Monday, April 27, 2009

Mari Dengar Adik Bercerita

"Abang pernah dengar cerita pasal anjing dengan serigala tak?"
Adik tanya
waktu kami menikmati makan tengahari berdua
nasi aku ada lagi sikit dalam pinggan

"Anjing dengan bayang-bayang tau a,"
aku balas buat syarat
sambil menyudu
sup sayur brokoli

"Lain. Dia pasal anjing tu ada makanan. Eh bukan anjing, kucing. Kucing kot."

"Tak kisah lah," aku pintas

"Haa kucing dua ekor. Kucing tu tengah bergaduh sebab tengah bagi-bagi makanan. Bergaduh a sebab tak sama banyak dapat kan."
aku mendengar ala kadar
sambil mengunyah

"Diorang dok bergaduh-bergaduh tu, datang a serigala ni. Dia pun cakap, biar dia jadi orang tengah."
aku teruskan menyuap

"Dia bagi-bagi a. Lepas tu bila tak sama banyak, tau dia buat cane?"
Adik menagih respon

Aku sambung suapan
sambil angkat kening
tanda 'dia buat cane?'

"Misal kata banyak blah sini kan,"
dia depakan tangan
dan goyangkan tangan kirinya

"dia makan sikit blah sini. Kalau tak sama banyak gak dia makan blah sana plak,"

"Ow, habis tu. Last-last cane?"
aku tengok dia

"Macam abang a! Dia makan sikit-sikit, last-last habis dua-dua belah. Sebijik macam abang. Konon tambah nasi sikit sebab lauk ada lebih dalam pinggan. Patu kang tambah lauk plak sebab nasi ada baki. Last-last habis nasi dalam periuk tu."
dan ketawa kami pun berderai

Oh aku tak cakap ya awal-awal tadi
aku baru lepas tambah nasi masa tu
hehe

15 comments:

rs said...

haha ni memang lawak
pandai adik bercerita

Matematis Muda said...

tengok la adik sape
hehe

alif zai mim ra said...

ahaha... sabau je la...
MM, aku rse adik ko lagi jenius dpd ko. :P

Master J said...

aku stuju dgn azmar =p

Sh. said...

oh. i'd love to have students just as cheeky as your little adik.
tp sure jenuh nk kene pandai menjawab nih
xp

little adik- ouh, you are so smart!

dammit said...

masalahnya kau tak comel macam kucing!

Matematis Muda said...

alif,
no komen

master j,
aku lagi setuju dengan rs
hehe

Sh.,
cheeky huh?
aku akan pastikan Adik takkan pernah baca komen ini
haha

dammit,
err memang tak pun

Szakif said...

tengok perut tu oi!

s a L o m a said...

abang serigala.

ainunl.muaiyanah said...

haha.. lucu lah adik awak. perli abang guna cerita pula..
hehe

Matematis Muda said...

szakif,
sentiasa ku akan

saLoma,
ye adik kucing

ainunl,
well
abg borek adik rintik

As said...

heh
as baca sambil bayang adik cerita wuhuu

dah agak dah kamu sedang tambah nasik
haiyoh

shamel said...

Eh..suke la plak aku cite ni kann..

yg bes ape tau?? Part "..die depakan tangan..dan goyangkan tangan kirinya."

AKu seperti..Haahahahahhaha.Eh, buat la cerita lawak lg. Aku mau dengar!

Merg@s_Tua said...

lawak la adik kamu.bape umo dia??

jenius2..

soya bandung suam said...

abg,rmai gak org puji adik kan. haha. adik mmg lg jenius dr abg. x caye tanye mereka2 kat atas tu. ngeee.
:P
p/s: @ sh. adik MM da bace dah cite nih. hehe