Friday, May 16, 2008

Kosong II

Cinta
Sayang
Kasih
Gembira
Bahagia
Aman
Tenteram
Nyaman
Sejahtera
Damai

Benci
Dendam
Sakit
Sedih
Kabut
Kusut
Celaru
Geram
Serabut
Kelam
Sepi
Sadis
Seksa
Pedih
Tertekan
Keji
Bosan
Bengang
Perit
Derita
Bencana
Bahana
Malang
Malapetaka
Musnah
Hancur
Sesal
Susah
Binasa
Zalim
Kejam


Memang dunia ini penuh dengan anasir negatif
atau ia cuma dari
perspektif seorang aku

Asing
Kompleks

Ada sesiapa boleh tambah senarai di atas?
Lupa nak khabarkan, aku taip tanpa perlu perah otak. Naturally.

Hujan dan Aku

Aku suka hujan
bila sendirian

Aku takut hujan
bila memandu

Bila sendirian
hujan
kubuka tingkap
sua muka
pejam mata
membiarkan gerimis
menerokai wajah

Tiada signifikasi tertentu
aku cuma suka

Andai ada kilat
kan kutunggu
kan kunanti
aku suka melihat panahannya
kelihatan sangat indah
sangat unik
sangat gah

Entah

KEMASKINI:
p/s: Selepas ditegur oleh Farah Wahida, kini aku sokong band Hujan. Tapi aku belum dengar lagi album mereka selain lagu "Bila aku sudah tiada". But still, aku tetap tak suka band dari seberang. Bukan sebab tak sedap atau tak kacak. Tapi aku memang kureng dengan penyanyi dari seberang.

Thursday, May 15, 2008

Kosong

Tiada nafsu
tiada selera
tiada perasaan

Maaf semua

Lepas kelas
aku semak jumlah pengunjung
syukur Tuhan
dah nak seribu


Terima kasih kepada pengunjung semua
kalian beriku motivasi
tapi buat masa ini
ku tidak punyai isi
sekadar coretan basi
dari hati ke papan kekunci

Pergi baca ini
apa yang kalian paham?
tak paham, kasihan
sekian

Wednesday, May 14, 2008

Keperluan, Nafsu , Keperluan Nafsu?

Entri berkaitan: Thought of the day

+ + + + + + + +

5 Tahun lepas,

"Ok, baiklah. Hari ini kita akan belajar tentang ekonomi." berpaling dan melihat murid-murid.

"Dalam ilmu ekonomi ni, ada dua perkara yang paling penting, atau dua perkara asas." berhenti seketika melihat reaksi murid-murid sebelum menyambung. "Pertama keperluan dan yang kedua adalah kehendak. Ok? Ingat tu, keperluan dan kehendak. Saya rasa tak perlu saya huraikan lagi apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Perlukah?"

Murid-murid (termasuk seorang genius) semua geleng kepala.


+ + + + + + + +


Semalam,

5 lelaki
3 daripadanya pemblog
(ada orang persoal; "perlu ke mention")
sedang menjamu selera

Atas meja ada
2 lamb chops
2 lemon chickens
2 fish n chips
2 mushroom soups
1 salmon steak
satu nasi putih
semangkuk ayam masak kari hijau
sepinggan ayam masak pedas

Okay, tukar menjamu selera ke melantak.


+ + + + + + + +


Sedang makan
dammit buka cerita
cerita fakta

"Kau tahu tak, dulu aku belajar dalam kemahiran hidup dia cakap ada dua jenis perkara penting yang perlu kita fahami, keperluan dan kehendak atau nafsu," sambil tunjuk dua jari telunjuk dan hantu. Jarinya ditunjuk kepada Hazimir (bukan nama sebenar) yang sedang khusyu' melapah ikan salmon.

Aku teringat ilmu ekonomi tingkatan 4. Tajuk pertama.

Dammit sambung, "cuba kau tengok kita ni," merujuk kepada pinggan-pinggan di atas meja. "Kau agak kita kategori mana?" cuba berkias dengan Hazi (bukan nama manja).

Hazi toleh kepada dammit dan dua jarinya yang masih tegak. Dia cantumkan kedua-dua jari itu dan jawap, "keperluan nafsu!"

Dammit terpana.
Aku tersedak. Air epal jus suam hampir terkeluar dari mulut. Habis kutelan, aku gelak besar.
Jaed gelak geleng-geleng kepala.
Bu gelak mengekeh.

Kemudian, masing-masing pegang perut. Sakit perut makan+gelak.

Pihak kedua yang mengalami keuntungan
Pihak pertama? Kami berlima
hehe

Jus Epal Suam, Jus Limau Ais, Cappucino Kisar Bersama Ais

Tuesday, May 13, 2008

Tik Tok Yang Kedengaran

Tik tok tik tok
masa berlalu
dan terus berlalu

Tik tok tik tok
dia terus pergi
tak kembali

Tik tok tik tok
masa cuma datang sekali
yang kedua ketiga
semuanya palsu tipu
tak seindah yang nombor satu

Tik tok tik tok
hargailah masa
jangan termenung
itu buang masa

Tik tok tik tok
sudah dua puluh minit
sudah 600 tik-tok kedengaran
halaman masih kosong

Tik tok ke 601
dammit datang menjenguk
aku mengadu

"Dah dekat setengah jam aku mengadap benda ni. Tapi takde benda aku nak tulis,"

Dia gelak kecil
geleng kepala dan jawab

"Kau dah gila dowh. Takde benda nak tulis pun, kau nak tulis jugak."

Aku gelak besar
bersetuju barangkali
dia beredar
meninggalkan idea

"Kau tulis apa aku cakap tadi,"

Dammit gelak
jaed gelak
aku pun gelak

Siap satu entri
dah azan
jom 'Asr

Monday, May 12, 2008

Aku Anak Malaysia

Petang
tiba di Kuala Lumpur
di Pekeliling lebih tepat
dari Kuantan
tengahari tadi
lapar
letih
mengantuk
bersatu dalam mindaku

Untuk pulang ke rumah
dari sini
aku perlu menaiki
KL Monorail ke KL Sentral
atau
LRT STAR ke Masjid Jame'
dan transit ke LRT PUTRA
menuju ke destinasi terakhir
jumlah perjalanan kesemua sekali
melebihi setengah jam

"Ah laparnya,"
keluhku
bahu kiri menggendong
beg bimbit komputer riba
tangan kanan memegang telefon bimbit
melihat jam di telefon bimbit
kemudian
mengalih pandangan ke sekeliling
bas, kaunter tiket, manusia

"Ah, karut semua nih!"

Tiba-tiba
pandanganku hinggap
di deretan kedai dan gerai
menjual makanan

"Ya, makanan! Ini baru betul,"
lantas kubeli sebiji berger
baunya membuat perutku berkriuk
sebaik berger didagangkan
dengan helaian kertas hikmat
aku buka plastik membalutnya
tapi
belum sampai separuh
balutannya kubuka
aku lihat sekeliling
manusia-manusia sekeliling
mata mereka
seakan ditancapkan ke badanku

"Apahal diorang nih? Tengok-tengok. Malulah aku nak makan!"

Dek ego lelakiku yang tinggi
lagi tinggi dari bas-bas di sini
aku mematikan hajatku untuk
melantak di situ
bungkusan dikemas kembali
langkah diatur
menuju ke stesen KL Monorail

"Nanti aku makan dekat KL Sentral lah, ada pendingin hawa,"
aku berkira-kira

KL Sentral
tiket ke stesen ketiga sebelum akhir
telah kubeli
tangga bergerak kudaki

"Ramainya orang, makan dulu lah,"
lantas kuambil tempat duduk
di bangku yang disediakan
nyanyian perutku bakal kusahut
ala-ala cerita Enchanted

Bungkusan kubuka
bau berger yang separa sejuk
tetap menawan kalbu
sebaik berger tiba di 'pintu masuk'
'syurga dunia'

TIBA-TIBA
lelaki berkemeja seragam datang menghampiri
hasrat menyahut lagu dari perutku terbantut

"Apahal lak mamat ni,"
aku serabut
kutenung dia
dia senyum padaku
aku balas
lantas terlintas 'cadangan' dari otak geniusku

"Tak boleh makan kat sini ke?"
hatiku tertanya sendirian
bagai mendengar pertanyaan hatiku
lelaki berkemeja seragam itu bertanya

"Kamu nampak tak tu?"
dengan ibu jarinya menunjuk ke satu papan tanda

"Erk," aku jawap

"Yang tu nampak?"
ibu jari beralih arah
juga kepada papan tanda

"Dayem!" aku sumpah dalam hati
mataku menyoroti papan tanda
yang dipenuhi gambar
berunsur larangan itu
tiba-tiba
otak geniusku ternampak
unsur-unsur nombor
pada papan tanda itu

"Denda/Fine RM500"

"Kepala hotak dia!" juga dalam hati

"Nampak tak?" lelaki berkemeja tadi mengulangi soalannya

Otak geniusku berputar laju
mencari alasan-alasan munasabah

"Come on genius! Think! Think!"

Seperti biasa
otak geniusku memang tidak sia-sia
aku pun jawap

"Oh ma'ah cik. Sayo baghu sapa neh. Tok perase signboard tuh. Tok tau plok tokleh make ssinih. Ingak ko dale tren jah tokleh. Ma'ah a cik deh." Aku cuba sedaya upaya memekatkan loghat Kelantan yang sudah lama tidak dituturkan. Erm, sudah 2 minggu barangkali. Sambil tangan kembali membungkus berger enak, lazat bermayonis, disukai ramai. Ya, buat kali kedua ia dibalut kembali.

Nyata
kebolehan bertutur
dengan dialek Kelantan yang fasih
berjaya memukau lelaki berkemeja seragam
lantas kemaafan dikurniakan buatku
tetapi
perutku masih lapar

Lelaki berkemeja seragam
seakan faham dengan bahasa badanku
lantas mencadangkan

"Kalau kamu lapar sangat, turun makan kat bawah la. Kat situ tak boleh jugak patutnya. Tapi at least takde sign board la kat situ."

Dengan muka bersinar-sinar
bagai rembulan dipagari bintang
aku ucap

"Oh, yeke? Terima kasihlah pakcik." sambil bergegas turun ke bawah
lantaklah pakcik tu nak cakap apa pun
nyanyian perutku mesti kusahut segera

Dua tiga langkah aku beredar
aku teringat

"Eh, lupa pulak nak kekalkan dialek Kelantan tadi. Gasaklah kantoi pun,"

Sunday, May 11, 2008

Tips Hari Ibu

Aku khusyu'
menatap komputer ribaku
meng'google' beberapa perkara
mencari bahan bacaan
pagi lagi
dan aku malas nak mandi
sebab
bau masih wangi

Tiba-tiba
kedengaran suara merdu

"Ya ALLAH panjangnya rambut kau. Bila nak pergi gunting rambut?" suara sang ibu bertanya
dalam nada leteran-penuh-kasih-sayang

Aku terkedu
cari idea
idea, idea
cepat datang sini
haa

Aku bangun dari tempat dudukku
mengeliat
seterusnya
buat-buat teringat

"Eh, ma. Hari ni Mother's Day la." kataku sambil berjalan ke arahnya.

"Saayang mama," kupeluk dia dari belakang.

"Hish, kau ni, dahla tak mandi lagi. Busuk la."

"Ey, wangi pe," tegasku sambil bau badan sendiri.

"Dah, dah pergi siap nak sarapan pulak,"

Selamat aku
eh silap, rambut aku

Saturday, May 10, 2008

KokoKaina II

Ok
ada orang cakap
aku tulis dengan penuh emo
dalam entri lepas

Maaf

Sungguh
maaf sungguh-sungguh ni

Tidak berniat
untuk mengutuk
cuma ingin mengkritik

Ok aku mengaku
memang aku benci
tapi aku tak mahu
menghasut kalian
untuk turut membenci
nanti kena tuduhan akta menghasut huhu

Kalian kan punyai akal
boleh berfikir sendiri
menilai untuk menyangkal
atau menerima
terpulang

Entri ini
istimewa
sebab gambar KokoKaina
adalah sangat misteri
(konon-kononnya)
tapi **** berjaya menjumpai gambarnya
di sini
tahniah tahniah

Nah,
tadaa


Gambar sebenar KokoKaina

Buat makluman kalian
aku tak layan pun
lagu-lagu dia
tapi dia nyanyi memang sedap
dan dia gubah sendiri lagu
bukan macam rancangan-rancangan realiti
nyanyi lagu orang
pengkritik cakap
saya nak kamu nyanyikan dengan gaya kamu sendiri
wadda..
dah nama lagu orang

Ok
aku memang bukan orang muzik
mungkin pendapat aku macam mengarut
but, who cares
it's my opinion
not yours
you have your own opinion
so what

Baiklah
elok aku berhenti dulu
nanti lagi mengarut aku tulis
sekian

* * * * *

DIKEMASKINI:
Kulihat senarai pelawat
yang datang ke CDR
mereka datang dari pelbagai sumber
yang menariknya
ada seorang pendatang ini
datang dari hasil carian
dengan kata kunci
"jack johnson kokokaina"
dan kamu teka apa?
CDR muncul dalam hasil carian google di muka pertama!

p/s: lain kali aku nak buat kata kunci yang lebih mesra enjin carianlah. Contoh: Gambar Siti Nurhaliza Pakai Tudung. Haha

Friday, May 9, 2008

Yang Tersurat Dan Tersirat

Aku, Jaed dan Dammit
dalam kereta
bercerita tentang kamera

"Kau tahu tak, sebenarnya kamera DSLR ni, mencantikkan lagi gambar." Jaed berkata-kata

Aku dan Dammit tak paham.

"Pakai kamera DSLR ni, dia punya sharpness tu menyebabkan gambar biasa jadi extra cantik."

"Oh," aku dan dammit hampir serentak

"Yela, ambil gambar rumput semata pun boleh jadi lawa," aku tambah

"Ha'ah," dammit bersetuju

"Kau tahu tak macam mana aku boleh tahu?" Jaed tanya

"Macam mana?" aku tanya balik

"Ada sekali tu, masa aku main bola dekat stadium. Pakcik aku ambik gambar pakai kamera tuh. Lepas tu aku tengok a balik. Ada satu tu gambar aku, smart giler jadi gambar tu."

Tiba-tiba aku gelak besar
dammit terpinga-pinga
jaed toleh sekilas
menumpukan perhatian ke arah jalan raya

"Aku tau maksud tersirat cerita kau!" jeritku dalam tawa yang masih menggelegak

Jaed turut tergelak kecil
Dammit tersenyum bersetuju

Bila Kali Terakhir?

Malam kulalui dengan emosi yang sama
bezanya tempat melempiaskan emosi
adalah perisian Pemain-Media
nasyid-nasyid keras
dan pembesar suara serta meja

Meja?
Ya, untuk jadi dram olok-olok
kuketuk guna jari
kupijak-pijak lantai
seakan wujud pedal bass

Tiba-tiba
seorang makhluk
menambah aku ke dalam
senarai kawan di Perutusan-Yahoo
aku tak kenal ID dia
aku pun minta pengenalan diri
dia ngada-ngada
aku angin
berikut adalah ia

Sebagai privasi
aku gantikan ID dia denga FO
tapi ada aku sebut dalam perbualan
sengaja tidak dilindungi

FO (5/9/2008 2:56:24 AM): oyt
MM (5/9/2008 2:56:29 AM): oyt
MM (5/9/2008 2:56:35 AM): siapa nih
MM (5/9/2008 2:56:37 AM): sorri
MM (5/9/2008 2:56:47 AM): huhu
MM (5/9/2008 2:56:49 AM): rossa
MM (5/9/2008 2:57:06 AM): adoreme?
FO (5/9/2008 2:57:06 AM): cet
FO (5/9/2008 2:57:22 AM): x tdo lg?
MM (5/9/2008 2:57:28 AM): rossa_adoreme?
MM (5/9/2008 2:57:37 AM): aku tatau oy sapo nih
MM (5/9/2008 2:57:39 AM): sori a
MM (5/9/2008 2:57:42 AM): btau le
FO (5/9/2008 2:57:54 AM): x nak
MM (5/9/2008 2:57:56 AM): ok
FO (5/9/2008 2:57:56 AM): bgtau
FO (5/9/2008 2:58:01 AM): saje nak ngaco
FO (5/9/2008 2:58:03 AM): ko
MM (5/9/2008 2:58:09 AM): trima kaseh
MM (5/9/2008 2:58:12 AM): aku hargai nya
FO (5/9/2008 2:58:25 AM): em
FO (5/9/2008 2:58:30 AM): ye
FO (5/9/2008 2:58:36 AM): la
FO (5/9/2008 2:58:38 AM): tu
MM (5/9/2008 2:58:52 AM): aku tatau ko sape
MM (5/9/2008 2:58:56 AM): apa aku nak borak
FO (5/9/2008 2:59:06 AM): cube
FO (5/9/2008 2:59:09 AM): ko
FO (5/9/2008 2:59:12 AM): teke
MM (5/9/2008 2:59:51 AM): tak minat
MM (5/9/2008 3:00:04 AM): dajah 3 dlu suke a gak
MM (5/9/2008 3:00:08 AM): dah tingkatan 3 ni
MM (5/9/2008 3:00:11 AM): tak minat
FO (5/9/2008 3:01:03 AM): wah3x
FO (5/9/2008 3:01:07 AM): aku
FO (5/9/2008 3:01:09 AM): de
FO (5/9/2008 3:01:11 AM): paper
FO (5/9/2008 3:01:14 AM): esok
FO (5/9/2008 3:01:16 AM): ni
FO (5/9/2008 3:01:21 AM): saje je
FO (5/9/2008 3:01:24 AM): nak realese
FO (5/9/2008 3:01:29 AM): tension
MM (5/9/2008 3:01:30 AM): ok
MM (5/9/2008 3:01:34 AM): da release ke blom
MM (5/9/2008 3:01:39 AM): sbb tension ko tu
MM (5/9/2008 3:01:43 AM): mcm da dpat kat aku je
FO (5/9/2008 3:01:43 AM): da2x
MM (5/9/2008 3:01:47 AM): ha da
MM (5/9/2008 3:01:51 AM): pegi maen jauh2
FO (5/9/2008 3:01:52 AM): huh?
MM (5/9/2008 3:02:00 AM): aku mmg kuang haja dgn org yg aku tak kenal
FO (5/9/2008 3:02:01 AM): ye
FO (5/9/2008 3:02:04 AM): la
FO (5/9/2008 3:02:13 AM): kite knal da lame
FO (5/9/2008 3:02:17 AM): mcm tu
FO (5/9/2008 3:02:20 AM): la
FO (5/9/2008 3:02:22 AM): kwn
MM (5/9/2008 3:02:27 AM): ops
MM (5/9/2008 3:02:33 AM): gua tak de kawan nama rossa
FO (5/9/2008 3:02:38 AM): mrajuk
MM (5/9/2008 3:02:38 AM): mahupun adoreme
MM (5/9/2008 3:02:42 AM): mahupun rossa_adoreme
FO (5/9/2008 3:02:43 AM): x mo
FO (5/9/2008 3:02:49 AM): geng
MM (5/9/2008 3:02:54 AM): x de masa nak merajuk de
FO (5/9/2008 3:03:03 AM): ade
MM (5/9/2008 3:03:05 AM): aku sombong a
MM (5/9/2008 3:03:11 AM): so pegi berambus
MM (5/9/2008 3:03:14 AM): nak lembut sikit
MM (5/9/2008 3:03:27 AM): sila berambus (baca dgn nada habis lembut)

terus senyap
aku memang sombong
maaf
lebih-lebih lagi dengan emosi sekarang
beberapa ketika kemudian
aku tidur

Bangkit pagi itu
usai tunaikan Subh
aku teringat entri jaed
lantas berfikir

"Ah, dah berapa lama aku tak baca Quran."
"Bila kali terakhir ya?"
"Ahad!"
"Hari ni dah Juma'at!"
"Astaghfirullah. Takpe, jom baca Quran."
"Hari ini Juma'at, sunat baca Kahfi."
"Ya, tapi dalam hadis cakap malam Juma'at, malam tadi,"
"Takpelah, baca jelah. At least ada hadis, bukannya macam Yasiin,"

Ya, Kahfi! Bukan Yasiin.