Friday, May 29, 2009

Masih Lagi Pasal Bola

Dalam entri lepas aku ada sebut
yang aku akan menyertai kejohanan futsal

Tak banyak yang boleh diperkatakan sangat
yang aku boleh cakap
kejohanan ni
taklah besar sangat
tapi tidaklah lekeh sangat
dengan penyertaan individu-individu
yang bertaraf mewakili universiti

Cuma satu perkara
yang betul-betul aku pelajari dari kejohanan ini ialah
kalau nak buat team, kena cari keeper!

Itulah masalah pasukan kami
Forbidden FC

Ditubuhkan semasa kami di pusat asasi
dari kejohanan pertama kami sertai
kami mempunyai masalah keeper
yang mana telah menyebabkan kami tewas perlawanan akhir
pada kejohanan pertama tersebut

Dan setiap kali ada kejohanan
kami akan mula mengintai mana-mana individu
yang boleh/sanggup untuk jadi keeper
untuk Forbidden FC

Hinggalah kami memasuki universiti
perbezaan kampus menyebabkan
pasukan ini terkubur
(padahal aku sorang je kampus lain)

Hinggalah baru-baru ini
ada kejohanan diadakan
dan kebetulan aku mengambil semester pendek
di kampus yang sama dengan mereka
maka kembalilah kami
Forbidden FC re-united (kalau silap baca jadi macam Man United haha)

8 pemain dikumpulkan
dengan pengecualian seorang yang tak dapat turut serta
disebabkan kecederaan
dan cuma memberi sokongan moral dari meja komputernya

Tiba lah hari kejohanan
kami
takde
keeper

Apa nak buat

Salah seorang pertahanan kami
dilantik menjadi keeper secara paksa-rela

Syukur setelah dua perlawanan peringkat kumpulan
kami telah kompom layak ke peringkat seterusnya

Jadi perlawanan terakhir peringkat kumpulan
aku jadi keeper
sebab yang jadi keeper sebelum tu nak merasa gak main

Hasilnya?

Aku telah melakukan kesilapan besar
dengan menampilkan aksi cemerlang
jadi aku di'request' sepenuh hati (pergh ayat boleh bla! haha)
oleh semua pemain Forbidden FC
untuk jadi keeper bagi perlawanan seterusnya

Maka aku jadilah keeper
sampai final
menang 3-0

Rekod aku jadi keeper
cuma bolos 3 kali
dengan 2 daripada 3 gol tersebut adalah gol sendiri

Ucapan tahniah dan terima kasih
buat pasukan Forbidden FC
Bade', Temet, Anep, Hafiz Dasar, Ashrul Amahl, Tuan Azhar, Awang

Kalau nak tengok gambar dan ulasan lanjut
sila berfikir dengan jenius hehe



Entri ini ditulis dengan penuh rasa bangga sebagai penyokong Manchester United
Sekian

Entri Bola Lagi

Aku dah tulis panjang juga sebenarnya tadi
berjela gak la
tapi kemudian
aku tekan Ctrl+A
Del

Hehe

Ok la
macam ni

Kalau aku nak bagi contoh
untuk siapa yang tengok siri House
yang tahu tentang Penyiasat Peribadi
yang House upah tu

Dia akan memberi respon
bukan mengikut hatinya
sebaliknya buat apa yang dia rasa sepatutnya

Sebagai contoh
kalau orang cakap
"Eh kau ni bodoh la,"

Sebanarnya dia tak kisah sangat pun
tapi dia tahu
sepatutnya
orang akan marah bila dikata sebegitu
maka dia akan marah

Sebenarnya aku nak cakap
untuk bukan penyokong Barca
yang sokong Barca semalam

Kalau korang dok kutuk-kutuk
penyokong MU tu
kalau ada yang naik angin
tak payah nak pelik lah

Pikir balik la apa motif korang cakap tu

Bukan ke memang nak sakitkan hati penyokong MU ke?

Jadi kalau ada yang melenting
tak payah a poyo nak cakap
"Itu pun nak emo,"

Sebaliknya cakap
"Ok, matlamat tercapai,"

Ok?



notakaki: TV tempatan tak buat liputan sangat tentang kemenangan Barca bukan sebab diorang bias terhadap MU tapi kita memang bias terhadap Liga Inggeris. Tak kisah lah MU atau Liverfool atau Chel-haktuih-sea atau Arsengal. Sekian. Saya emo.

Thursday, May 28, 2009

MM Adalah Penyokong Pasukan Syaitan Merah

Jadi
MM pergi menonton bola
dengan semangat kesukanan yang tinggi

Di kedai tersebut
MM duduk di meja bersama 5 yang lain

3 penyokong Liverfool
sorang penyokong Shellsea
sorang penyokong refree (berkecuali)

Jadi
MM pun cakap

"Aku tak suka a duduk meja ni. Ada meja lain yang kosong tak?"



Keputusannya
Manchester United buat julung-julung kalinya
menjadi pasukan kedua terbaik

Aku harap kalau ada pemain Syaitan Merah yang tiba-tiba baca blog ni paham lah apa yang aku tulis ni.

Tahniah buat kalian.
Sekian.

Friday, May 22, 2009

Oh Cintaku

Hari ni hari jadi cinta hatiku

Entahlah
selepas tengok cerita Passengers
baru-baru ini
aku jadi lebih mengingati/menghargai manusia-manusia (bukan orang-orang ye)
yang aku cintai

Lebih spesifik lagi
keluargaku

Bakal keluarga aku tak kisah sangat lagi
sebab belum jadi lagi kan
nak sayang lebih-lebih buat apa
haha
kamu kena tunggu turn dulu la ye
hehe

Ops

Jadi
hari ini ulangtahun hari lahir Emak

Hmm...













Aku ingat nak buat entri panjang-panjang
tulis pasal Emak
tentang betapa Emak seorang yang cool, comel, garang, penyayang, pandai masak dan hu ha hu ha sebagainya
tapi bila pikir balik
ditambah dengan kemalasan aku menulis sekarang
idea tu ditolak

Sebab aku rasa
cukup sekadar aku beritahu
bahawasanya
aku sangat bersyukur dapat seorang Emak (dan Bapak)
seperti mereka
kerana hasil didikan mereka
aku berjaya jadi orang

Oh aku sangat bersyukur pada-Mu wahai Tuhanku

Eh aku teringat satu cerita

Dulu masa awal-awal sekolah menengah
aku ada cakap kat kawan aku
tentang apa yang aku nak jadi bila dah besar nanti
bila dia tanya "Apa?"
aku akan jawap

"Aku nak jadi macam bapak aku, hensem. Kerja bagus. Ada bini lawa. Anak-anak comel. Memang bahagia lah."

Tapi kalau sekarang tanya aku
mungkin jawapannya lebih kurang
cuma yang bahagian tebal tu akan ditambah dengan
"...comel, jenius pula tu."

Aku rasa itu lebih tepat,
kan?



notakaki: Wiken ni ada kejohanan futsal. Main dengan makhluk ini. Kalian doakan kami ye. Oh ya jap lagi nak balik rumah jap. Malam esok nak dinner kat KL Tower. Wuhuu~ haha. Jadi, jangan pelik kalau takde apdet dalam tiga empat hari ni ye. Tata~.

Wednesday, May 20, 2009

Seksyen Baru Di CDR

Perhatian
entri ini telah didilit

Harap maaf

Kalau nak tau kenapa
sila baca komen Jaed

Aku rasa aku pun sangat bersetuju dengan dia

Aku rasa tujuan aku buat segmen tu pun
sebab aku nak cari sebab
untuk aku apdet

You see
when people request for it
perasaan perlu untuk apdet itu akan lebih tinggi

Tapi bila pikir-pikir balik
bila masa pulak aku kisah dengan perasaan orang
berapa puluh tag entah aku tak buat

Aku tak buat bukan sebab aku tak suka tag
tapi sebab tag tersebut adalah kena buat
jadi
aku tak suka kena suruh
aku tak buat

Suruh dengan request lain kan?

Ah gasak lah

Pasal segmen tu
biarkan ia menjadi sejarah

Samada sejarah akan berulang atau tidak
kita tengok bila album baru Tomok akan keluar
hahaha



Pape pun
Nani
kau punya idea cambes gak sebenarnya

Kita tengok lah nanti macam mana ye
hehe

Akhir kata
kami dari krew produksi CDR
ingin meminta maaf
atas sikap malas MM yang macam ****** itu

Sekian
minta maaf banyak-banyak

Tuesday, May 19, 2009

Aku Dengar Dia Sebut Macam Hullahup Pun Ada

Haha

http://www.youtube.com/watch?v=xx-Ia0kO-fk


Kenal tak dengan budak comel ini?

Aku rasa ramai je yang kenal dengan si comel
dari Romania yang berumur 7 tahun
bernama Cleopatra Stratan ini

Tapi aku rasa ramai yang kenal dia
melalui lagu/video Githa

Lagu ini dari album kedua dia
yang Githa tu album pertama dia

+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/

Maaf lah lama tak apdet

Bukan aku takde idea
tapi terlampau banyak nak ditulis
dan pada masa yang sama
kepala otak jenius aku ni malas nak berfikir
jadi idea-idea tersebut
tak ubah seperti buah durian yang masak ranum
gugur takde orang kutip

Masuk angin keluar asap je

Aii dok sebut-sebut durian ni terliur la plak

Tak boleh nak menulis dah
kepala otak dok pikir nak cari mana durian ni
haha



Oh lupa nak letak amaran
dalam video tu ada gambar swine
jes in kes takut ada yang tiba-tiba
mengalami geram yang melampau je
melihat swine yang comel minum susu
haha

Haha swine~ swine (sambil geleng-geleng kepala)
comel betul kamu



Oh ya dammit
tak silap aku dia masuk Book of World Record
sebab artis paling muda berjaya buat album

Gila
aku baya dia ni tengah buat album setem kot
tu pun sebab nak tukar-tukar setem dengan aweq kat tadika
haha

Hai Kawan-kawan

Yela yela
petang nanti saya apdet la

Thursday, May 14, 2009

KLABF

Kuala Lumpur Alternatif Book Fest

Aku pergi dengan lelaki boncet tapi kacak
aku ajak dammit
dia tanak
sebab dia mengada-ngada nak berkepit dengan adik dia
mentang-mentang adik dia cun
haha

Oh ya
perasan tak
lelaki boncet tapi kacak
dah lama tak difeature di CDR

Tak perasan?

Takpe
tak pelik pun
siapa nak ingat dia kan?

Haha

Bukan apa
aku sengaja je tanak featurekan dia
sebab konon-konon macam nak tunjuk protes la
sebab dia dah tak menulis kat blog dia

Konon-konon la

Ah sudah
apa hal aku cerita panjang-panjang pasal dia pulak

Hish

Jadi
Sabtu lepas
kami bepergian berdua-duaan
tiada apa yang menarik sangat di sana
tapi ok la
jumpa beberapa blogger yang tak dikenali
jumpa Estrella
aku tak kenal pun
makhluk boncet tak kacak tu la kenal
sibuk dok usha-usha aweq Estrella tu
(dah tiba-tiba dia dah tak kacak dah haha)
dan juga jumpa blogger ini

Selebihnya
tak sempat nak luangkan masa lama sangat
untuk aksi-aksi di Bilik Panas
sebab kami mengejar masa
untuk pulang dan bermain futsal

Jadi
selepas pusing-pusing
usha-usha
tengok-tengok
aku angkat dua buku
dengan tukaran not 50

Lelaki boncet tapi kacak angkat satu buku
entah berapa belas RM tah
dia banyak habis duit kat makanan
sebab tu..
hah korang sambung la sendiri

Haha

Kemudian kami pun pulang dengan LRT
dalam LRT aku tengok tangan aku
ada segulung poster

Aku jadi pelik

Apasal aku rajin giler ameq poster-poster nih?

Aku panjangkan soalan tersebut kepada lelaki boncet tak kacak
(tak kacak balik)

"Erm, sebab apa eyh?"
dia jawap macam tak jawap

Kami sama-sama berfikir buat seketika

Kemudian dia 'ah'
yang membuatkan aku toleh kepadanya

"Aku tau," dia buat intro untuk jawapan dia

"Sebab free," dia berikan jawapan

"Oh betul," aku sahut
sebelum menyambung

"Aku Melayu. Melayu kan suka benda-benda free nih,"
dan kami pun mengangguk-angguk
(eh mengangguk-angguk ke mengangguk-ngangguk?)



notakaki: Sebenarnya adik Dammit tak cun pun. Teka sebab apa? Hehe

Sunday, May 10, 2009

Pagi Juma'at Lepas

Aku berjalan-jalan
sambil mata aku memandang
susunan rak yang banyak beratur

Sesekali mataku melihat kertas di tangan
lebih kurang 5 perkara tercatat di kertas tersebut

Setelah dilihat ke kertass tersebut
mulutku terkumat-kamit menyebut
perkara pertama dalam senarai tersebut
berulang kali
sambil kaki terus melangkah
dan mata melilau mencari-cari

"Mana pulak kicap ni. Haih,"
aku akan mengeluh

Nak buat macam mana
dah Ibu minta tolong beli barang

Hehe

Dan kadang-kadang aku akan terserempak dengan beberapa lagi lelaki
yang senasib denganku
juga dengan kertas di tangan

Dan aku gelak sendiri



Selamat Hari Ahad

Friday, May 8, 2009

Entri Tak Berapa Berkait Dengan Bola

Sebenarnya
aku dah lama nak tulis tentang ini
tapi
sebab dasar kepala otak malas nak berfikir
jadi ia kekal sebagai buah fikiran
dalam kepala otakku sahaja

Tapi hari ni
aku perah sikit

Aku boleh dikatakan kerap juga
menonton perlawanan bola sepak antarabangsa
dan boleh dikatakan kerap juga
mengutuk bola sepak kebangsaan

Antara perkara paling menggamit pemerhatian aku adalah
reaksi selepas menjaringkan gol

Aku takkan buat entri klise tentang pemerhatian
dengan menyenaraikan beberapa reaksi
ditambah dengan sedikit huraian
(alasan! Padahal malas)

Aku cuma nak berkongsi sedikit buah fikiran sahaja
perasan tak
orang kafir
terutamanya Kristian
mereka tidak lupakan agama mereka
sewaktu saat-saat gembira
seperti menjaringkan gol
dengan melakukan simbol salib

Aku rasa itu adalah sesuatu yang sangat patut
kita contohi

Bukan hanya mendekati agama
di kala susah dan sedih sahaja

Aku tulis entri ini bukan apa
sebab aku masih ingat lagi dulu
ada juga seorang dua pemain tempatan
yang meraikan jaringan gol mereka
dengan sujud syukur

Tapi sekarang?

Bukan susah pun
kalau rasa segan nak sujud
cukuplah sekadar ucapan alhamdulillah

Amalan ini aku selalu cuba amalkan
dalam pasukan aku
nak ambil penalti baca bismillah
lepas skor ucap alhamdulillah

Mudah kan?

Tapi main pakai seluar pendek tu
kita cerita lain ye
hehe

Wednesday, May 6, 2009

Aku Bukan Nak Apdet

Just nak cerita je

Macam biasa aku kalau online
awal-awal aku akan bukak 3 tab

Blog CDR, untuk tengok komen
BukuMuka, sebab..well~
dan Guugel, saja spare kot-kot ada benda nak diguugel

Jadi tadi aku bukak 3 tab macam biasa
tab pertama aku taip facebook.com
lantas Ctrl+T dua kali
dan taip untuk laman seterusnya

Kemudian aku tekan Ctrl+Tab
untuk berpindah tab
tengok sikit-sikit akaun BukuMuka aku
aku tekan Ctrl+Tab dua kali
tengok-tengok keluar laman ini

Aku jadi pelik sendiri
"Mana CDR?"

Apakah itu tindakan luar sedarku?
huhu

Tuesday, May 5, 2009

Kawan-kawan

Berikan mereka satu lawatan

Sangat menarik!

Klik sini! untuk melawat

Sunday, May 3, 2009

Minta Maaf

Aku tak berapa nak apdet buat masa ini
bukan takde masa
bukan takde idea

Takde mood barangkali

Tapi
kita tengok nanti macam mana
kalau mood datang
ada apdet
hehe

Jadi
sekarang
saya nak kamu semua guugel perkataan ini

'Felicia Day'

Hehe