Friday, February 6, 2009

Lumrah Manusia

Biasa lah
dah nama pun manusia

Dahulu semasa kecoh
entah berapa puluh kerusi di Sabah dan Sarawak
akan melompat masuk Pakatan

Semua suka
semua tertunggu-tunggu
ternanti-nanti

Teruja



Bila kena atas kepala sendiri
baru nak mengaduh
baru nak ungkit kes "Tidak hormat pilihan rakyat"
baru nak menjerit "Kembalikan kuasa rakyat"
baru sibuk nak cabar "Buat pilihanraya semula"

Apa kes?

Waktu kita sibuk uar-uarkan
yang kononnya berapa puluh entah
kerusi akan jadi milik kita tu
takde pulak nak kisahkan benda-benda begini

Sekarang kena atas batang hidung sendiri
tanggung sendiri lah

Ya
aku tahu
kalian bosan dengan isu politik
kotor lah
menyampah lah

Tapi
kalian perlu ingat
kita adalah sebahagian dari politik itu

Jadi
ambil tahu itu perlu
kisahkan tentang apa yang boleh diri ini sumbangkan
kalau bukan untuk mengubah
setidak-tidaknya untuk memacu perubahan



[kemaskini]

Sedikit sebanyak
lebih kurang entri ini

[kemaskini tamat]

11 comments:

Huzai Mansor said...

Ah, nak komen lebih-lebih, nanti kena ISA. Haha. Aku rasa entri terbaru Dammit tu tepat untuk menggambarkan pendapat aku sekarang.


Off topic jap. Asal pemblog IIUM semua tengah tak aktif eh?

Unknown said...

mase tengok dan dengar dan menghayati berita di kaca tv, aku hanya tersenyum sinis.

Jepah said...

aku tgk je.... malas nk komen pa pe...
dari dulu lg aku x suka politik... hahahaha

3p4h said...

Ahaks!

Sun-dee-wa-ra : Po-lee-tea-kus!

Unknown said...

3p4h tiru ayat USA aku kah?

Matematis Muda said...

huzai,
itu aku bersikap berkecuali
hehe

aku tak tau pasal orang lain
tapi aku ada sebab tersendiri
hehe
nantikan~

szakif jepah 3p4h,
buat penat je aku tulis part2 akhir entri ini
korang minat ke
tak minat ke
benci ke
suka ke
ia adalah sebahagian dari kehidupan korang

macam pencemaran alam sekitar
korang sakit hati dengan orang yang tidak bertanggungjawap
korang boleh buat apa?
tak banyak kan?
justeru apakah korang hanya akan berdiam diri sahaja?
ini bumi kita
alam sekitar kita
kita hidup pada bumi yang satu
berpayungkan langit yang sama
setidak-tidaknya, kita sendiri yang lakukan perubahan itu
kalau tak dapat mempengaruhi satu dunia
masyarakat terdekat dah la

sama je konsep nya

jadi, jika kalian masih ingin terus membenci suasana politik
fikirkanlah sesuatu (kalau tak dapat nak lakukan sesuatu)
supaya kebencian itu takkan berlarutan hingga ke jenerasi seterusnya

Anonymous said...

panjang pulak ko explain kat peminat kau.. hehe

pasal dulu ramai2 dari sabah sarawak tu,
aku secara peribadi tak suka la adegan lompat ni,
tapi kalau bab undi tak percaya tu,
itu memang ada peruntukan dalam perlembagaan

sebab tu aku memang tak sokong perjuangan politik yang berasaskan perkauman/keadilan/sama waktu dengannya yang tak ambil agama sebagai teras

Anonymous said...

Bangga jadi rakyat Perak!

tusky said...

berapa tahun lagi harus kita tunggu
supaya politik itu diberi nafas baru..
xkira di sini di sana di situ
macam2 pecah, macam2 lompat..
macam2 sandiwara...
brangkali,
hari2 kita tengok, ambil jadikan sempadan
sebab teladannye x berape
hahaahahahaha

Dammit said...

tapi, dekat sabah tu tak ada lompat keluar pastu lompat masuk kandang balik. sayor btol

3p4h said...

Bro, gua bkn xsuka politik, gua suka.. Tp politik yg camne? Btul la apa yg ko ckp.

Ak fhm apa yg ko mksudkn dgn ayt2 yg terakhir 2. Cuma kesedaran untuk itu memerlukan kekuatan dari plbagai sudut.

p/s: At least kita wat sesuatu drp xda wat pape.. Peace2!