rosak la aku rasa
alat penimbang
kat rumah aku sekarang ni
Mana taknya
dari hari tu aku timbang
asyik nombor yang same je keluar
takkan takde variasi langsung
Tak ceria la hidup tiada variasi
Huhu
notakaki: Sewaktu kalian membaca entri ini, aku kemungkinan besar sudah berada di Kelantan. Atau mungkin dalam perjalanan. Ya, pergi bercuti seisi keluarga. Sambil Bapak ada kerja sebenarnya. Hehe.
Friday, November 28, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Merapu Pasal Rokok
Entri ini
bukan mengenai
cara-cara berhenti merokok
atau keburukan merokok
atau sewaktu dengannya
erm
tajuk yang sesuai pun aku tak tau
tak mengapa lah
tulis sahaja
Perihal rokok
Mengisi Masa Lapang
Ini aku sangat terasa. Mungkin sebab aku jenis yang selalu bersendirian. Dan ia lebih obvius sewaktu aku bermusafir dengan bas ekspres. Aku dahulu bersekolah di Kelantan. Sekarang, universiti di Pahang. Rumah di KL. Jadi aku selalu naik bas ekspres. Waktu berhenti rehat, aku suka turun. Ambil udara segar. Kalau dahulu, sewaktu masih merokok, masa aku terisi dengan bermanfaat. Turun ambil udara segar sambil hisap rokok. Kool kan. Takdelah aku melanguk tak buat pape. Sebab itu sekarang, bila dah berhenti merokok. Kalau berhenti rehat, aku tak tahu nak buat apa. Itulah penyebabnya aku ada 'rokok ini'. Pun kool haha!
Mengisi Waktu Sunyi
Aku jenis yang tak reti berbual dengan orang, melainkan yang dah rapat. Itu pun kadang-kadang senyap je manjang. Sebab tu aku jarang keluar berdua. Dengan laki ke perempuan ke, sama je. Kalau ada rokok kita takyah borak pun takpe. Kalau blur, ambil rokok, nyalakan, sedut, tarik dalam-dalam...hembusss. Kool!
Perokok Itu Bergaya
Ini siriyes, benar. Well, it's an opinion. Pendapat. Masing-masing punya pendapat masing-masing. Pandangan aku, merokok itu bergaya. Sebab itu, aku merokok dulu. Dan sebab itu juga, sampai sekarang aku selalu buat gaya merokok dengan benda lain. Contoh; pen, pencungkil gigi dan benda-benda lain lagi. Ia lebih bergaya bila dilakukan semasa memandu. Dengan syarat pemanduan mesti perlahan dan bergaya emo. Kool!
Boleh Melonggarkan Ketegangan
mana-mana 'maksud' korang suka. Tapi yang aku maksudkan 'release tension'. Banyak kali situasi yang menyebabkan aku ingin merokok semula ialah faktor tekanan. Paling terasa sewaktu semester pertama pengajian Asasi Sains Fizikal. Belajar sendiri sabjek Kimia 1. Memang tertekan gila babi. Aku rasa time tengah tegang otak (bukan tegang lain ye), dapat nyala rokok sebatang, layan kejap..memang pegi!
Merokok Tidak Sihat
Ada siapa-siapa nak bangkang?
Perokok Tidak Bersih
Aku berani jamin, tiada satu perokok pun yang tak pernah buang puntung rokok merata. Senario ini biasa kelihatan di jalan raya. Puntung rokok dibuang sesuka hati dari tingkap kereta, keluar. Itu tidak kool! Habis baik pun, kalau perokok tu tak pernah buang merata puntung mereka, pasti abunya direjis merata. Kan? Mana wujud orang yang bawa portable ashtray ke mana sahaja. Err, wujud ke portable ashtray?
Perokok Bodoh
Ini sengaja dinyatakan. Sebab aku dah takde idea hehe. Lagi pun, siapa yang tak tahu merokok itu membahayakan kesihatan, buang duit dan sebagainya. Semua tahu, termasuk perokok. Tapi mereka tetap merokok, kan?
Ini ada satu scene paling aku Tidak Bleh Blah;
Malam. Balik dari mamak lepas tengok bola. Semasa menapak menuju ke keretaku, aku selisih dengan sebuah kereta. Di tempat duduk penumpangnya, ada perempuan, pangku bayi, tangan lagi satu kepit rokok, mulut hembus asap.
Apa cer?!

Tuesday, November 25, 2008
Kalau Benda Betul Tu, Kau Senyap Jela. Senyum..
Dua hari sebelum pulang ke Melaka
aku pergi menginap di kampus utama universiti
yang ada cawangan di setiap negeri di Malaysia
Jumpa kawan sekolah
ada la 5 6 orang yang sedang mendapatkan ijazah
di sana
Jadi naiklah segala pengangkutan yang ada
dari rumah naik bas
kemudian naik transit aliran ringan
bertukar ke KTM Komuter
berhenti di stesen sebelum Shah Alam
turun
buat panggilan
mereka jemput dengan kereta
Malam itu kami main futsal
berjumpalah kami
ala-ala reunion
ada yang dah 4 tahun tak jumpa
ada yang last jumpa selepas ambil result SPM
Lepas main futsal
lepak luh
minum minum
borak borak
Tiba-tiba kawan aku keluar kotak rokok
aku terkejut
tapi buat-buat kool je
Yelah
dah 3 4 tahun tak jumpa
banyak la benda baru
Kawan aku tu hulurkan kat kawan aku yang duduk sebelah dia
terkejut kuasa dua aku
"Korang semua hisap rokok ke sekarang?" aku tanya
"A'ah. Duorang ni je tak," jawap yang di depan aku
sambil tunjuk kat dua orang kat sebelah kanan aku
"Siyot, aku ingat semua dah berhenti lepas aku berhenti dulu,"
"Memang berhenti, pastu start balik," gelak ketawa bersahutan
"Aku ingat agi, dulu aku sorang je yang hisap rokok time form one,"
aku membuka lembaran kisah silam
"Form 2 baru dapat geng. Berhenti time form 4, an? Kite stop time form 4 a kan?"
aku minta kepastian kat kawan depan aku
dia balas dengan anggukan
Kemudian kawan yang dulu tak hisap rokok
di sekolah cakap kepada ku
"Tula pasal. Kitorang ni ikut peraturan. Tak hisap rokok zaman sekolah. Kan umur 18 baru boleh beli rokok. Baru lah betul start hisap umur 18. Kau tu yang salah."
mereka beramai-ramai ketawa kan aku
Hmm
betul juga
dia ada titik di situ
(he has a point there)
notakaki: Semua perbualan telah dialih bahasakan daripada dialek kelantan ke dialek standard demi kemaslahatan umat sejagat.

Sunday, November 23, 2008
Semoga Allah Merahmati Rohnya
Baru-baru ini
aku pulang ke Melaka
ada kematian
Sepupu nenek aku meninggal dunia
Sampai-sampai je kat kampung tu
terkejut besar aku
sebab ramai gila orang yang datang
siap RELA kena jaga trafik apa semua
Sebaik melihat senario tersebut
nenek aku segera jelaskan
"Yola, anak murid dio semuo datang,"
Ustaz agaknya dia ni
Ya aku tak berapa kenal dengan arwah
setahun sekali je berkunjung ke rumah dia
time raya
menu wajib setiap kali raya kat rumah dia
gulai itik
Memang pegi gulai itik dia!
kompom licin a mangkuk gulai tu
kuali tak la
tinggal untuk orang belakang plak
Oh ya
kami sampai sekitar 930pagi
selesai pengurusan jenazah sekitar 1115pagi
aku rasa lebih 2000 orang yang datang
jenazah proses kat rumah je
bukan kat masjid
maka sesak tahap ultra lah jadinya
Solat jenazah pun buat kat luar rumah je
senang
lapang
tapi kat atas dah buat a seround
untuk orang-orang terdekat
Usai solat jenazah
aku turun ke bawah
(rumah dia atas bukit)
nampak bapa saudaraku
dan anak dia
(sepupu aku la kan?)
Salam salam
borak borak
Nampak Adik pula turun
mata dia tertumpu ke satu arah tertentu
aku "oy"
dia paling
datang
salam salam
Dia mendekati aku
dan berbisik
"Ce abang tengok pompuan baju putih tudung hitam kat pagar tu,"
Aku angguk
"macam mama muka mama,"
Aku perlahan-lahan berpaling
tengok
Terkejut!
Memang sebiji sejibik muka dia
macam muka Mak aku
Aku pun tarik tangan Adik
nak berbisik
"Tau apa beza dia dengan mama?"
Adik angguk kepala ke atas
maksud "apa?"
"Dia punya anak tak hensem macam anak mama,"
Adik senyum setuju
aku angkat tangan kanan
minta 'lima'
Adik tepuk tangan aku

Wednesday, November 19, 2008
Sebulan Je Beb, Sebulan...
Selepas habis peperiksaan akhir semester
sebelum semua pelajar pulang ke kampung halaman masing2
Seorang lelaki keluar dari biliknya
ke ruang tamu
Teman serumahnya
sedang bermain ping-pong
dengan yang lain menjadi penonton
Lelaki itu tiba-tiba jerit
"Wei korang!"
Yang bermain
berhenti bermain
yang menonton
berhenti menonton
Melihat ke arah lelaki tersebut
tak berbaju
Lelaki tersebut buat pengumuman
"Gua bagi can untuk korang tengok perut aku macam ni buat kali terakhir. Sebab lepas cuti sebulan ni, korang takkan dapat tengok lagi dah perut gua macam ni,"
"Ni," kata lelaki tersebut
sambil memegang spare-tire
di perutnya
"semua ni akan hilang lepas cuti nanti,"
Habis pengumuman
lelaki tersebut masuk bilik nya semula
Lelaki tersebut...
...ialah MatematisMuda
notkaki: Kita tengok lepas habis sebulan nanti.

Tuesday, November 18, 2008
Jenius Yang Seksis
Ingat lagi post magenta
tentang pelajar-pelajar
jenius
di entri ini?
Ini
aku baru jumpa
Bapak aku email
tak pasti sumber
cuma yang aku tahu
aku cukup impressed
Cara dia menggunakan
setiap equation yang ada
memang jenius!
Tapi...
...macam seksis?
tentang pelajar-pelajar
jenius
di entri ini?
Ini
aku baru jumpa
Bapak aku email
tak pasti sumber
cuma yang aku tahu
aku cukup impressed
Cara dia menggunakan
setiap equation yang ada
memang jenius!
Tapi...
...macam seksis?
Monday, November 17, 2008
Lanjutan Ulasan Filem
Tiba-tiba aku rasa macam serba salah
Sebab
aku rasa
seperti pemusnah klimaks
Mesti ada antara kalian
yang teruja
apabila mendapat khabar berita
yang filem animasi tersebut
sudah mula ditayangkan
Aku rasa
seperti pemusnah harapan
(bak kata alifzaimimra)
Kalian sedang teruja
terkinja-kinja
tiba-tiba
bila baca ulasan aku
Terus terbantut
keterujaan tersebut
Kan?
Jahatnya MM~
harap muka je comel!
Sebab
aku rasa
seperti pemusnah klimaks
Mesti ada antara kalian
yang teruja
apabila mendapat khabar berita
yang filem animasi tersebut
sudah mula ditayangkan
Aku rasa
seperti pemusnah harapan
(bak kata alifzaimimra)
Kalian sedang teruja
terkinja-kinja
tiba-tiba
bila baca ulasan aku
Terus terbantut
keterujaan tersebut
Kan?
Jahatnya MM~
harap muka je comel!
Sunday, November 16, 2008
Ulasan Filem; Madagascar 2
Ini percubaan pertama aku
dalam penulisan kategori ulasan filem
(lepas ini mungkin buku?)
Madagascar: Escape 2 Africa
sequel kedua siri Madagascar
hasil kerja DreamWork
boleh dikatakan separa memuaskan
Aku menontonnya
bersama Mr. Jagat
di TGV KLCC
pada hari pertama ia ditayangkan di Malaysia
hari Khamis, Nov 13
Boleh dikatakan filem pertama mereka
lebih memuaskan
kerana filem animasi begini
lebih mementingkan
plot cerita, pembawaan watak, skop dan skala
Malangnya
elemen-elemen ini seakan tidak mencukupi
dalam filem ini
Tidak banyak yang boleh kita
expect (aku tak jumpa apa translasi perkataan ini) dari filem ini
ia seperti cerita-cerita kartun di pagi hujung minggu
sekadar mengisi masa sambil
kita bersarapan
Yang cuma boleh diharap
ialah watak penguin dan chimpanzi
yang sememangnya
boleh dikatakan menyelamatkan filem ini
Babak feberet aku
ialah sewaktu
chimpanzi mengugut penguin
untuk memberi cuti bersalin kepada para pekerja
dengan menunjukkan gambar-gambar
aksi 'lucah' penguin tersebut
Memang legend!
Sebenarnya
aku rasa entri aku ni pun
macam cerita tu
hambar
tidak segar
hampeh
Huhu
Apa pun
kalian tetap tidak dilarang
untuk membawa
adik-adik atau
anak sedara
untuk menonton cerita ini
Kalian akan ketawa
adik-adik kalian akan ketawa
balik dengan senyuman
sebelum kalian sedar
yang filem ini
cuma layak diberi
skor sebanyak 2.3/5 sahaja
Tambah tolak la
Lebih kurang
notakaki: There goes my first attempt on writing movie review. It feels laik sheet! Ewe~!
notakkukukaki: Takpe, nanti gua cuba lagi cerita lain pula.

Betul Punya Unik
"Kau beli tiket untuk aku sekali,
aku nak cucuk duit jap,"
aku pesan kepada Mr. Jagat
"Ok,"
ringkas dia bersetuju
Kaki ku pacu ke arah mesin ATM berdekatan
ada 4
kesemua lain syarikat
CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam, Maybank
mengikut urutan
Kesemuanya aku ada akaun
tapi yang tinggal ada duitnya
dalam Bank Islam
maka aku menyertai barisan
orang yang menunggu giliran
Aku perhatikan barisan sebelah (Maybank)
4 orang lelaki
segak berbaju kemeja sedang beratur
Sebelah kiriku (Bank Rakyat)
kosong
Barisan yang hujung pula
aku tak ingat
tapi ramai juga lah
Aku tengok depan aku pula
ada 4 orang perempuan
dua yang di depan
berjubah dan bertudung labuh
"Uu, ustazah ni,"
Belakang mereka
berbaju kurung bertudung bawal labuh
"Kompom budak U,"
Depan aku
gadis berbaju T lengan panjang
seluar jin
kasut converse
tudung hitam
Aku pusing belakang
gadis berkategori sama dengan di depan aku
"Muslimah kontemporari?"
Analisa
analisa
analisa
fuyyyo
aku sorang je laki dalam barisan ini!
Tadahal la
Lama beratur
aku panjangkan leher
gadis paling depan seakan menghadapi masalah
"Pulak," aku kata dalam hati
aku tengok belakang
Opocot!!
Aku ingat aku paling unik
dalam barisan ini
rupanya
ada sorang lagi baru datang
Dia lagi unik!
Pakai seluar pendek
baju T ketat
rambut kaler merah jambu
ada jalur-jalur putih sikit
Memang kalah a aku!
notakaki: Aku memang judge orang. Nak buat macam mana, benda tu datang dengan pakej.
notatapakkaki: Lupa nak nyatakan, aku tetap yang janggal kalau dalam kategori gender. Hurra.

Saturday, November 15, 2008
Tahu Apa Itu Pertelingkahan Emosi
Aku dan Mr. Jagat
bercadang nak keluar merewang
AKu yang sudah sedia kesesakan wang
cuba menge'pow' Emak
"Ma, nak 50 bley?"
aku tanya semasa Emak menyatakan yang dia hendak keluar
Emak toleh sekilas padaku
"Nak buet apo 50?"
sambil mengalihkan pandangan
ke rak di ruang tamu
mengambil jam tangan dan cincinnya
"Nak gi MPH, beli buku,"
Emak tenung aku
"Aii, duit ko banyak-banyak mano?"
"Dah habis sem, habis a duit, huhu"
Satu
dua
tiga saat
Antara tiga saat paling mendebarkan dalam hidup aku
"Ko mintak a dengan abah kau,"
kata Emak sambil keluarkan duit 50rm sekeping
"Ni duit dia,"
Yes! <- [gembira#1]
Minta dengan Bapak tu cuma buat syarat saja
kalau tidak
masakan duit sudah dikeluarkan
dan diletak di atas meja
haha
Selepas beberapa aktiviti-aktiviti tidak penting
aku dan Mr. Jagat pun keluar
ke Masjid Jame'
tunaikan solat Juma'at
Sejurus kemudian ke Mid Valley
Beberapa lagi aktiviti tidak penting berlangsung
sebelum kami menuju ke MPH
Sebaik sampai
aku terus ke komputer untuk menyemak
buku yang ingin kubeli
wujud atau tidak di gedung buku ini
Tekan "search"
keputusan carian menunjukkan
buku yang kuingini cuma berkuantiti 2 sahaja
Lantas aku ke kaunter perkhidmatan
untuk menanyakan
dimanakah lokasi buku tersebut
Aku tanya
dia tanya balik, "Buku apa?"
aku kata dalam hati, "Ey, ko ingat iklan burung murai ke?"
aku sebut secara perlahan-lahan
Dia search di komputer dia pula
dia pamerkan muka "i'm sorry"
komputer dia menunjukkan yang ia sudah kehabisan stok
"How come?!?!"
Aku pun beredar
pergi kebahagian Math&Statistic
koyakkan pembalut buku INI
baca
Bosan
penat membaca
Aku berjalan
tengok buku-buku hebat
selak selak selak
baca baca baca
jalan lagi
Sekali aku ternampak gambar INI
lantas buku tersebut aku capai
bayar
Yes!!! <- [gembira#2]
Sambung jalan-jalan
pergi tengok jam
aku mengidam nak beli jam Tissot
dengan duit sendiri
tapi
bila tu
aku pun tak tahu
Pernah take-over hakmilik Tissot
daripada Bapak
aku ingat ghege dia dalam 2-3 rat je
Sekali tengok kedai 7 rat!
gile bab
patut a sedap semacam pakai
ghupenya ada 7 ratus tergantung kat pergelangan tangan
Ops sambung cerita
Mr. Jagat pula cuma menurut sahaja kaki
aku masuk dari sebuah ke sebuah kedai jam
hinggalah berbuah-buah kedai jam aku masuk
Dua tempat ni memang aku boleh window shopping lama-lama
kedai buku dan kedai jam
huhu
Tiba waktu Asr
aku dan Mr. Jagat ke surau
dalam perjalanan
aku singgah ke tandas
Tengah melabur tu
tetiba
Bapak telefon
aku serba-salah takkan nak angkat
tengah melabur kot
Aku reject
cepat-cepat habiskan urusniaga pelaburan aku
keluar dan hubungi Bapak semula
Selepas beberapa ketika berbual di luar tandas
sebaik ingin keluar berjalan ke Surau
aku terperasan tangan aku ringan
Tengok tangan kiri
"Oh dayem!"
Aku memang bertabi'at buka jam tangan
bila hendak mencuci pelaburan
Maka seperti yang kalian boleh jangka
jam tangan ku tertinggal
dalam kekalutan aku keluar tadi
Sepantas Alex The Lion, King of New York
aku ke tandas
ada orang di dalam
Aku tunggu
Orang keluar
pantas aku masuk
tengok
cari
usha
takde
Pergi kat orang yang baru keluar tadi
tanya
dia jawap "Takde pon,"
Pergi kat Pak Sekuriti berdekatan
kot2 ada orang baik hati (macam edwan cerita)
serah barang jumpa kat dia ke
Negatif
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~!!! <- [sedih gile!]
Aku baru je gembira
baru beli buku baru
sekali barang yang aku sayang hilang
Aaaargh~!!!!
Terus tak keruan
pegang buku tak rasa apa
kegumbiraan tadi
lenyap
hilang bersama air jamban yang di flush
Uuu jijiknya perumpamaan
Ah lantaklah
oleh sebab itu
blog CDR akan berkabung
selama 24jam
tiada entri baru selama 24 jam dari malam tadi
(macam takde beza je?)
notakaki: Oh, jam yang hilang ini bukan jam Tissot 7 rat tu. Jam tu dah bersemadi kat rumah. Mengalami kemalangan dan menemui ajal di tempat kejadian.

Wednesday, November 12, 2008
Ultimate Jenius
Pelajar Matematik
bergaduh dengan pelajar Bioteknologi
"Aku sepatah haram tak sentuh lagi ni. Esok exam. Matila aku!"
kata pelajar Matematik
"Ah, aku pun lebih kurang je. Dah la banyak gila!"
pelajar Bioteknologi jawap
"Alaa korang takpe, baca je. Esok kang goreng jela. Aku nak goreng hape."
balas pelajar Matematik pula
tak mahu kalah
"Alaa korang boleh apa! Ni ada ni,"
pelajar Bioteknologi tunjuk pada mesin kira-kira
yang juga dikenali sebagai kalkulator
Pelajar Matematik menggilirkan pandangan
antara mesin kira-kira
dan pelajar Bioteknologi
Kening berkerut
tak paham
"Apa kes?" pelajar Matematik seakan membentak
marah apabila dirinya gagal memahami
sedangkan beliau jenius!
"Ni," pelajar Bioteknologi kata
sambil ambil mesin kira-kira tersebut
buka penutupnya
dan sambung
"Esok ko tekan jela,"
sambil dia buat gaya menekan-nekan
butang dan punat yang terdapat pada mesin tersebut
"Keluar nombor nanti itu la jawapan dia,"
Pelajar Matematik yang jenius itu ternganga
terkedu
Ini ultimate jenius!

Monday, November 10, 2008
Tips Penenang Fikiran
Maaf lah
lambat pula aku berikan tips ini
patut aku berikan
masa awal-awal musim peperiksaan lagi
Tapi tak mengapalah
kalian boleh aplikasikan ia
bila-bila masa
di mana jua
Caranya mudah sahaja
sewaktu anda sedang serabut
atau tertekan
atau otak terasa tepu
Boleh cuba tips ini
Mula-mula
pejam mata
Tangan letakkan di mana-mana yang anda rasa selesa
Tarik nafas kot mulut
Tahan
Lepas kot bawah
Boleh?
Selamat mencuba!
notakaki: Ia lebih berkesan jika anda sedang bersama dengan rakan atau orang lain. Percayalah, sangat berkesan.
Thursday, November 6, 2008
Siri Gambar Bercakap#2
Acah ma'enon
Ini video yang aku nak kongsi dengan kalian
Adalah kool kan?
dia ialah James Provan
memang bercakap pun
sebab ia adalah video
Haha
Maaf
kali ini bukan untuk kalian gelak-gelak dah
tapi
kali ini
video tentang pembuat video di tiub-kamu
Ini video yang aku nak kongsi dengan kalian
Adalah kool kan?
Ini 'dia' dalam penampilan di Deutsche Welle TV
dia ialah James Provan
juga dikenali sebagai GiR2007 di tiub-kamu
Dua kata kunci tentang teknik yang digunakan
'stop motion video'
dan
'DSLR'
Pergilah google
Kredit terima kasih untuk Magenta
yang memperkenalkan aku
kepada video ini
Selamat menonton (dan menduduki peperiksaan)!
notakaki: Kalau video lambat loading, minta maaf lah. Tak dapat nak tolong. Luar bidang kuasa aku. Kamu tunggu jela.
notakukukaki: Klik sini untuk melihat koleksi video yang dimuatnaik oleh James Provan di tiub-kamu
Wednesday, November 5, 2008
Walaupun Dah Berpuasa Sebulan
tapi aku masih gagal
untuk menahan nafsu-serakah aku
dari berblog
Apa nak buat
macam main bola lah
tiap petang main
tetap tak puas
huhu
Oh abaikan yang di atas ini
di bawah adalah entri sebenar
di atas adalah karutan kosong sahaja
hehe
Sebenarnya
aku nak tambah
apa yang Dammit dah tulis dalam entri ini
Point-point dia semua aku tak mahu ulas
aku cuma nak tambah satu je
tak best lah tambah dekat bahagian komen
tulis kat blog sendiri terus la
hahaha
Point yang aku nak tambah
ialah
kebanyakan babak lebih mementingkan
aspek kecantikan set atau gambar
dari aspek logik atau sepatutnya
Contoh yang aku tengok hari itu
babak ada orang sakit
didukung ke luar rumah
tapi kenapa perlu jurugambar
duduk di seberang jalan
shooting gambar kena kasi nampak the whole house
Memang la rumah tu cantik
tapi sepatutnya
atau lagi elok kalau
dia shooting jarak dekat
untuk menaikkan lagi
unsur-unsur kekalutan
sebab tengah bawak orang sakit
Kan?
Sesetengah babak
mungkin patut
diambil dengan menampakkan pemandangan atau bangunan
supaya kononnya menunjukkan 'what we have in Malaysia'
Silap hari bulan boleh dapat pangkat Dato'
haha
Apa pun
aku bukanlah anti seratus peratus
dengan drama Melayu
contoh yang aku minat
drama ini
walaupun sikit serabut
aku tetap follow
hehe
Sebenarnya
berdasarkan pemerhatianku kebelakangan ini
drama/cerita/filem tempatan kita
tidaklah teruk sangat
Tapi aku tak tahu kenapa
cerita-cerita luar lebih mendapat sambutan
seperti drama-drama dari Indonesia atau Latin
bagi aku
cerita mereka lebih 'melucukan'
terutama dari negara jiran kita
Siriyes!
Kualiti mereka kadang-kala lebih teruk
dari drama-drama tempatan
urgh!
Kesimpulannya
bersama menyokong industri seni tempatan
wadda eff?!

Monday, November 3, 2008
Lek Lu, Sak Kok Lu
Maaf lah
Aku tak tahu apa nak jadi
tapi memang aku malas gila
nak belajar sekarang
Sedangkan
musim peperiksaan dah bermula
Apa nak jadi
aku pun tak tahu
Sebentar tadi aku baru
mengalami kekecewaan
selepas menyaksikan
perlumbaan F1
Kalian boleh baca ia di sini
atau tunggu sahaja surat khabar esok
hehe
Malas nak ulas banyak-banyak
kalian baca sahaja lah
itu pun kalau nak
Di kala musim peperiksaan begini
aku carikan kalian
video-video enak untuk ditonton
Mula-mula aku nak suruh kalian
tengok video ini
Tapi
aku eksplor lagi
aku jumpa video ini
Sila jangan gelak kuat-kuat
Kalau aplikasikan dalam Piala Malaysia
mesti lagi ramai tengok bola Malaysia kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)