Saturday, February 28, 2009

Seingat Aku Lah

Aku ada bayak hutang
hutang tag
bukan hutang duit

Err, esok lusa aku bayar la hutang kao dammit. Hehe peace broh

Hutang tag aku
keliling pinggang
eh tak
keliling jari

Hah
bayanglah berapa banyak jari aku ada
banyak tu lah hutang ni keliling
huhu

Mari kita senarai kan
Master J
Tuan Caracol
As
Nene Matahari
Edwan

Hah
kalau aku jawap tag tu
satu tag sehari
bermula 5 hari lepas
nescaya tak berlakulah
kemarau entri di CDR ni
hehe

Tapi nak buat macam mana
aku tak berapa boleh jawap lah
tapi malam ni aku jawap lah satu

Baiklah
berambus dulu~



notakaki: Ada sesiapa yang tagnya belum aku lakukan tapi tak disenaraikan dekat atas? Sila beritahu ya.

Sunday, February 22, 2009

Senario Lewat Malam

atau awal pagi

Mana-mana kamu selesa
yang penting
dua-dua buta

Malam buta
atau pagi buta

Tiga lelaki
menaiki kereta

Lelaki Jenius
atau kalian boleh baca sebagai MM sahaja
bersama dua Lelaki Kuala Lumpur

Lelaki Jenius
atau kalian boleh baca sebagai MM sahaja
berada di tempat duduk di belakang

Baring

Kami dalam perjalanan ke Tujuh-Sebelas

Kawasan perumahan kami
ada jaga
atau sekuriti

Jadi
apabila hendak keluar
kena melalui mereka dahulu lah

Jadi kami lalu

Dan Lelaki Kuala Lumpur
tiba-tiba jadi peramah
bertegur sapa dengan pak cik jaga

"Sorang je pakcik?"

"Sorang lagi pegi belakang sekejap. Nak ke mana ni pepagi buta ni?"
pak cik jaga lebih selesa
dengan terma pagi

Lelaki Jenius
atau kalian boleh baca sebagai MM sahaja
masih kekalkan posisi pembaringan
di kerusi tempat duduk belakang

"Oh keluar jap. Seven-E, beli air," Lelaki Kuala Lumpur 1 jawap
Lelaki Kuala Lumpur 2 menjenguk dari tempat duduk sebelah pemandu

"Berdua je? Naik kereta?"
pak cik jaga meneruskan sesi beramah mesra

"Yang ketiga tu syaitan. Hehe,"
Lelaki Kuala Lumpur 2 jawap
disusuli tawa kecil dari yang lain



*rujuk point yang ke-5 dalam pautan
Persoalannya sekarang
siapa syaitan itu?

Dan persoalan yang lebih besar
mana satu laki mana satu pompuan?

Hah?!?!?

Saturday, February 21, 2009

Aku Bangun Pagi

dan lihat sekeliling

"Apasal semua orang takde ni?!"

Aku mula periksa setiap bilik dalam rumah

Kosong
atau berkunci

"Mana semua orang pergi?!"

Satu
dua
tiga saat

"Oh, kelas laa,"

Thursday, February 19, 2009

Aku Sedang Melepak Di Maplay Apabila Seorang Rakan Datang

dan berkata

"Weh, bosan giler blog kao sekarang!"

Monday, February 16, 2009

Lagi Nostalgia Sekolah Menengah

Oh
sungguh nostalgik

Haha

Oh ya
aku guna perisian 'Cat'
atau dalam bahasa Inggris nya
'paint'

Saje nak cuba buat macam Edwan

Cuma
aku tak guna tetikus
sebaliknya
aku cuma guna
'touch pad'

Wuuuhuuu~
haha



Oh ya
aku sedang dalam proses
menyiapkan TIGA assignment
yang perlu dihantar esok

Err
maksud aku
pagi nanti

Baiklah
kembali pada kerja!



notakakiyangperludiberiperhatian: Ke-jenius-an dan ke-comel/kacak-an tiada kait mengait dengan bakat seni. Sekian.

Sunday, February 15, 2009

Friday, February 13, 2009

Kenapa MM Tukar Tema Blog CDR?

Heh
rasa macam boleh buat siri 'Kenapa' pula
haha

Oh ya
sebenarnya
bukan sebab bosan
juga bukan sebab aku suka tema yang baru ini
juga bukan sebab tema yang baru ini lebih mengancam
juga bukan sebab tema yang baru ini lebih teratur atau kemas

Aku tukar tema
sebab
saja
rasa macam nak tukar je
nak tengok apa jadi



Hehe

Baiklah

Sebenarnya
aku nak cakap pasal politik
seperti yang aku dah tulis dalam entri lepas
dan dalam komen di entri tersebut

Bagi aku
kita KENA ambil tahu tentang politik

huraian selanjutnya
dalam entri tersebut

Dalam entri ini
apa yang aku nak cakap sebenarnya
ialah tentang perubahan

Walaupun aku penyokong BN
tapi aku percaya
kalau ada pilihanraya
dalam masa terdekat ini
PR akan menang

Sebab apa?
sama sebab dia dengan sebab aku tukar tema CDR

Bukan aku nak cakap PR tidak cantek atau kemas
atau sebagainya

Tapi aku percaya
lebih ramai yang tidak ambil kisah sangat tentang politik
dan
mereka mahu perubahan berlaku
dalam dunia politik
hanya sekadar mengikut trend

Lihat sahaja moto kempen pilihanraya
presiden amerika baru-baru ini

"Change We Need"

Kan?



Oh ya
sebelum apa-apa
mari aku beritahu dahulu

Aku buat kesimpulan berdasarkan
bulatan sosial aku dan
ditambah dengan pemerhatian di dunia siber ini

Jadi
boleh jadi benar
boleh jadi salah

Oleh yang demikian
sekian

Wednesday, February 11, 2009

Mari Kalian Duduk Rapat-Rapat, MM Nak Bagi Nasihat

Ini nasihat berdasarkan pengalaman sendiri beb


Ikhlas dari hati
ke hati
beb


Takde tipu-tipu
dongeng-dongeng
semua takde


Nasihat gua





Jangan!

Jangan main timbang bola dekat ruang tamu















..dengan cuma bertuala!

Dengarlah nasihat MM ni

Sunday, February 8, 2009

Holy Smoke!!!

Ingat lagi entri ini?

Kalau tak ingat klik dan baca
hehe

Sehingga detik entri ini ditulis
masih belum ada siapa lagi
yang sudi menghadiahi MM
rubik's revenge

Pun begitu
MM masih menunggu

Tetapi!
(sila masukkan bunyi "Jen Jen Jeng!" sebagai kesan khas)

MM dah tak kisah sangat dengan Rubik's Revenge
sebab Profesor Rubik dah hasilkan
permainan baru




piwwwiiiiit~
Tadaa!!!

Mempersembahkan
Rubik's 360

Wuuuhuuuu~!!!!



Klik sini
untuk ulasan dari Juara Rubik's Cube British
Dan Harris

Friday, February 6, 2009

Lumrah Manusia

Biasa lah
dah nama pun manusia

Dahulu semasa kecoh
entah berapa puluh kerusi di Sabah dan Sarawak
akan melompat masuk Pakatan

Semua suka
semua tertunggu-tunggu
ternanti-nanti

Teruja



Bila kena atas kepala sendiri
baru nak mengaduh
baru nak ungkit kes "Tidak hormat pilihan rakyat"
baru nak menjerit "Kembalikan kuasa rakyat"
baru sibuk nak cabar "Buat pilihanraya semula"

Apa kes?

Waktu kita sibuk uar-uarkan
yang kononnya berapa puluh entah
kerusi akan jadi milik kita tu
takde pulak nak kisahkan benda-benda begini

Sekarang kena atas batang hidung sendiri
tanggung sendiri lah

Ya
aku tahu
kalian bosan dengan isu politik
kotor lah
menyampah lah

Tapi
kalian perlu ingat
kita adalah sebahagian dari politik itu

Jadi
ambil tahu itu perlu
kisahkan tentang apa yang boleh diri ini sumbangkan
kalau bukan untuk mengubah
setidak-tidaknya untuk memacu perubahan



[kemaskini]

Sedikit sebanyak
lebih kurang entri ini

[kemaskini tamat]

Thursday, February 5, 2009

Pasca Peperiksaan Pertengahan Semester

Lewat malam
atau awal pagi
mana-mana kamu suka
tapi dua-dua buta

Malam buta
atau pagi buta

Tiga lelaki
baru selesai menduduki peperiksaan pertengahan semester
sedang duduk-duduk
di kedai berhampiran

Lelaki Perak asyik berkepit dengan henpon
Lelaki Jenius menghadap makanan
pinggan ketiga

Dua-dua muka ketat
maintain ketat

Lelaki ketiga
kita panggil dia Lelaki Berkecuali
menggilirkan pandangan
antara Lelaki Perak
dan Lelaki Jenius

Akhirnya dia buat kesimpulan

"Menarik a korang ni," dia membuat intro

"LP kalau dia tension, dia SMS. LJ pulak kalau dia tension, dia makan."



Dayem!

Aku nak stadi sungguh-sungguh lah macam ni

Kalau asyik kantoi je periksa
asyik tension je
nanti asyik makan je

Gemuk lah aku!



Baru nak kacak
kalau gemuk, kena cukur misai lah. Baru comel balik.

Wednesday, February 4, 2009

Mari Tonton Video Ini

Kalian kenal dengan
Harry dan Charlie?

Oh bukan Harry Potter
dan Charlie Chaplin

Hah
cakap banyak tak guna
mari tonton video ini

Oh ya
ekceli
video ni dah lama
dan mungkin ramai yang dah tonton

Tapi pedulik hape
hehe
mari CDR mempersembahkan
dengan ihsan yutiub

Charlie Bit Me!


Siryes lawak gila budak tu gelak
semula jadi nakal
hahaha

Dan lagi satu part yang aku suka
part Harry si abang ni
kontrol gila cakap
"Ouch"
boleh dilihat pada 0:24

Kah kah kah

Apa yang menarik pada klip ini
ialah
ia mengandungi atau melibatkan
pelbagai emosi

Joy
trust
happiness
doubt
pain
fear
grief
forgive

Dan banyak lagi lah

Ya semuanya dalam kurang dari 60 saat

Kalau kalian klik
pada pautan yang aku sertakan
kalian boleh lihat
hampir 200 video respon
terhadap video ini

Penangan dua beradik
bernama
Harry dan Charlie

Oh ya
mereka juga pernah ditemubual
oleh stesen televisyen di sana

juga ada fan club

dan menduduki tangga ke 41
dalam carta selebriti internet


dan banyak lagi lah
kalau kalian taip di mana-mana enjin carian



Nak buat macam mana
zaman sekarang..

femes jasa yutiub je
haha

Sunday, February 1, 2009

Kenapa MM Tak Bertanding Pilihanraya Kampus Baru-baru Ini?

Dah lama dah habis pilihanraya kampus
aku je tak sempat nak tulis

Eh
bukan tak sempat
aku memang tanak tulis pun

Entah lah
takde benda nak komen sangat

Tapi hari ini aku tulis juga
perihal pilihanraya kampus ni
sebab
dah ramai sangat yang tanya aku

"MM, asal tak bertanding?"

"MM, kenapa nama kau tak naik?"

Ya lah
tak boleh nak salahkan mereka

Mereka semua tahu
aku memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
jadi bila nama aku tak naik
mesti mereka pelik
bila pelik
mereka tanya lah
kan?

Ya macam aku cakap tadi
mereka semua tahu
aku memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
boleh dikatakan
lengkap ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri aku

Sebut sahaja
semua ciri pemimpin
semua aku ada
comel
jenius
ada blog
comel
jenius
ada blog
comel
jenius
ada blog

Cukuplah
kalau aku senaraikan semuanya
letih kalian nak baca

Nanti dah takmau datang CDR lagi

Bahaya tu

Oh ya
macam aku cakap tadi
mereka semua tahu
aku memang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
sebab itu mereka pelik bila aku tak bertanding

Biasanya aku akan jawap

"Malas lah,"
atau
"Dah insaf lah,"
atau yang jujur sikit
"Aku tak jadi calon, aku jadi pencalon,"

Tapi sebenarnya
aku ada alasan yang lebih kukuh
cuma
ia susah untuk diungkapkan
dengan lisan



Jauh disudut hati aku
aku nak jawap lain

tapi aku tak cukup kuat untuk beritahu mereka



Sebenarnya
aku nak je jawap

"Aku dah tak berapa comel dah sekarang. Dah nak masuk fasa kacak dah. Tengok ni, dah tumbuh misai dah pun,"