Thursday, April 23, 2009

Semalam

Aku teman Mr. Jagat merewang-rewang
di kota Kuala Lumpur

Sewaktu pulang petang itu
ketika sendirian dalam Transit Aliran Ringan
aku terfikirkan tentang
bagaimana teknoloji
seperti henfon
surat elektronik
perutusan yahu
dan sebagainya
yang sememangnya memudahkan kehidupan kita

Sebenarnya
juga memudahkan kita
mencipta jarak dengan orang lain

Dan
juga memudahkan kita
berjauhan dengan orang lain

Dan
juga menyebabkan kita
kurang menghargai masa
dan berpegang pada kata-kata

atau janji

Kan?

10 comments:

Unknown said...

sesuatu yang tercipta tu pada zahirnya bersifat murni dan mulus malah biasanya lebih bertujuan untuk kebaikan manusia, tapi manusia yang mencorakkan penggunaan itu. sama ada ke arah kebaikan ataupun keburukan.

mudahnya: di belakang setiap teknoliji, sikap manusia yang mencorakkan baik buruknya.

tapi ada je penciptaan yang memang utk keburukan tapi ramai jugak la manusia yang tak paham-paham lagi keburukannya: rokok.

Dammit said...

oi aku tak paham. haha

Anonymous said...

ini semua buat aku makin tak dikenali

huhu

alifzaimimra said...

aku pun kurang faham... macam tergantung..ko nak cakap pe sebenarnye?

alifzaimimra said...

erm..aku tak nampak macam mana nak kaitkan dgn janji...

Matematis Muda said...

hehe

janji
as in date

bole?

tak paham sudah
hati ini tidak mahu difahami
hehe

alifzaimimra said...

okeh. dah boleh faham kot. err, aku pun tak ingin memahami hati kau. pa-lis~

Akmal Azeman said...

owh. aku rs aku paham. aku nmpk ape yg ko nak sampaikan. takpe. ko hati ko takmo difahami kan? so aku secret2 je. haha

As said...

walaupun orang cakap jauh di mata dekat di sms atau phone segala

tetap takkan sama forever dengan bersua muka depan2 dan bicara..

takkan sama

dan ini boleh mencipta j-a-r-a-k

tapi juga membina sesuatu hubungan yang b-a-r-u

seperti..

ngantuk sambil drive, takde penumpang..jadi gunakan teknologi untuk bersembang :D

haha

"Ada gak eh orang style ginih"

hahaha

Matematis Muda said...

hawa, kema, as,
hehe