh...
Rambut merah jambu, pastu kulit mesti sawo matang kan?
Like ****!
Kalo kulit cerah pun, like ****!
huyoo...rambut kaler pink..
lum pnah jumpa
bukan ke gender kamu spesis terancam :D
ske lpk kt cm..duk kt sidewalk dtmbh dgn alunan muzik jlnn..mata mlilau judge dan judge org..haha feveret!
ok skrg mr jagat famous dalam post ko. haha. siot, ade orang lagi special eh kat blakang tu? haha
Post a Comment