Aku dan Mr. Jagat
bercadang nak keluar merewang
AKu yang sudah sedia kesesakan wang
cuba menge'pow' Emak
"Ma, nak 50 bley?"
aku tanya semasa Emak menyatakan yang dia hendak keluar
Emak toleh sekilas padaku
"Nak buet apo 50?"
sambil mengalihkan pandangan
ke rak di ruang tamu
mengambil jam tangan dan cincinnya
"Nak gi MPH, beli buku,"
Emak tenung aku
"Aii, duit ko banyak-banyak mano?"
"Dah habis sem, habis a duit, huhu"
Satu
dua
tiga saat
Antara tiga saat paling mendebarkan dalam hidup aku
"Ko mintak a dengan abah kau,"
kata Emak sambil keluarkan duit 50rm sekeping
"Ni duit dia,"
Yes! <- [gembira#1]
Minta dengan Bapak tu cuma buat syarat saja
kalau tidak
masakan duit sudah dikeluarkan
dan diletak di atas meja
haha
Selepas beberapa aktiviti-aktiviti tidak penting
aku dan Mr. Jagat pun keluar
ke Masjid Jame'
tunaikan solat Juma'at
Sejurus kemudian ke Mid Valley
Beberapa lagi aktiviti tidak penting berlangsung
sebelum kami menuju ke MPH
Sebaik sampai
aku terus ke komputer untuk menyemak
buku yang ingin kubeli
wujud atau tidak di gedung buku ini
Tekan "search"
keputusan carian menunjukkan
buku yang kuingini cuma berkuantiti 2 sahaja
Lantas aku ke kaunter perkhidmatan
untuk menanyakan
dimanakah lokasi buku tersebut
Aku tanya
dia tanya balik, "Buku apa?"
aku kata dalam hati, "Ey, ko ingat iklan burung murai ke?"
aku sebut secara perlahan-lahan
Dia search di komputer dia pula
dia pamerkan muka "i'm sorry"
komputer dia menunjukkan yang ia sudah kehabisan stok
"How come?!?!"
Aku pun beredar
pergi kebahagian Math&Statistic
koyakkan pembalut buku INI
baca
Bosan
penat membaca
Aku berjalan
tengok buku-buku hebat
selak selak selak
baca baca baca
jalan lagi
Sekali aku ternampak gambar INI
lantas buku tersebut aku capai
bayar
Yes!!! <- [gembira#2]
Sambung jalan-jalan
pergi tengok jam
aku mengidam nak beli jam Tissot
dengan duit sendiri
tapi
bila tu
aku pun tak tahu
Pernah take-over hakmilik Tissot
daripada Bapak
aku ingat ghege dia dalam 2-3 rat je
Sekali tengok kedai 7 rat!
gile bab
patut a sedap semacam pakai
ghupenya ada 7 ratus tergantung kat pergelangan tangan
Ops sambung cerita
Mr. Jagat pula cuma menurut sahaja kaki
aku masuk dari sebuah ke sebuah kedai jam
hinggalah berbuah-buah kedai jam aku masuk
Dua tempat ni memang aku boleh window shopping lama-lama
kedai buku dan kedai jam
huhu
Tiba waktu Asr
aku dan Mr. Jagat ke surau
dalam perjalanan
aku singgah ke tandas
Tengah melabur tu
tetiba
Bapak telefon
aku serba-salah takkan nak angkat
tengah melabur kot
Aku reject
cepat-cepat habiskan urusniaga pelaburan aku
keluar dan hubungi Bapak semula
Selepas beberapa ketika berbual di luar tandas
sebaik ingin keluar berjalan ke Surau
aku terperasan tangan aku ringan
Tengok tangan kiri
"Oh dayem!"
Aku memang bertabi'at buka jam tangan
bila hendak mencuci pelaburan
Maka seperti yang kalian boleh jangka
jam tangan ku tertinggal
dalam kekalutan aku keluar tadi
Sepantas Alex The Lion, King of New York
aku ke tandas
ada orang di dalam
Aku tunggu
Orang keluar
pantas aku masuk
tengok
cari
usha
takde
Pergi kat orang yang baru keluar tadi
tanya
dia jawap "Takde pon,"
Pergi kat Pak Sekuriti berdekatan
kot2 ada orang baik hati (macam edwan cerita)
serah barang jumpa kat dia ke
Negatif
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~!!! <- [sedih gile!]
Aku baru je gembira
baru beli buku baru
sekali barang yang aku sayang hilang
Aaaargh~!!!!
Terus tak keruan
pegang buku tak rasa apa
kegumbiraan tadi
lenyap
hilang bersama air jamban yang di flush
Uuu jijiknya perumpamaan
Ah lantaklah
oleh sebab itu
blog CDR akan berkabung
selama 24jam
tiada entri baru selama 24 jam dari malam tadi
(macam takde beza je?)
notakaki: Oh, jam yang hilang ini bukan jam Tissot 7 rat tu. Jam tu dah bersemadi kat rumah. Mengalami kemalangan dan menemui ajal di tempat kejadian.
11 comments:
heh.
mmg geli giler perumpamaan tuh.
tp,good thing is ade tanda2 nak dpt tissot tuh kot.
haha,
betul..kedai buku memang best
tapi camne la korang leh window shopping..
lama lak tuh
heh
kitorang kalo pegi beli barang, habis cepat nak balik, capai pe aim je :D
ingat lg soklan MM hari tuh,
"eh, kata nak beli buah?"
innalillah~ :D
nak aku belikan jam baru ke? hu~
ha.. aktiviti tak penting tu termaksud di jamban kan?
kesian.. huhu..
rasanya org tu ambik kot..urm
ingt kn jam tissot tu yg ilang.
dh rse sedih time bace tu,
tp ade nota kaki, hem, seb bek.
n_n
pergh...
mmg pegi la kan...
kasihan mm..
:(
takpa, dapat pahala sabar. :D
Semua cakap kesian.Poyo btl..Tp,ak cakap thanks la coz tumpgkan aku ari2..haha.
izzah,
tak dapat la
tunggu den kojo dulu la
as,
takyah nak pelik la
ramai lagi yang lebih pelik
szakif,
tanak!
ko takde taste!
huh
sigg+,
ee malu la i!
ainunl.muaiyanah,
kasihan kan?
tak kot
kesian orang tu
kena tuduh
huhu
bawang merah,
habis tu tak sedih a ni?
tezuka87,
pegi gak a
aainaa,
insyALLAH
ameen
jagat,
sama2
memang pown~ jam aku mickey mouse je kot~ :P
Post a Comment