Wednesday, April 29, 2009

Mari Berlaguan [apdeted]

何から逃れたいんだ
現実ってやつ

...

謝らなくちゃいけないよね 
ああごめんね
うまく言えなくて 心配かけたままだったね

...

叶える為に生きてるんだって
叫びたくなるよ 聞こえていますか

無難になんてやってられないから
帰る場所もないの

Apa ini semua?

Hehe

Petikan lirik dari lagu di bawah
antara artis Jepun febret aku



Setelah menyatakan yang dia perlu berehat pada Ogos lepas
akhirnya dia telah mengumumkan
kepulangannya sehari sebelum hari jadinya
dengan selagu (baca:lagu single) berjudul Again

Dalam bentuk cakera padat akan dipasarkan bermula 3 Jun ini
tapi di Jepun la
wahaha

Oh ya
aku tau lagu ni pun
sebab ia jadi lagu tema pembukaan anime Fullmetal Alchemist

Video yang biasa-biasa je
tapi lagu yang sangat bersemangat
dan keupayaan vokal dan instrumentasi yang hebat



notakaki: Minta kak shana rock!rock!rock! translate ayat-ayat di atas tu huhu

[apdet]

Ini tafsiran liriknya yang dicuri di internet
lupa dah kat mana (buat-buat lupa sebab malas nak cari balik)

I am supposed to pursue my dream
In this narrow winding road, stuttering in the crowds of people
It’s not that I want to return to that past.
I am just searching for the sky I have lost.
I shouldn’t put up a sorrowful act and expect people to understand
That I was a victim because of it.
Tears do not end a sin
We have to carry it with us through
In this maze of feeling with no ends in sight.
Who am I waiting for?
As scribbled on the blank note.
I want to be more honest.
What do I want to escape from?
Is it this thing called “reality”?
For what am I living?
In the middle of the night as my memories are fading
I can’t play safe anymore.
But there is nowhere to go too
There’s still so much in life to remove this feeling.
I will feel nostalgic about it.
I welcome this pain.
I have to apologise don’t I?
Ah I’m sorry
I couldn’t express myself clearly and made you worry
Everything that I embraced that day and tomorrow
I will not arrange them in any order
In order to understand what happen
Shut those eyes so that you are able to see what can’t be seen.
Unnecessary rumors that I hear for the first time, so what?\
“Face it and you will be friends”
Don’t tell lies like these
My heart being agitated from deep inside
A burning sensation runs through my body
Actually I’m expecting something
From this thing called “reality”.
“For what am I living?”
I want to scream out loud ‘I am living to realize my dreams’
Can you hear me?
I can’t always stay on the safe side
There’s nowhere to return to either
I am grateful for all the kindness
So I want to become stronger to march on
I do welcome friends and foes
There is still so much in life to remove this feeling
I want to start all over again so I can complete what I haven’t done
Wake up! Wake up!
There’s still so much in life to remove this feeling
I will feel nostalgic about it.
Why don’t I once again try to redo thing that I can be redone?
For what am I living?
I want to shout it out loud. Can you hear me?
I can’t play safe anymore but there is nowhere to go too
I am grateful for all the kindness
So I want to become stronger . I feel the nostalgia.
I welcome this pain.

Yang ditebalkan itu
adalah yang kupetik dipermulaan entri ini
tiada sebab-sebab tertentu
tak perlu bersusah payah baca antara barisan

Monday, April 27, 2009

Mari Dengar Adik Bercerita

"Abang pernah dengar cerita pasal anjing dengan serigala tak?"
Adik tanya
waktu kami menikmati makan tengahari berdua
nasi aku ada lagi sikit dalam pinggan

"Anjing dengan bayang-bayang tau a,"
aku balas buat syarat
sambil menyudu
sup sayur brokoli

"Lain. Dia pasal anjing tu ada makanan. Eh bukan anjing, kucing. Kucing kot."

"Tak kisah lah," aku pintas

"Haa kucing dua ekor. Kucing tu tengah bergaduh sebab tengah bagi-bagi makanan. Bergaduh a sebab tak sama banyak dapat kan."
aku mendengar ala kadar
sambil mengunyah

"Diorang dok bergaduh-bergaduh tu, datang a serigala ni. Dia pun cakap, biar dia jadi orang tengah."
aku teruskan menyuap

"Dia bagi-bagi a. Lepas tu bila tak sama banyak, tau dia buat cane?"
Adik menagih respon

Aku sambung suapan
sambil angkat kening
tanda 'dia buat cane?'

"Misal kata banyak blah sini kan,"
dia depakan tangan
dan goyangkan tangan kirinya

"dia makan sikit blah sini. Kalau tak sama banyak gak dia makan blah sana plak,"

"Ow, habis tu. Last-last cane?"
aku tengok dia

"Macam abang a! Dia makan sikit-sikit, last-last habis dua-dua belah. Sebijik macam abang. Konon tambah nasi sikit sebab lauk ada lebih dalam pinggan. Patu kang tambah lauk plak sebab nasi ada baki. Last-last habis nasi dalam periuk tu."
dan ketawa kami pun berderai

Oh aku tak cakap ya awal-awal tadi
aku baru lepas tambah nasi masa tu
hehe

Sunday, April 26, 2009

Ini Namanya Networking

Ya
MM sekarang dah ada akaun BukuMuka sendiri
tidak lagi menumpang di akaun orang

Senang sikit nak cari calon isteri kot
dah ada akaun sendiri ni
hehe

Saturday, April 25, 2009

Buku Rata

atau Book Fair

Boleh?

Heh

Jadi
semalam aku ke Pesta Buku Antarabangsa
bersama dengan geng waktu zaman sekolah menengah

Zaman kiut tapi rebel
hehe

Tiada apa yang menarik bagi aku
kalau dulu mungkin aku akan laju menuju
ke booth-booth seperti
MOY atau Gila-gila atau yang sewaktu dengannya

Tapi bila dah tak berapa comel kacak ni
sekadar pandang dan senyum sahaja ke gerai-gerai seperti itu
singgah pun tidak

Jalan-jalan
jumpa pemblog ini sendirian
shoping sakan dia

Sudahnya
aku beli buku di booth MPH
baik aku pergi Mid Valley terus
lagi besar MPH dia
boleh guna kad MRC

Tapi paling aku bengang ialah
dipintu masuk Pusat Dagangan Antarabangsa Putra
ada sekumpulan manusia
yang meminta sumbangan
dengan cara menjual buku

Perihal kaedah mereka itu
cerita lain
tapi yang aku bengangnya
bila gadis manis penjual/peminta sumbangan tu menghampiri aku
dan menghulurkan buku
dan terangkan

"Bang, kami dari Pusat bla bla bla... Nak minta sumbangan untuk bla bla bla... Jadi kami jual buku ini tentang bla bla bla... 16 ringgit je bang," panjang lebar dia terang

"Buku pasal apa ni?"
aku tanya buat syarat

"Oh, buku tentang begini begitu beginner bigger and biggest itu ini bla bla bla... Belilah bang, bagi kat adik ke kat isteri ke,"

Terus aku tersentak

Aku pulangkan buku tersebut kepadanya
sedekahkan sekuntum senyuman
lantas beredar pantas

Kuang haja betul
aku belum kawen lagi la
aku kawen esok gak kang baru tau



notakakikanan: Oi Mr Jagat. Kau buat ape 'sorang-sorang' kat sana hah?!

notakakikiri: A-an, sebenarnya semalam aku nak cakap, kau nampak macam makin berisi je. Hehe

notatapakkaki: Buku aku beli semalam; Tuesdays with Morrie adalah sangat terbaek! Dah separuh gua baca.

Thursday, April 23, 2009

Semalam

Aku teman Mr. Jagat merewang-rewang
di kota Kuala Lumpur

Sewaktu pulang petang itu
ketika sendirian dalam Transit Aliran Ringan
aku terfikirkan tentang
bagaimana teknoloji
seperti henfon
surat elektronik
perutusan yahu
dan sebagainya
yang sememangnya memudahkan kehidupan kita

Sebenarnya
juga memudahkan kita
mencipta jarak dengan orang lain

Dan
juga memudahkan kita
berjauhan dengan orang lain

Dan
juga menyebabkan kita
kurang menghargai masa
dan berpegang pada kata-kata

atau janji

Kan?

Peperiksaan Dah Habis

Habis tu
tak reti-reti nak apdet blog ke?



notakaki: Kalau siapa yang sempat baca entri asal post ini sila buat-buat macam tak pernah baca apa-apa ye. Terima kasih. Oh ya, dan entri yang sebelum ini juga. Terima kasih. Lagi sekali.

Tuesday, April 21, 2009

Pasca Peperiksaan

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Saturday, April 18, 2009

Entri Musim Periksa III

"Weh, gyration ni haram jadah apa a?" aku tanya rumetku

"Apa tu?"
dia jawap
satu jawapan yang bagus dan kreatif aku kira

"Hah, aku tau! Guugel! Hehe,"
jawap coursemate beliau yang sedang stadi bersamanya

"Haa bernas!" aku balas
sambil jariku memacu cursor ke ikon Google Chrome

Dabel klik

Taip "gyration"

Enter

Tekan Ctrl+T

Taip tagihdadih.blogspot.com

Enter

Tiba-tiba ada suara dari belakang berbunyi
"Aku rasa kan, kau tak boleh jumpa 'gyration' dekat tagihdadih tu,"




notakaki: Exam dah habis~!!! Haha

Thursday, April 16, 2009

Keadilan

Jadi
tiga hari dah berlalu
tiga kertas juga dah berlalu

Bagaimana?

Semua hancur

Kecewa?

Ya!

Tak terhingga
sehingga tak keruan aku tunggang motor
sewaktu pulang dari peperiksaan kelmarin

Nasib tak terbabas

Walaubagaimanapun
aku berpuas hati
sebab dah lama aku tak stadi
sebegini bersungguh

Aku tahu
sem ni aku tak akan dapat skor
berdasarkan jumlah soalan yang aku mampu jawap
dalam tiga hari lepas
tapi dalam tempoh seminggu lepas
memang aku stadi sungguh-sungguh

Seingat aku kali terakhir aku stadi sungguh-sungguh
ialah semasa semester akhir di Pusat Pengajian Asasi

Secara jujurnya
memang akan terselit perasaan kecewa
terasa macam nak bunuh diri pun ada

Tapi satu perkara yang sentiasa akan aku ingat
Tuhan kita Maha Adil
kalau aku yang
pemalas-nak-mampos-pegi-kelas-jarang-jarang-harap-otak-je-pandaijenius ni
kalau keluar result dapat semua A
korang agak orang yang rajin pergi kelas
stadi tiap-tiap malam tu
nak dapat apa?

Kan?

Ok la
memang susah nak jumpa orang yang stadi tiap malam
tapi still diorang tak malas macam aku la

Lagipun
walaupun tidak dapat dinafikan
aku tetap teringin
tetap kepingin
nak dapat keputusan yang cemerlang
walaupun tak berapa rajin nak stadi
tetapi pada masa yang sama
aku takut dengan istidraj Tuhan

Ingat
Allah Maha Adil dan Saksama

Kalau orang malas dapat kejayaan
orang rajin nak dapat apa?

Kalau orang malas dapat kejayaan
lantas leka dan alpa
waspadalah pada istidraj dari Allah

Dah
perlu tutup talian
aku masih ada peperiksaan perlu dihadapi
sehingga kemudian

Selamat Pagi~

Hehe
aku baru bangun

Nak stadi a konon

Tapi kita tengok bola dulu~

Menang tak penting
yang penting
main bola

Eh silap
hehe

Apa yang penting?

Sunday, April 12, 2009

Esok Aku Ada Peperiksaan

Jadi
pagi itu selesai solat Subh
aku melanggar rutin biasa aku

Tak tidor

Aku bertekad nak stadi selepas mengalas perut
dengan biskut yang aku rembat
dari kawan yang masih tidur

Sementara makan biskut
aku merenung ke luar tingkap
menikmati senario
yang jarang-jarang sekali
dapat aku nikmati

Almaklumlah
jarang jumpa pagi
asyik bangun tengahari je

Huhu

Dari tingkap tersebut
kelihatan pokok-pokok hijau
sebaris di seberang jalan sana

Dari tingkap tersebut
kelihatan bulan
yang seakan menyorok
di sebalik awan pagi

Langit masih gelap
mendung

Sejuk
nyaman
tenang

Serta merta
aku terasa nak berpuitis

Lantas kuatur bait-bait indah
untuk kualunkan
sambil melihat bulan

"Wahai bulan,"

Hmm
satu permulaan yang menarik

"Mengapakah kiranya dikau,
bersembunyi dibalik awan pagi,"



Tiba-tiba ada suara jawap dari belakang

"Sebab kau orang BN la,"

Thursday, April 9, 2009

Entri Musim Periksa II

"Weh, mana nak tengok kerimak eyh?"

"Ala, guugle je..."

Tuesday, April 7, 2009

Musim-musim Peperiksaan Ni Tak Boleh Tulis Entri Panjang-panjang

"Erm, roti kosong satu, teh tarik satu,"

"Roti kosong satu, teh tarik satu?"

"Err, roti kosong dua lah,"

Monday, April 6, 2009

Bantuan! Bantuan!

Apakah maksud gambar ini!?!?!

Cepat Wonderpet bantu saya!!



atau saya patut panggil
Wonderfart?



notakaki: Gambar diambil di Jusco AU2 sekitar penghujung 2008

Thursday, April 2, 2009

Punyalah Nak Exam

sampai lupa semalam April Fool
hehe

Patut taim-taim April Fool ni lah
boleh buat entri cambes
hehe

Jom kita Google sikit apa cerita bes pasal April Fool neh






Erm..








Ah
malas lah nak cari lama-lama
jom kita cekidout laman ini.

Hah
klik lah sini->sini

Hehe

Jumpa tak nak klik mana?

Alah kat wiki bersepah

Wednesday, April 1, 2009

Rebiu

Oh bukan rebiu filem
atau buku
atau lagu
atau gig

Tapi rebiu azam

Hah?!
Azam?

Iya
azam

Semenjak dua menjak ini
aku cuba merenung kembali
tentang azam-azam
yang telah kutanam beberapa tahun atau bulan atau apa-apa-lah
yang lalu

Biasanya
azam yang aku tanam
bukan sebab dah mati kena tanam
tapi sebab nak kasi tumbuh
jadi aku tanam
kemudian
tinggal lagi nak baja siram belai jela

Kalau dibaja
disiram
dibelai manja

Subur dan mekarlah ia

Ah sudah
mengarut melalut menyasar dah ni

Baiklah
mari kita rebiu kembali
azam aku yang ditanam semasa sem lepas

i) Nak bawa balik bakal isteri ke rumah

Alhamdulillah
sekarang tinggal proses memilih tarikh sahaja
Hah?!
Acah ma'enon~
hehe

Yang ini tak perlulah aku kongsi sama kalian
dan kalian tak perlu risau
aku tidak akan kahwin dalam masa terdekat ini

Lagipun kalau mengikut kuiz di BukuMuka
umur aku patut kahwin adalah 45
waddafish!!

Mujurlah bila dirujuk kepada kekasih
dia kata
"itu untuk bini nombo 2 kot"

Lega~ hati aku

Oh baiklah
yang ini tidak perlu ulasan lanjut
kita prosid kepada yang kedua

ii) Nak try joging dari rumah ke kelas

Yang ni belum tercapai lagi

Tidaklah jauh sangat
lebih kurang 3km sahaja
tapi pasti seronok kalau dapat buat

Walaupun begitu
aku dah pernah berbasikal dari rumah ke kelas
beberapa bulan lepas
dan terkini
baru-baru ini
aku berjaya berjoging dari rumahku
di Bandar Indera Mahkota
hingga ke Bandar Kuantan nuh

Memang seronok
jaraknya kalau mengikut
kiraan google map
adalah lebih kurang 8.9km pergi balik

iii) Nak turunkan berat badan

Sila rujuk perenggan di atas

Hehe

iv) Nak skor pointer yang tinggi untuk semester ini

Tapi apa kejadahnya lagi aku dok depan laptop nih?



Haih