Friday, September 25, 2009

Siriyesli

Macam mana nak apdet blog di musim-musim raya ni. Tak sempat kot. Kalau tak keluar beraya, orang datang rumah beraya.

Ish.



notakaki: Sedutan entri akan datang;














Kepala hotak dia, ingat drama ke ada sedutan-sedutan episod akan datang. Haha. Tajuk ada la. Pengalaman Hari Raya MM Tahun Ini.

Amacam? Ada gaya tajuk filem box ofis tak tajuk entri akan datang aku. Haha

Wednesday, September 23, 2009

Berlalu Sudah Ramadhan Dan Eidulfitri

Aku tak sempat nak kira berapa kali aku ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin sejak 4 hari lepas. Tapi aku stilll nak tulis ucap lagi walaupun dah 3 hari Eidilfitri berlalu pergi.

Selamat Eidilfitri buat semua pembaca CDR. Maaf zahir batin banyak-banyak atas segala tulisan-tulisan dan dongengan-dongengan di sini. Tak boleh nak buat macam mana, dah tajuk pun dongengan realiti. Kan?



Entah kenapa aku rasa raya tahun ini sangat hambar. Persekitaran aku sahaja atau korang pun sama? Kenapa ye?

Friday, September 18, 2009

Duit Raya

Aku tengah rush ni tak sempat nak tulis elok-elok.

Semalam boss Bapak belanja buka puasa kat restoran arab. Sedap.



Teka apa kawan Bapak tanya kat aku.













"Form berapa ni?"


Awww, ada can dapat duit raya lagi aku tahun ni. Haha.



notakaki: Aku kat kampung dah sekarang. Ini entri yang telah dijadualkan. Selamat eidulfitri. Maaf zahir batin dari krew CDR. Kampung aku takde internet, Rabu depan baru ada entri baru. Itupun kalau aku rajin haha chiao.

Tuesday, September 15, 2009

Gol

atau matlamat.

Sebelum borak panjang, korang layan dulu anime ni. Bleach, boleh dikatakan anime paling aku minat setakat aku hidup ni.



Beri perhatian kepada dialog minit [1:40].

Dah tengok? Tak paham? Takpe, itu adalah bahagian terakhir episod 235, bahagian 3. Nak tengok lebih lanjut samada muat turun seluruh episod atau tengok je kat yutiub bahagian satu dan dua.

Selamat menonton. Tak paham jugak, tak dapek den nak nolong eh.

+++++

Ramadhan dah nak habis. Syawal bakal menjelma. Setakat yang aku perasan, melayu bukan kisah sangat pun Ramadhan dah lepas berapa hari. Yang diorang kisahkan, lagi berapa hari nak Syawal.

Masalah kita.

Bila penghujung Ramadhan makin memuncak, ada tiga tempat yang makin sesak. Masjid, lebuhraya, pusat membeli-belah.

Semalam, aku habiskan waktu sesudah Solat Fajar dengan menonton anime yang aku paparkan kat atas. Bukan apa, nak mengelakkan tidur lepas Subh. Hehe.

Jadi, aku tonton seorang diri. Tonton punya tonton punya tonton, bila sampai ke minit 1:40 tu aku jadi tersentak. Aku jadi terfikir sendiri.

Ramadhan dah nak habis ni. Dah dekat sebulan aku puasa. Kawan-kawan kat hostel pun puasa. Jiran sebelah rumah pun puasa. Anak makcik jual nasi kerabu pun puasa. Semua orang puasa. Pembaca CDR pun puasa. Ke tak? Kalau tak puasa jangan makan sambil baca CDR. Huhu.

Semua orang puasa. Tapi sebenarnya, kenapa kita semua puasa? Allah suruh? Allah suruh saja-saja saja atau ada gol dan matlamat yang perlu dicapai? Dah nak habis Ramadhan dah ni. Dah dekat sebulan puasa tapi tak tau matlamat.

Masing-masing ada matlamat masing-masing. Ada yang nak kurus. Ada yang nak sef duit, buka dan sahur sponsored dekat masjid. Ada yang cakap supaya kita merasa keperihan orang miskin faqir papa kedana. Ada yang cakap untuk kesihatan, rehatkan sistem penghadaman.

Macam-macam.

Tapi hakikatnya, Tuhan tak bitau ke apa matlamat kita puasa? Mari buka al-Quran surah al-Baqarah ayat 183, ayat paling femes di bulan ini.
"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [2:183]
Jadi sebenarnya objektif, gol, matlamat berpuasa itu jelas. Tak perlu dikaji, tak perlu dimesyuaratkan, tak perlu dibahaskan, sudah dinyatakan dalam al-Quran iaitu supaya kita bertaqwa.

Ish, dah macam ustaz kat ikim.fm pulak aku rasa haha.

Balik kepada cerita anime semalam.

Jadi, lepas habis menonton tu, aku termenung kejap. Terkedu. Terpana. Aku rasa setakat aku puasa ni, selain dari tidur pagi bangun tengahari main bola petang terawikh malam, aku tak rasa aku rasa apa-apa. Bila fikir betul-betul, aku rasa kosong je.

Ada perasaan sikit pun setakat macam nampak ada sale dekat pusat beli-belah. Rasa kena beli banyak-banyak takut rugi. Tu je. Betul la tu, bulan Ramadhan ni pahala berlipat kali ganda. Kena la rebut peluang nak tambah pahala. Dosa dah tiap masa topup. Ni time ada sale, pahala bersepah-sepah ni memang patut la kita berebut. Kan?

Tapi, aku masih rasa rugi. Macam tak complete je quest di bulan Ramadhan ni. Macam main game banyak dapat markah bonus, tapi bila lawan dengan boss, tak lepas.

Aku rasa sebab tak set kan betul-betul matlamat bila start Ramadhan hari tu. Ayat tu kemain banyak lagi dengar. Siap baca dalam terawikh lagi. Tapi penghayatan tadak. Illek. Nil. Kosong. Baca quran berpuluh muka sehari pun sekadar baca je.

Haih, iman~ iman. Macam mana nak raya ni?

Takpe, mari kita complete kan quest Ramadhan ni. Kalau tak dapat capai matlamat seratus peratus pun, sipi-sipi pun jadilah. Yang paling utama, usaha.

Dah jom gi kutip pahala. Aku tengok banyak sangat bersepah ni. Maha Pengasih sungguh Tuhan kita ni. Alhamdulillah~.



notahati: Bacaan lanjut, boleh klik sini. Ada makna taqwa yang digambarkan oleh Umar al-Khattab. Matlamat kita. The goal!

Sunday, September 13, 2009

Hantu

Mari aku beritahu kamu satu-satunya jenis hantu yang biasanya makin banyak kemunculannya di penghujung Ramadhan.

Atau makin dekat dengan raya.



Oh bukan. Bukan hantu raya.

Tapi hantu biskut raya, atau kuih raya. Hantu ni selalu perabih kuih atau biskut raya yang ada di rumah. Taki kiralah bikut itu dibeli atau dibuat sendiri. Tak sempat nak raya lagi dah habis satu balang.

Hantu betul!

Saturday, September 12, 2009

Berita YUI di CDR



Ni trailer filem Jepun yang diadaptasi dari siri kartun Kaiji lantas diberi tajuk, Kaiji the movie.

Tak. Bukan. Aku bukan nak buat riviu pasal cerita Jepun ni. Aku nak bagitahu satu benda je. Yui akan melancarkan dua lagu baru. Kedua-dua lagu yang ditulis dan dikompos oleh beliau sendiri itu akan diriliskan sebagai 'Double A single'.

Kedua-dua single tersebut; 'It's all too much' dan 'Never say die', akan diriliskan pada 7 Oktober, 3 hari sebelum pelancaran filem Kaiji the movie. Lagu-lagu baru ini telah dipilih menjadi lagu tema dan lagu pembukaan untuk filem tersebut.

Kenapa aku tak letak lagu dia? Malas. Sebab kalau aku embed dari yutiub nanti, esok lusa kang Soni Miuzik Rekod claim copyright, dah takde video tu kat CDR ni. Jadi, baik kalian cari sendiri di yutiub. Setakat waktu ini, kalau nak tengok videoklip dua-dua lagu tu, boleh klik "it's all too much" dan "never say die".

Berita mengenai dua lagu ini telah diumumkan di laman rasmi yui, YUI-net pada 27 Julai yang lalu.

Dekat 2 bulan dah baru aku nak featurekan di CDR.

Salahkan internet yang lembap di kampusku. Huhu.



notatelinga: Lagu "it's all too much" sangat best. Dua-dua best, tapi lagu ni lirik dia lagi best.

Thursday, September 10, 2009

Menu Berbuka

"Hari ni aku buka dengan nasi goreng ikan masin. Sedap~. Kau buka dengan apa jap lagi?" lelaki satu cakap sambil duduk mengadap makanannya yang berbungkus dengan polistrin.

"Aku belum ameq lagi. Nasi kerabu jela," balas lelaki dua sambil tengok lelaki satu pegang-belai bekas polistrin nasi goreng ikan masinnya.

"La. Asyik nasi kerabu je," komen lelaki satu. Tangannya masih membelai bekas polistrin nasi goreng ikan masin.

"Ala, kau boleh la. Mak kau jual macam-macam. Mak aku jual nasi kerabu, nasi kerabu jela aku makan," bentak lelaki dua. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan lelaki satu.

"Jom kita pergi pasar nak? Boleh beli macam-macam. Aku nak beli ayam percik dengan murtabak dengan air soya panas." ajak lelaki satu dengan mata bersinar-sinar mengharapkan persetujuan lelaki dua.

"Oh dengan rotijon dengan burung puyuh. Burung puyuh dia sedap gila! Minggu lepas aku dah beli. Rasa macam ayam goreng!" tambah lelaki satu sebelum sempat lelaki dua respon.

"Yeke? Bestnya. Jomla. Macam mana nak pergi?" tanya lelaki dua sambil menelan air liur.

"Kakak aku ada kereta. Nanti aku tanya dia," bingkas lelaki satu bangun. "Kejap," selepas menunjuk isyarat tunggu, dia beredar.

Aku start motor, berambus. Itu perbualan yang aku curi dengar antara dua lelaki, atau aku patut tulis budak lelaki, berumur 5 dan 6 tahun.

Puasa tak penuh, dok borak lebat pasal berbuka. Haha.



notakaki: Entri pilihan hari ini, dari Nuraainaa Jamil. Tekan sini ye. Aku suka perenggan 'bah, who am i kidding...'. Selamat berbuka kawan-kawan.

Wednesday, September 9, 2009

Percaya Tak?

Aku pos entri ini pada jam 09:09:09 hari ini 09/09/09

Tuesday, September 8, 2009

Cerita Dalam LRT 2

Cerita minggu lepas. Cerita di Kuala Lumpur. Sebab kat KL je yang ada LRT, kat Kuantan ni mana ada LRT.

Aku rasa transport aku paling utama dekat KL ni bukannya kereta tapi LRT atau yang sewaktu dengannya. Monorel, KTM Komuter, dsb. Dan 88% daripadanya adalah aku naik secara solo atau berseorangan.

Baiklah, cerita hari itu. Dalam LRT, orang tak ramai tapi aku tak dapat juga duduk. Aku tak kisah sangat pun. Lagipun aku rasa kaki aku dah lama tak kena test berdiri lama-lama sikit. Dulu-dulu time sekolah seminggu sekali ada la jugak kena berdiri time perhimpunan. Dah masuk universiti ni, mana ada perhimpunan dah. Aku ingat nak jumpa Dekan suruh dia wujudkan perhimpunan mingguan satu.

Hmm, bernas.

Dalam LRT, aku berdiri. Port biasa yang aku cari kalau nak berdiri ialah samada dekat dengan pintu atau di bahagian pembahagi gerabak. Kali ini, aku pilih yang kemudian. Jadi, aku berdiri.

Dua ketika kemudian, aku perasan rupanya ada gadis yang sangat comel duduk depan aku. Di kerusi untuk manusia kurang upaya. Tak, dia bukan kurang upaya. Lebih upaya kot. Sebab dia sangat comel. Haha.

Stesen berikutnya, makcik yang duduk sebelah gadis tadi bangun dan turun dari tren. Bermaksud kerusi sebelah dia kosong lah! Aku pun apa lagi. Aku pun tunggu. Tunggu orang lain duduk situ. Tengok sekitar. Aku perasan ada brader dari australia bawak beg pegang map sedang bergerak ke tempat kosong itu. Jadi, aku pun kecewa sikit. Sikit je la.

Tapi aku positif. Lagi untung kalau berdiri sebenarnya sebab dapat tengok dia. Wah, memang jenius.

Penaakulan jenius aku memang tepat. Dua saat kemudian, aku dapat tengok senyuman menawan dia. Tapi bukan untuk aku la. Dia bagi senyuman-mesra-ala-satuMalaysia kat brader australia tu sebelum berborak ala-kadar.

Eee comelnya. Pandai spiking omputih plak tu. Sebijik macam MM tolak part spiking tu.

Selang tiga stesen lepas tu, brader tu turun, bermaksud kerusi tadi pun kosong. Lagi sekali! Kali ni aku tak pikir tiga kali. Lagi pun kaki aku pun dah rasa semacam. Kalau dinisbahkan kepada time perhimpunan dulu, ini dah rasa macam waktu Pengetua bagi ucapan. Panjang dan tak best. Lenguh kaki.

Jadi aku pun mengorak langkah. Dua langkah ke arah kerusi tersebut, aku tengok gadis comel. Dia pun tengok aku comel. Terus aku tukar arah menuju ke pintu. Berdiri kat situ.








Puasa kot. Tak baik menggatal time-time puasa ni.
Hehe.



notaperut: Saya mencadangkan kawan-kawan baca tulisan dari Master J ini. Walaupun saya tak pasti adakah saya yang berjaya trigger dia untuk tulis entri itu atau memang dia dah rancang untuk menulis tajuk itu. Tapi, ia adalah sesuatu yang dijangkakan dari Master J. Jemput klik sini untuk membacanya.

Sunday, September 6, 2009

CDR03-Mengorat Di Malam Ramadhan

Hasil undian dari entri ini, keputusan telah dicapai dan entri CDR03 menjadi pilihan. Walaupun ia adalah entri paling aku tanak tulis sebenarnya. Sebab tu dia jadi pilihan ketiga. Tapi yang ketiga tu pulak yang orang nak. Apa pun, terimalah.

Amaran awal: Cerita ini bosan.

Malam semalam punya semalam, aku keluar terawikh di masjid negeri Pahang. Pertama kali sejak Ramadhan dua tahun lepas, aku dengar dan menyertai selawat yang dibaca antara Terawikh. Sebabnya, Terawikh tahun lepas dan tahun ini, aku cuma solat di dua tempat; di rumah/bilik atau di masjid UIAM Gombak.

Jika solat di rumah/bilik, sebab takde orang yang rajin nak baca selawat tu. Manakala dekat UIAM Gombak aku tak tahu lah kenapa mereka tak selawat. Aku suka terawikh di sana. Rasa macam dekat oversea. Ramai gila foreigner. Dan imamnya baca dengan wajah qiraat imam Warsh 'an Nafi'. Seronok.

Jadi malam tu aku solat di majid negeri. Pergi berlima dengan dua pemblog lain dan dua lagi bukan pemblog. Sebelum terawikh jumpa pemblog ini. Borak-borak sedikit sebanyak. Katanya tadi petang dia berbuka ditengah padang MPK. Aku kata, "Apa kejadah buka tengah-tengah padang," dengan nada lemah-lembut bersahaja. Dia balas dengan senyuman Ramadhan.

Terawikh.

Habis 8 raka'at, berduyun-duyun manusia buat perarakan aman keluar dari masjid. Kami mengambil langkah berehat dahulu di tangga sambil menanti perarakan tamat sambil bertegur sapa dengan klasmet Master J. Hu ha hu ha borak, perarakan dah surut, kami keluar cabut pergi makan.

Buat pesanan, tunggu makanan sampai, borak, sembang, makanan sampai, makan. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Makanan pun biasa-biasa je. Tom yam udang, kari hijau ayam, daging masak merah, kangkung sos tiram, telur dadar. Jadi kami makan.

Sedap.

Oleh kerana lauk-pauknya sedap-lazat-enak-berkrim, Pemblog Separa Kacak (kalau biasa baca CDR mungkin korang tau siapa makhluk ni) mengusulkan cadangan untuk minta nasi tambah. Aku sokong cadangan dia. Usul diluluskan tanpa bahas.

Pemblog Separa Kacak pun panggil pelayan. Kata, "Nasi tambah satu!"

Pelayan jawap, "Nasik tamboh so?"

Pemblog Separa Kacak angguk-angguk balas balik, "Ha'ah, so," dalam slang Kelantan yang tak menjadi.

Tapi, bila dia hantar nasi, pelayan tadi terus menuju ke tempat duduk aku. Aku terus jadi malu. Dalam hati tengah pikir, "obvious sangat ke aku makan banyak. laju je dia datang kat aku. macam tau-tau je aku kuat makan," sambil buat-buat hirup kuah tom yam udang.

Sejurus selepas dia letak pinggan di sebelah aku, pelayan tersebut hulurkan sekeping kertas sambil kata, "Ado oghe wi nombo,". Aku tak sambut kertas tu sebab tengah blur dan tanganku penuh dengan sudu dan garpu. Aku tengah buat-buat hirup tom yam udang kan. Jadi, dia selitkan kertas tersebut di bawah pinggan nasi tambah tadi.

Satu meja diam. Semua berhenti suap makanan. Lapan biji mata tertumpu kat aku. Aku bulatkan mata.

Satu
dua
tiga saat yang penuh saspen berlalu.

Aku geleng kepala. Ambil kertas. Tunjuk pada mereka dan kata, "Ada lagi taktik ni rupanya,". Seingat aku ini taktik budak sekolah atau budak rempit.

Dia tak nampak ke aku masuk kedai tadi dengan baju T dan kain pelikat je?



notaperut: Nombor dia tu aku ingat nak letak kat sini, tapi memandangkan kita puasa, tak elok buat khenat kat orang kan? Aku buang mana entah. Takpe kan?

notaberbuka: Aku syak ada dua tiga pembaca yang mengidam tom yam udang untuk menu malam ni.

notanoti: Kan aku dah cakap entri tak best. Oh ya, maaf lambat pos entri. Ada masalah internet.

Friday, September 4, 2009

Aku Ada Tiga Entri Nak Tulis Sekarang

Tapi disebabkan polisi CDR menegah aku paparkan dua entri sehari, jadi aku bagi pilihan, mana satu korang nak baca dulu.

CDR01-Aku Puasa La!
CDR02-Nawaitu
CDR03-Mengorat Di Malam Ramadhan

Taipkan kod pilihan anda di ruangan komen. Takde SMS-SMS. Aku benci undian SMS! Henfon aku ada masalah dengan sistem pesanan ringkas.

Hish. Menggugat pahala puasa betul.



Oh ya, pasal yang aku cakap nak sambung dalam entri sebelum ini, aku rasa tak jadi la. Sebab taim aku tulis tu memang aku tengah berkobar-kobar. Waktu tu pukul 12 lebih kot. Malam. Bukan waktu puasa orang Islam di Malaysia. Jadi, hati aku masa tu tengah panas la. Kepala otak pun dah hangin satu macam, semua benda tak puas hati.

Bila bangun pagi esok, sahur, puasa, dah sejuk amarah malam tadi. Terus tak jadi nak tulis. Lagipun taim puasa ni tak elok marah-marah. Hehe.

Sori ye guyz. Ahaks.



notaperut: Undian akan ditutup jam 12 malam nanti. Esok keluar entri baru. Insya-Allah.

Wednesday, September 2, 2009

Perhatian

Berhati-hatilah. Klik sini.
Astaghfirullahal-azeem.


Jumpa dari sini.